MISS NUFFNANG

Tuesday, April 30, 2013

Selamat Bercutiiiii....

Salam semua. Selamat bercuti sempena hari pekerja 1 Mei ni.

Tapi I akan bercoti sehingga 19 Mei 2013 !!!!

 Jangan jeles ek sebab tu lah cuti kami yg telah dijadualkan. I akan mula masuk bekerja pada 20 Mei 2013.

Yeayyyyyyyyy  ...so apalagi ??? 






Melancong lah ye... tapi kali ni tak pergi jauh, dekat dekat jer. 

Happy holiday....




Friday, April 26, 2013

My Photobook Arrived..

Yeay photobook yang ditunggu-tunggu telah tiba. 2 hari awal dari tarikh yang dijanjikan. I sangat puas hatilah dgn hasil photobook nih. Sampaikan opismate pon ramai yg terus beli voucher photobook dari Pixajoy company...

Jenis photobook yg I ambik ni:
40 pg personalized hardcover photo book cool image wrap (11" x 8") portrait. Content paper : glossy with lamination. 

Hardcover, cool image wrap for cover. Gambar ambik ngan hp jer..




Content...I guna glossy with lamination . Kasi nampak gambar berkilauan sikit..


















Nanti nak cuba jugak buat photobook dari Photobook company pulak. Kalau sesiapa nak cuba photobook, cuba beli voucher sebab boleh dapat diskaun yg banyak berbanding kalau kita hantar buat photobook kat kedai gambar..mahal wehhhh !!


Thursday, April 18, 2013

Photobook Pixajoy

Ni gara gara ternampak photobook john/ henry kat blog dia. Maka I pun cuba lah jugak selepas ternampak diskaun dari Pixajoy photobook di livingsosial.com dan jugak groupon. Harga yg dipromosikan memang lebih murah dari harga di pasaran atau kedai kedai gambar. 


Macam yg I cuba untuk kali pertama ni berharga rm55 daripada harga asal rm125. Terus jer beli voucher. Dah hantar pun ke Pixajoy utk printing. Hasilnya akan dapat pada 25.4.2013. Tak sabar nak tunggu...


Kalau rajin jengok kat pixajoy.com.my memang boleh jumpalah promosinya. Kalau tak pun, klik jer kat link di bawah ni. Kalau tak salah ada promosi rm50 untuk photobook gambar holiday. 

http://www.pixajoy.com.my/affiliate-url?c=HDTRAVEL-PROMO-042013&b=PIXAJOY&i=27796&sign=9521c7e8588c43901aaabd55d52585b3&f=wl

Photobook dari Pixajoy

Photobook dari Pixajoy

Ada jugak promosi rm10 dan rm15 untuk 20 pages.
Memang senang nak buat photobook ni, hanya download tutorial dia, masukkan file gambar yg kita nak. Edit ikut suka kita pastu boleh hantar utk printing. Arahan yg diberikan memang senang nak ikut. Selepas hantar, kalau ada masalah printing, diaorg akan email kita dan suruh betulkan. Pastu hantar semula utk printing. Mudah jer..

Tak sabar nak tunggu hasilnya ..




Monday, April 15, 2013

Land of the Rising Sun: Japan. Souvenirs

Salam sejahtera. Minggu ni agak relaks sikit sebab students semua sedang menghadapi study week. So, cikgu pun relaks laaa sikit. Tapi jangan salah sangka, walau relaks sebab takda kelas tapi, students akan datang berkerumun utk menanya soalan.....Haishhh tu kes study last minute lah tuuu...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Entry kali ni hanya nak tunjukkan apa souvenir yang  boleh dibeli di Osaka, Nara dan Kyoto. Tak da apa yg special sebab kami hanya beli souvenirs sahaja.. Maklumlah harganya agak mahal jugak..


Setiap souvenirs yg kita beli tak kisahlah fridge magnet ke, key-chain ke, penjual akan buang dulu tanda harga dan kemudian letak souvenirs tu dalam sampul seperti pembalut hadiah dan cellotape. Memang orang jepun ni mementingkan presentation yg kemas.
Harga utk FM ni range diantara 300 yen -550 yen satu. Memang lebih kurang tu je harganya, dan fix price lah. 


