MISS NUFFNANG

Wednesday, October 31, 2012

Free Seats ..AA

Uiii sakan promo Airasia pasal free seats tu. Kami tak tunggulah Ahad malam jam 12 tu..sebab sah sah lah... line jammed. Dan agak ragu ragu jugak...entah entah free seats tu dalam 2-3 seats jer kot untuk setiap flight...


Hari Isnin , on the way ke tempat kerja (hubby naik ERL...), hubby dapatlah booking tiket ke Kuching. Tapi bukanlah free seats tu tapi dapatlah harga rm58 return untuk sorang. Bolehlaaaah...lagi pun last kami ke Kuching tahun 2005 dulu, CK pun belum lahir lagi. 


I taklah excited sangat nak ke Kuching ni, sebab ada aim lagi besar punya. Tapi takper...sabar menanti, kot kot lah ada offer ke tempat tu...



Wednesday, October 24, 2012

Pulut Periuk Kera..

Pernah dengar dan tengok periuk kera ? 

Masa I kecik kecik dulu, kat kampung emak di Masjid Tanah, Melaka, periuk kera ni digunakan sebagai bekas untuk menanak pulut. Masa tu, periuk kera ni cari kat dalam hutan di tepi kampung kami.


Sekarang ni, masih ada periuk kera, tapi yang dijual di pasar atau beli dari  org kampung yang rajin masuk hutan dan mencari periuk kera ni. Yang kami dapat ni pun, mak teh I yang bagi, masa kami ziarah dia raya tahun 2011 dulu. Kami simpan jer periuk kera ni dalam peti ais, dah setahun simpan baru nak masak pulut periuk kera ( mak aiiii ....lama tunggu, semata mata mak I nak pastikan semua adik beradik berkumpul dan dapat rasa benda ni...hehehe..)

Ni rupa periuk kera yang dah dikeringkan. Mula mula kenalah bersihkan dulu perik kera ni dan pastikan ia tidak bocor. Sebab kalau bocor dah tak boleh digunakan lagi


Pulut digaul dengan santan dan sedikit garam...buat macam kita menanak pulut dalam periuk. Lepas tu, letakkan beras pulut dan santan ke dalam periuk kera tu...jgn penuh sangat pulutnya, hanya setakat 3/4 bekas periuk kera. Pastu, penuhkan dengan santan. Sebab tu kena pastikan periuk kera tu tak bocor..

Dah letak pulut dan santan , periuk kera disusun pulak di dalam pengukus.. 



Bersedia untuk dikukus...

Pulut yang dah masak..

Bila nak makan, kopek atau siat jer periuk kera tu...dan makanlah pulutnya. Kalau tergigit periuk kera tu, jgn takut tak patah gigi sebab dia macam daun kering jer..

Sedap dimakan bersama dengan rendang...hehehe...

Sebenarnya pulut periuk kera ni kami masak masa bulan syawal dulu...Tapi biasalah kan...gambar terpendam dalam kamera jer. Dah nak aidiladha, baru buat entry pasal citer ni..


Sebut pasal kampung I kat melaka tu, maka nak tempek gak gambar rumah kampung yang dihuni oleh bapa saudara dan keluarga..

Biasalah rumah melaka...bertangga batu..

Menggamit nostalgia zaman kanak kanak dulu..

Rumah ni bersebelahan rumah bapa saudara.... reput dan tunggu masa nak roboh...

Tak sah lah gambar kalau tak de gambar budak kecik ni.
CK enjoy berlari mengejar ayam...CK ingat ayam tu macam  anak kucing kot !!

Selamat berpuasa sunat pada hari arafah dan selamat menyambut hari raya Aidiladha...


Tuesday, October 16, 2012

Yang Ringan dan Yang Berat...

Ini petikan yang diambil dari facebook kawan kawan yang diperolehi dari ustaz Azhar Idrus..

"  Solat Itu Ringan....

                     Bagi Mereka Yang Mengambil Berat...


           Solat Itu Berat......

