MISS NUFFNANG

Monday, March 26, 2012

Jalan Jalan Sungguh

Hari Sabtu lepas, memang kami plan nak berjalan. Tapi tak sangka, end up memang jalan jalan sungguh !! Huh kejang rasa kaki ni masih kuterasa lagi... hehehe..padan muka kami..


Awal pagi jam 9 dah keluar rumah, breakfast heavy ye...hubby cakap. Pastu tu drive ke Dataran Shamelin kat Cheras, sebab hubby ada hal kat sana. Pastu terus ke bangunan Mara di jalan Raja Laut utk parking kereta (parking rate dia jauh lebih murah). Pastu kami bertiga beranak pun menapak ke stesen LRT Bandaraya, yg bertentangan ngan SOGO. Kami nak ke Aquaria KLCC dgn naik LRT jer...kunun nak bagi CK experince naik public transport la..


Wah  seronok berjalan di tepi sungai ni, berhampiran stesen LRT Bandaraya


Wajah ceria menunggu LRT di stesen bandaraya..




Turun kat stesen Masjid Jamek utk tukar LRT ke KLCC pulak. Dari stesen KLCC menapak pulak kat dalam KLCC tu utk ke Aquaria. Masa berjalan dalam terowong ke aquaria tu, baru terfikir, apasal kami tak bawak stroller CK, boleh gak guna kat sini...huhuhu. 


Nampak tak terowong yg panjang tuuu....jenuh menapak wehhh..

Bayang entrace aquaria pun tak nampak lagii..


Masuk ke aquaria dah tentu la kena menapak kecuali kat dalam terowong yg ada conveyer tu....Tapi CK memang excited la menengok ikan besar besar tu. Kami enjoy kat aquaria ni cuma kami perasan yg ikan dan hidupan laut dia macam dah kurang. Last kami ke sini tahun 2009, masa CK umur 6 bulan cam tu. Paling perasan sebab kuda laut tu nape tinggal 2-3 spesies jer, rasanya dulu ada banyak species...(rasa macam tak berbaloi tiket rm35 sorang dewasa, CK pulak kena rm25). CK pun rasanya penat gak berjalan dalam aquaria tu sebab bila duk lepak kat tempat theater tu, dia balun biskut mini chipsmore sampai habis...huh !


Wahh....ikan besar..

Wah...ikan besarnyaaa   mama...



Di atas conveyer yang bergerak tu...

CK ketakutan bila ternampak ada penyelam tengah bersihkan cermin tu..

Baby shark melintas di atas kepala...


Comeiii tak ? Gambar ni CK yg snap...

Seahorse...






Jam 1.30 kami keluar dari aquaria, dan terus solat zuhur kat surau yg terletak di entrance masuk ke food aquaria. Selesa dan bersih tempatnya. 




Pas tu, kami terus menapak ke dalam KLCC nak cari food court. Ada sorang staf kat petrosains bgi tau kami, lebih baik ke foodcourt kat tingkat 4 sebab harganya lebih murah dan org tak ramai berbanding ngan foodcourt kat tingkat 2. I makan nasik kerabu, share ngan CK, hubby pulak makan koeytiaw goreng, dan ada ice cream + buah sebagai pencuci mulut.


Nasik kerabu, air kelapa dan ice cream+buah...utk lunch..




Perut dah kenyang, maka kami menapak semula ke stesen LRT klcc. Masa tu, dah nampak dah CK keletihan, sebab dia berjalan pun dah nampak cam seret kaki jer...


Dah mula penat...

Di stesen klcc on the way balik...

Di stesen masjid jamek..utk bertukar LRT ke Sogo pulak..

Wajah mengantuk CK di dalam LRT...




Selepas bertukar LRT di stesen Masjid Jamek, I dah pasti dah mesti cik kak kecik ni akan buat hal sebab badan dah letih dan mata dia sure dah mengantuk. Sekali tu, bila kami sampai kat SOGO, terus dia kata "Nak main  Tika..jom mama ..jom !!"  (Tika tu merujuk kepada nama anak gajah dalam salah satu CD princess yang dia ada) Hah...ambik..padan muka mama ngan baba. Pada hal masa tu dah terasa tersangat la letihnya..Ada satu playland kat sogo tu ada permainan gajah tu..




Playland kat sogo ni terletak kat ting.8. I dah terlentok kat kusyen yg ada kat situ, biarla hubby jer yg melayan CK. Spend rm15 utk CK main segala jenis mainan yg kena masukkan duit...kira sampai dia jemu la. So nak balik, sempat pulak CK cium "anak gajah" kat situ sambil cakap"Bye bye Tika...esok jumpa lagi ye" !! Ye lah nakkk, macam la sogo tu belakang rumah kita jerrr...