Kertas pembalut setiap Fm tu I jadikan alas utk ambik gambar ni..Ni antara koleksi FM yg dibeli. Kebanyakan nya kami dibeli di tempat tu. Misalnya FM umeda sky building tu dan FM Osaka castle.



FM ni dibeli di Nara yg terkenal dgn rusa. Harganya kalau tak salah 400 yen. Sorry kalau tersilap harga, sebab semua tanda harga tu telah dibuang terlebih dahulu oleh penjual sebelum mereka letakkan dalam sampul pembalut hadiah tu..



T-shirt CK dibeli di Nara, harganya agak mahal 1200 yen (rm39). Tapi kualiti t-shirt OK !



Key-chain Kyoto tu dibeli di kedai souvenir kat Kyoto station. FM yg lain tu dibeli di arked kat Shojo dori.




Snow globe besar tu beli kat kedai di luar Kinkakuji temple, harganya 700 yen. Yang kecik kecik tu sebenarnya
ialah FM yg dibeli kat arked di shojo-dori, satu berharga 150 yen. Kami beli 23 FM ni,  tu yg ada satu penjual tak nampak yg dia tak tanggalkan tanda harga. 



T-shirt putih tu berharga 890 yen dan 900 yen satu. T-shirt HRC yg di beli di HRC Osaka. Harga satu dlm 4200 yen

Piring tu dibeli di Osaka castle, harga satu 550 yen.
 Hello kitty berkimono tu dibeli di kedai berhampiran Kiyumizudera temple. Harga satu tu 500 yen..
Atas: gambar kupon hijau  tu ialah baki kupon  entrance ke tempat tempat menarik di Osaka.
Bawah: Kami bergambar sebelum naik tempozan ferris wheel. Mahal gak..1000 yen harga gambar tu. Takpelah.. kenangan.. 

Sekarang ni tak sabar menunggu bulan Mei pulak. Cuti cuti lagi ...



Monday, April 8, 2013

Land of the Rising Sun : Japan. Our Budget

Hari ni terrrrajin pulak nak buat budget ke Japan ni selepas tengok komen Ruhaidah Rosli. Tak pe, mana mana yang elok tu kan lebih baik dikongsikan. Sharing is caring...


Bagi yg terlupa citer semua trip ke Japan bolehlah ulang baca  Land of Rising Sun: Japan dari di Osaka, then ke Nara than ke Kyoto...


Kansai Intr. Airport: Ruang untuk kanak kanak bermain. Budak jepun tu buat dono je bila
CK nak ajak berkawan. Communication breakdown hahaha...

Kansai Inter. Airport..


Train ke international terminal..



Kansai Inter. Airport..


Perbelanjaan kami

Tix KL-Osaka ( 3 orng) : rm2800 (dah termasuk luggage pergi 30kg, balik 25kg, makanan dlm flight, pilih seat)
Hotel (booking melalui booking.com) : Hotel Kansai Best Westin Premire( 1 mlm) : rm315
                                                          Hotel Shin Osaka Sunny Stone (2 mlm) : rm 478
                                                          Hotel Almont Kyoto ( 2 mlm)                : rm 448
Osaka 2-days pass ( 2 org)               : 2700 yen x 2 = 5400 yen                      :rm 172
Train Osaka-Nara (2 org)                 : 780 yen x 2 = 1560 yen                         : rm50
Train Nara-Kyoto (2 org)                 :690 yen x 2 = 1380 yen                           :rm 44
Kyoto One-day pass ( 2 org)            : 500 yen x 2 = 1000 yen                          :rm32
Trains di Kyoto ( 2 org)                    : 1140 yen x2 = 2280 yen                         :rm 73
Fee Kinkakuji temple (2 org)            : 500 yen x 2 = 100 yen                            :rm 32
Haruka express: Kyoto-Kansai Airport: 2900 yen X2= 5800 yen (sorry ni x ingat harga): rm 186
Souvenirs (FM, t-shirt, keychain, dll..)                                                              : rm 1000

                                                          TOTAL : RM 5630.                  