                     Bagi Mereka Yang Mengambil Ringan...."    


Dari google


Fikir-fikirkan....




Friday, October 12, 2012

Misi Ke Cameron Highlands..

Cerita ni dah berlaku bulan Jun dulu. Masa belek belek gambar terjumpa gambar gambar ni...

I dan rakan sekerja ke CH sebab nak ambil sample untuk practical session bagi tajuk Biodiversity, especially  kingdom plantae, iaitu kami nak ambil sample tumbuhan peringkat paling rendah. Atau bahasa lain kita sebut tumbuhan paling primitif lah !! Oleh kerna tumbuhan ni dapat kat tanah tinggi CH sahaja, maka terpaksalah pensyarah dgn pembantu makmal ke CH.

Sample yang kami ambil ialah di Raju's strawberry farm (berhampiran Kea Farm...tempat shopping sayuran bagai..) dan di MARDI, CH.

Memula kami pergi ke Raju's strawberry farm dulu. Tentu org lain ingat, entah apa apalah diaorng ni ... pergi ambik lumut kat situ...hehehe...

Pensyarah hanya tunjuk aje yg mana satu...hehehe...pembantu makmal yang  ambilkan...


Lepas sodok sample tumbuhan tu, kena diletakkan dlm bekas bertutup
dan perlu di spray air  supaya keadaan kekal  lembap...

Bekas bekas plastik isi tumbuhan primitif...


CK and Anfaal... diorng ni classmate di tadika...


Singgah di ladang strawberry Raju...




Tentulah CK ni yang paling happy sekali...


Kawan I, Maya rajin melayan dua org budak kecik nih !

Selesai di Raju's strawberry farm, semua sample tumbuhan tu kami letak kat dalam bas. Sebab lepas tu, wajib singgah pulak di Kea farm. Hahaha...bukan nak kutip sample ye.., shopping time !


Borong bunga segar...






CK melepaskan penat dengan meminum susu coklat di dalam bas...

Selesai bershopping, misi diteruskan ke MARDI pulak...
Masa ni  cuaca agak panas....

Zoom .... ni lah tumbuhan primitif yg kami ambil di MARDI, scientific name is Marchantia sp.







Zoom..... tumbuhan ni diambil kat atas tanah dlm polistrin pokok tomato..

Pensyarah pensyarah...

Anak pensyarah pun  sibuk gak nak mengambil sample...
Semua sample yg diambik tu digunakan untuk amali minggu berikutnya...so kesemua sample tu perlu diletakkan dalam bekas, berspray air dan letak dalam bilik air cond supaya tak layu...




Students akan observe sample tumbuhan ni....

Sebenarnya field trip ke Cameron Highlands ni adalah kali ke 3....Boleh dikatakan, kami pergi ke sini pada setiap semester. CK pun dah makin besar, so tak de masalah nak seret dia sekali setiap kali field trip ni.. 





Tuesday, October 9, 2012

Dah 15 Tahun Berlalu...

Hari Ahad yang lepas, memang sangat mengujakan dan masih terbayang bayang saat manis itu !!! 

Cewahhh.... sebenarnya, Ahad tu adalah wedding day salah seorang kawan baik masa belajar di USM dulu. Majlis kahwin Lieza diadakan di Pusat Komuniti, jln setiabudi, bukit damansara, KL. Oleh kerana ramai kenkwan geng masa di USM dulu turut hadir, seolah olah dah jadi reunion kami pulak. Lebih mengharukan kawan dari Ipoh, Yan dan kawan dari Kuching, Akma, turut hadir. Cuma ada beberapa geng lagi yang tak dapat hadir...mungkin sebab jauh dan ada komitment lain...

Muka memasing tak berubah, hanya saiz jer yang mengembang atau maintain...hehehe...Kami graduate pada tahun 1996...semenjak tu, sekali sekala je berjumpa , itupun tak semua ada. So, hari Ahad tu, kali pertama selepas hampir 15 tahun, dapat bertemu semula. Majlis kenduri kahwin tu dah jadi macam majlis reunion. Semua dah masuk 4 series dah umur nih !