Kami lepak sat sambil minum dan makan popia nyonya kat ting 7 sogo. Pastu terpandang pulak ada sale beg kat ting.6. Kami ke ting 6 pulak...kunun nak survey beg, tapi end up dgn memborong 2 beg besar utk travel (hehehe...ada 2 tempat bercuti bulan mei nanti). Hubby kata murah harganya sebab dia dah survey kat tempat lain. Dah la parking kereta kat bangunan Mara. So terpaksa la hubby mengusung kedua dua beg tu , I pulak mendokong CK sebab masa tu dia memang dah tak larat nak jalan. Mak aiii...rasa nak tercabut tangan mendokong budak comei+montel ni...


Masuk dalam kereta, belum sempat kereta sampai ke kawasan Istana Negara, CK dan tidur dgn lenanya di seat belakang...huh...sure letih giler tu...


Hah...sampai rumah, siap singgah kat pasar malam beli utk dinner. Kaki rasa lenguh betul macam nak tercabut ...tangan pun rasa macam nak terkulai jer, huh..penangan jalan jalan punya pasal..



Friday, March 23, 2012

From Korea With Love

Souvenirs from Korea. So, inilah yg sempat hubby belikan utk I ngan CK yg ditinggalkan selama 6 hari.


Key chains

FM ni cantik berbentuk baju tradisional korea..

FM.. yg berbentuk kartun tu jenis getah punya...comeii sebab sepasang


Org gi Korea tak sah kalau tak beli brooch. Yang ni dalam rm10 duit kita 

T-shirt utk I ngan CK..

Lagi t-shirt utk I ngan CK..

Buah strawberi yg besar dan manisss....


Thanks hubby...nanti bawak I pulak ke Korea ye !!



Tuesday, March 20, 2012

Hot Air Balloon and Saba Restaurant

Last weekend. rasanya ramai warga Lembah Klang berpusu pusu ke Putrajaya sebab nak melihat belon udara panas. Maklumlah setahun sekali jer fiesta ni...Last year, I pergi ke sini tapi satu belon pon tak de sebab pergi jam 11 pagi, semua belon tu punya staf tengah berehat. Kena tunggu jam 6 petang baru ada. So, tahun ni, I make sure tengok jadual program dia kat website sebelum terjah ke putrajaya.


Oleh sebab, belon belon tu mula awal pagi dan lewat petang, kami ke situ jam 6 petang, kurang lah bahang panasnya. Masa tu kereta punya la banyak kat area berdekatan, memusing cari parking tak jumpa, last last I ngan CK turun dulu, dan hubby pi cari parking. Memang tak de la tempat kosong, so hubby double park je kat tempat parking kereta...

CK pakai baju korea...hehehe baba baru balik dari Korea...

Org ramai mengelilingi tapak tempat belon belon tu di "tiup"





CK terlopong tengok belon tu terbang tinggi..pastu Ck jerit jerit  "bye bye belon"...





Orang ramai berhampiran tapak belon ditiup...

Belon yg berwarna hijau tu, sampai ke sudah tak naik naik...

Nampak api utk memanaskan gas di dalam belon tu..

Masa ni dah jam 7 petang..

Belon yg ni tak dilepaskan...hanya takat tu jer dia mengembang..


Kepenatan berdiri, CK duduk kat bonet kereta.. Di belakang tu, masjid  baru di putrajaya..


Tapi rasanya berbaloi pergi kali ni sebab dapat tengok dari mula belon belon tu di"tiup" sampai la belon tu naik terbang tinggi...CK memang excited betul.




Hampir jam 7.15 baru lah tak de lagi belon dilepaskan ke udara. Dah gelap kot cuaca. Kami pun beredar. Masa tu berfikir fikir nak solat maghrib kat mana. Kalau kat masjid putrajaya sure le penuh ngan org..last last kami decide ke Saba' Restauran, Cyberjaya dan sembahyang kat surau kat basement restoran tu..


Sampai kat Saba', kami cop meja dan order makanan dan siap pesan kat pelayan tu, kami nak pi solat dulu. Dah selesai solat, kat meja kami dah terhidang makanan. Alhamdulillah...keputusan yg tepat. 






CK keletihan.. yg berbungkus tu chicken kebab..

Lamb khabsah...kami ambik yg large size (utk 2 org) rm25

Baklava...sejenis manisan, sedap sebab banyak kekacang terutama pitaschio.  Sebekas ni rm10




Macam kuah dal rasanya, tapi ada kentang..


Kami makan dgn tenangnya tanpa perlu tergesa-gesa. Masa tu makin ramai org kat restoran tu, masing masing berdiri sebab tak ada tempat. Rupa -rupanya diorng pun dari tengok hot air balloon jugak, pastu tu q panjang bersolat kat masjid kes tak bawak telekung. Pastu bila sampai kat restoran, kena q pulak nak cari tempat duduk.