MISS NUFFNANG

Saturday, December 31, 2011

Welcome 2012

Tahun 2011 bulan Mei  I mula terjebak menulis blog. Sebelum tu asyik baca blog rakan bloggers. Alhamdulillah dah lebih 100 entry I buat. Harap harap tahun baru, semangat pun baru untuk rajin membuat entry.


Kepada semua rakan rakan, SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2012.


Apa azam I ? Ermmm.. sebenarnya dah mula merangka rangka nak melancong ke beberapa tempat tertentu. Kalau tak dapat semua pun, dapat 2 tempat yang boleh pergi pun dah cukup dah. So, untuk itu, kena pertingkatkan simpanan untuk travel la... seperti.. main kutu ke... simpan duit bonus ke...kurangkan membeli benda tak berpekdah dengan cara kurangkan window shopping... kurang makan di luar ke... ahakkss..boleh ke ???? Hahaha...

Friday, December 30, 2011

Melancong Ke Singapura Day 2

Hari kedua semua orang bangun pagi-pagi sebab jam 8 mesti dah keluar rumah untuk breakfast.


Kali ni kami masuk ikut Tambak Johor pulak sebab dah serik jamm hari pertama kat Linkedua.


Rupa-rupanya, kat Tambak Johor masa nak masuk Spore pun sama teruk jammnya..huhuhu...nasib la bila bercuti time public  holiday..

Q panjangggg... di Tambak Johor di pagi hari krismas

Welcome to Singapore... hujan renyai-renyai masa ni. Following my sis's car kat depan tu..

Kami masuk Spore jam 9.20 pagi, masih awal untuk ke Sentosa Island, so, my sis ajak pusing pusing kat Orchard Road dulu.

Kat Orchard road, memang happening kat sini... decoration for christmas

Jam 10.20 pagi, kami melintasi jambatan ke Sentosa Island, insert autopass $ 4 ditolak.


Drivers turunkan kami semua kat 4D Magic near the Imbiah Lookout, untuk cari parking. So my sis pergi beli tiket masuk 4D, I jaga kids.



Hampir kaunter tiket 4D..








Ada 3 jenis 4D ni. Kami pilih Extreme Log Ride and Desperados.


Nampak tak gambar orang kat extreme log ride kat atas tu, macam tuuu lah kami jugakkk !!! Terjerit jerit..

Extreme Log Ride tu is the virtual simulation ride...ohhh sangat mengerikan. Padahal kita hanya duduk kat kerusi dengan pakai seatbelt jer. Tapi kerusi tu akan bergoyang dan bergerak ikut pada skrin. Kita semua pakai spec untuk 4D, so semua kat skrin tu memang reallll !! Masa tu I takut my emak kena heart attack sebab memang real. Terasa kayu kayu balak tu cam nak kena je kat kita. Hubby I pulak...hampir 50% dari scene dalam tu, dia tutup mata sebab takuttt...simulation tu memang fantastic !! Kat extreme log ride ni dalam 20 minit.


Tiket -tiket yang dibeli untuk  4D: Extreme Log Ride  and Desperado





Emak dan hubby sedang beratur untuk masuk extreme log ride

Kat Desperados, kita akan duduk atas seat yang seperti kuda dan siap ada pistol untuk tembak. Kerusi akan bergerak seperti kuda bergerak la sambil kita pegang pistol untuk tembak orang jahat kat dalam skrin. Pada akhir setiap scene, sharp shooter terbanyak akan dipilih. Sebab tu dipanggil 3D shoot-out game. Semua orang kena pakai spec untuk 4D jugak. Kat Desperados ni dalam 15 minit jer.




Melihat aksi kami semasa menembak dalam Desperados tadi..


Nampak tak kat mana my hubby, I dan CK ??? Kami duduk belakang sekali.
Huhhh..bergaya tak emak I yang bertudung merah tuuu. Sebelah emak, my sis, BIL , Aiman dan Amira

Habis kat 4D, kami jalan jalan di kawasan sekitar. I beli 2 fm kat sini, tapi biasa la rega dia $4.90 dan $5.90 satu (darab ngan 2.5 untuk RM), mahal kalau nak beli untuk kenkawan.