Kenkawan yang dah berkawin, anak diaorng semua dah besar besar, ada yang nak ambik PMR dah...Anak I ??? Baru umur 3 tahun 10 bulan.... hehehe...tu yang perasan muda dari diaorang semua...

Dan hubby I jugak merupakan coursemate kami dulu... so riuh rendahlah suasana ngan gelagat kami. Memang betul betul tak hengat dunia, bak kata sorang kawan ni....Rasa macam muda 15 tahun pulak..

I, Yam, Izan, Sweet, Sue dan Mekdah..

Tengok aaaa, org lain xdokong anak pun, I jer yang terpaksa hehehe...Pengantin serba pink gitu..


Rasa nak menangis pun ada, masa bersalam ngan Lieza, yang mesra kami  panggil makcik...

I ngan Sweet ...


Akma (duduk...dah jadi dekan di unimas nih !), I, At, Rita (bakal bergelar pengantin baru tuk kali ke 2), Sweet...

Hubby jugak merupakan coursemate kami, so, ada gak lah muka hubby kat sini yeeee....

Semua ceria aje....
Selamat pengantin baru buat best friend kami, Lieza.. sayang makcik !!! 
Semoga akan ada lagi kesempatan untuk kami berkumpul lagi, Insyaallah...sayang korang semua !!



Friday, October 5, 2012

Free Ticket To Legoland For Kids

Haaa this is a good news....Sekarang ni banyak product yg offer free ticket to legoland. So kalau anda yang berminat nak bawa anak anak berumur 3-11 tahun, boleh dapat tiket percuma je utk diaorang nih !!   Kalau tak de free ticket ni, harga tiket legoland tuk kids 3-11 tahun ialah rm110. KFC   pun bagi free ticket untuk kids juga, bagi setiap rm30 spent there. 

Yang I nak kongsikan ialah dutch lady for kids....



Harga 1 pek  rm4.20, ada 4 kotak dutch lady kid ni...so, dah boleh dapat 4 voucher ni...


Ni voucher tu, terletak di belakang kotak.
Kalau baca syarat syarat tu, 1 tiket dewasa (rm140) yang dibeli,  boleh  guna 1 voucher ni utk dapat 1 tiket free utk kids...




Kalau tak silap I , voucher ni valid till 31/3/2013. Jadi bolehlah dapatkan minuman kotak ni dalam perisa strawberi atau coklat di kedai kedai berhampiran anda....hehehe (macam dalam iklan lah pulak...). Boleh jimat rm110 utk sorang kid kannn ???



Monday, October 1, 2012

What Did He Bring Back From India

Ni souvenirs dari India, especially Agra, Kashmir and New Delhi lah. Hubby baru balik dari bercuti di sana (huhuhu....I tak ikot....sedeyyyy!!). Hubby kata dia gi survey dulu, kalau ok next year, bolehlah dia bawak I ngan CK pulak...Insyaallah..


Kain sari ni dibeli di Agra, sepasang 6 metre dgn harga rupee 2000, selepas penat tawar menawar..


Ni ialah pashmina, dibeli dari Kashmir rupee 200 . Hubby beri kepada mak. MIL dan bos.

Kain sari colour ni dipesan oleh seorang kawan hubby.

Resit tuk 3 pasang kain sari

Teh dari Agra rupee 120....tak sewangi teh Cameron Highland tapi sedap...

Benda wajib beli kalau melancong ke oversea..rupee 400

FM

Keychain tajmahal...sebungkus ada 12 keychain ni..rupee 50

Zoom dekat sikit keychain tajmahal...

FM tajmahal

FM redfort delhi

FM gate of india

FM rimau..

Kain cotton rupee 600 dari kashmir...kainnya lembut, agak licin dan jarang, so kena pakai inner atau  lining


Terima kasih hubby...next year jangan lupa bawa I ngan CK ke Kashmir tau....hehehe..