Ahli rombongan cik kiah... kecuali I ngan my sis tukang ambik gambar











Inilah Imbiah Lookout...untuk lihat view from the top, lebih kurang cam Menara Tamingsari  kat Melaka




Pastu habis kat 4D, kami cadang nak naik cable car pulak tapi my emak tak nak sebab takut. So, cancel plan, kami terus menapak guna escalator untuk ke Merlion park dan ke Universal Studio.


Bumbung biru di belakang tu ialah stesen cable car.



The cable cars....



Rasanya ada 4 escalator menuruni kawasan bukit ni untuk sampai ke merlion park


Tu diaaa merlion, tapi  yang ni xboleh keluar air kat mulut dia..



Yang putih cam bersisik tu badan merlion, dari bahagian belakang  merlion park..



Dari Imbiah station, kami naik Sentosa express ni (cam monorel KL ) dan turun di waterfront station



Tengok train tu...cam monorel kat KL jer
Dari station tu, kami menapak perlahan lahan ke Universal Studio






Tak la jauh sangat dari waterfront station, dah sampai ke universal studio. Kami memang tak cadang nak masuk dalam tu, hajat hati cuma nak bergambar kat luar globe tu dan beli souvenirs yang memang ada kat luar universal entrance.

Bergambar jer kat depan globe Universal Studio nih. InsyaAllah next next year, datang  lagi



Tak nak beli t-shirt ni, nak bergambar jer...sama la design kita !




Dari universal studio, I ,hubby, CK dan Amira menapak ke Hard Rock Cafe Sentosa. My emak dan yang lain duduk lepak kat bangku yang ada kat luar universal.

Gembiranya dia dapat beli satu HRC t-shirt kat sini.



Di luar Candylicious memang banyak patung patung nii..



Aummm....



Ala kiutnya anak ngan bapak nih !!
Habis ronda kat kawasan ni, kami menapak semula ikut jalan datang, ke monorel station, then naik escalator untuk sampai ke kereta semula. Masa ni dah jam 2.30 pm. Hajat hati nak naik cable car dulu sebelum keluar dari Sentosa, tapi bila lihat muka kids keletihan dan drivers dah kelaparan, terus kami decide ke Arab Street untuk makan.


On the way ke Arab St, I ternampak Marina Bay Sand, punya la excited I. Building ni unik sebab swimming pool yang berbentuk sampan di atas bumbung menyambungkan 3 buildings.


Hah ! Tu dia bangunan Marina Bay Sand... 3 buildings with a huge swimming pool on top

Singapore Flyer opposite the Marina Bay Sands building
Agak susah jugak nak cari parking sebab semua penuh, sib baik ada satu shopping mall berhampiran, so kami parking di dalamnya $2.14 per entrance.


Masuk je restoran, terus order murtabak Spore dan nasi briani..maklum semua dah kelaparan. Masa tu dah hampir jam 4 pm.


Murtabak spore... besar dan sedap


Kami makan kat kedai ni betul betul opposite Masjid Sultan
Pas perut kenyang semua ke Masjid Sultan, betul betul opposite restoran untuk solat.


Dalam Masjid Sultan, nampak tak kipas yang besar tuuu...

Zoom .... kipas besar di dalam Masjid Sultan



Sebaik keluar dari pintu, I ternampak deretan kedai jual souvenirs cam key-chain, FM, piring seramik, T-shirt . Ohhh lega rasanya, tak payah susah payah berjalan jauh jauh. 


Kedai  souvenir  berdepan Masjid Sultan.. harga kat sini lebih murah dari tempat lain.
Sesuai untuk beli banyak banyak untuk sedekah kat kenkawan

View Masjid Sultan dari jauh

Sebenarnya nak lunch kat sini tapi ramai sangat orang, terpaksa  pergi  tempat lain.
 Orang kat murtabak spore dia paling  sedap..

Hehehe....kat Arab street. Belakang tu Masjid Sultan

Kami borong banyak key-chain dan FM kat Arab St ni, sebab memang murah dan rasanya tak akan jumpa dah kat tempat lain di Spore ni. Habis kat sini, semua orang dah penat. So, nak tak nak drivers kata kena balik rumah rehatlah. I frust gak sebab ingat nak ke Sentosa semula. Tapi tak per lah, I pujuk hati, next year boleh datang lagi ke Spore ni.

Nanti I sambung pulak pasal Johor Premium Outlets di Kulaijaya..

Thursday, December 29, 2011

Melancong Ke Singapura Day 1

My sis and I plan nak ke Singapore ni sejak oktober lagi. Tapi kami plan untuk stay kat JB jer iaitu kat Rumah Rehat Staf Mara kat Jalan Yahya Awal, JB. Lokasi ni sangat dekat ngan Tambak Johor. Kami pergi 2 kereta iaitu  famili my sis with 3 kids,  dan emak I. Kami bertolak pagi Sabtu 24 Disember 2011 dan sampai kat rumah rehat JB tu jam 3 petang. Sampai kat rumah rehat, semua orang solat dan tidur kejap sebab jam 5 nak bertolak ke Singapore. 






My sis  dah siapkan itinerary day 1 mesti pergi ke Merlion Park (Singapore icon) dan boleh nampak Marina Bay Sand, Sentosa untuk show Songs of the sea jam 7.30 pm, pastu baru ke Night Safari sebab last admission jam 11 pm.




My BIL ajak ikut LinkKedua untuk cross ke seberang sebab nak elakkan jamm. Kami sempat beli roti dan biskut kat stesen petronas buat alas perut andai dinner terlewat. Dari rumah rehat ke LinkKedua dalam 35 - 40 minit drive. Kat Immigresen Msia, ok jer lancar tapi separuh jambatan tu, kereta dah berhenti sebab jamm teruk kat immigresen Singapore. Punya la ramai orang Msia nak ke Singapore. Bila sampai turn kami, baru nak isi borang immigresen untuk setiap orang. Pastu kena parking kat tepi sebab nak beli autopass. Satu autopass untuk satu kereta dengan nombor plat skali. Beli autopass $10 tapi hanya boleh pakai $4 jer, $6 lagi harga kad tu.




7.30 mlm baru selesai urusan dan boleh masuk ke Singapore. My sis cakap terlepas la peluang kami nak tengok show Music by the water or Songs of the sea kat Siloso beach, Sentosa. So, kami tukar plan terus ke zoo untuk night safari. 

Christmas eve...
Masa ni christmas eve, so jalan agak lengang...Sampai je kat zoo, masukkan autopass untuk parking terus potong $4. So dalam autopass dah tak der duit, mesti top-up sebelum keluar dari Singapore.


My sis, anak sedara I, Amira dan emak 








I ngan my sis tengah tanya pasal tiket masuk

Kami beli tiket $32 (utk sorang adult) and $21 (utk sorang kid). Hanya untuk masuk dan tram ride aje


Emak I, CK, anak sedara I, Amirul dan Aiman dan my BIL




Ada banyak mascot...meriah betul mungkin sebab christmas eve..













Tengok la orang beratur nak naik tram....punya la ramai..

Lepas jer masuk kami terus beratur untuk naik tram. Orang punya la ramai....menunggu dalam 20 minit jugak. Tapi berbaloi naik tram tu, sebab dapat lihat binatang aktif waktu malam. Setiap tram ada staf yang bertugas bagi penerangan tentang setiap tempat yang kami lalu. Keseluruhan journey dalam 40 minit. Ada juga night walk bagi yang berminat. Kami tak minat la sebab ada budak kecik.




Habis naik tram, kami beratur pulak untuk animal show jam 10.30 malam. Tapi hujan renyai-renyai dan staf kat situ kata kalau hujan lebat mungkin show batal. So, kami pun decided nak balik terus laaa. Masa ni semua orang tengah kelaparan sebab tak dinner lagi.


Hujan renyai renyai masa ni..

Masa nak balik, sangat mencabar sebab nak cari booth untuk top-up autopass. Pusing 2-3 kali sebelum sampai Woodlands. Sebab dalam autopass dah takder duit, mesti top-up dulu. Akhirnya jumpa jugak booth tuuu..Masa tu dah jam 11.30 malam.


Melilau mencari booth ni... memang betul betul sebelum sampai ke
Woodlands checkpoint untuk ke Tambak Johor




Balik kami ikut Tambak Johor, laluan lebih lancar sebab banyak kaunter immigresen dibuka. Kami beli jer makanan bungkus dan makan kat rumah rehat sebab masa tu semua budak-budak dah tidur dalam kereta... 


Plan hari pertama tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya sebab hanya satu je tempat yang dapat pergi. 


Nanti I sambung lagi hari kedua pulak.