Murah aje kan... ini utk bagpack lah. Kalau guna tourguide tentulah lagi mahal..



Tuesday, April 2, 2013

Land of the Rising Sun : Japan -Kyoto (4)

Akhirnya inilah entry terakhir pasal bercuti di Kyoto hari tu...

Dari Kinkakuji temple, kami bercadang untuk ke Gion area terutama utk Kiyumizudera temple yg famous dgn view yg cantik tuuu. Kami menunggu bas no.100 untuk ke Gion. Dalam bas ada announcement next bus stop dlm english dan japanese, tapi tentulah englishnya sangat japlish jadinya. So kena dgr betul betul...


Bas stop yg kami tunggu bas tu berhampiran dgn tempat ni...




Kami turun di bus stop berhampiran dgn  Yasaka shrine. Kami hanya ambik gambar dari tepi jalan jer..

View Yasaka shrine dari tepi jalan..





Yasaka Shrine..
Dari Yasaka shrine, kami berjalan menyusuri jalan raya ke arah Kiyumizudera temple. Kami tak sempat ke Gion area sebab takut terlepas ke Kiyumizudera.




Terserempak dgn aweks jepun ni, seronok pulak diaorg bila I nak bergambar ..

Masa tu salji turun manja manja gituu...Tak jauh dari jalan besar, kami memasuki lorong kecik menuju ke Yasaka pagoda. Lorong tu menaiki bukit...terasa penat jugak berjalan sambil menolak stroller CK.


Yasaka pagoda...masa ni salji turun tapi tak lebat

Yasaka Pagoda also known as Hokanji temple

The pagoda rests on a bank in Eastern Kyoto. At 46 meters (151 feet) high, the temple stands out as a landmark of the city. Located between the Yasaka Shrine and the Kiyomizu Temple, the Pagoda is surrounded by residental buildings. The Pagoda also has a small traditional well attended garden at its base.

The construction and design of the pagoda were never altered, despite being rebuilt several times after different blazes. The design, which consists of a long central wooden beam, is earthquake safe and remains a model for experts today who construct buildings in earthquake prone regions.-Google

                Yasaka pagoda:An Earthquake Safe Landmark

Tomikichiro Tokuriki 1902-1999
copyright Tomikichiro Tokuriki : Google
Lukisan ni menunjukkan betapa famousnya  Yasaka Pagoda  





Sebelum tiba di Yasaka pagoda, kami melalui satu temple kecil, tapi tak tau nama apa. Pastu, tetiba ternampak satu pasangan berjalan keluar dari temple tu. Pengantin baru kot...sebab di depan diaorg ramai warga tua turut keluar dari temple tu..

Kami agak mereka ni pengantin baru sebab jalan tersipu malu sambil pegang tangan...cewahhh !!



Signboard ni terletak di atas laluan pejalan kaki...kalau tak perhati betul betul memang  terlepas signboard ni..


Laluan menaiki bukit...memang mencabar betul. CK pulak dah hampir nak terlelap tu...

Selepas melepasi Yasaka pagoda, kami teruskan menapak ke Kiyumizudera temple. Oleh kerana laluan menaiki bukit tu, I rasa kami dah menghampiri Sanenzaka slope ( a narrow stone-paved street) . 

Sanenzaka slope
Sannenzaka means sannen slope (zaka/saka means slope in Japanese). This slopes are leading to Kiyomizudera and also Kodai-ji temples. Along the way there are lots of traditional shop houses, restaurants and also Yasaka Pagoda. This neighborhood is also specified as the Historic Preservation District due to the many traditional town houses, shrines... google

Masa tu hari sabtu, maka tersangatlah ramainya tourist dan juga local people di lorong ni...

Rajin pulak minah minah ni berkimono ke temple..




Manaiki tangga di sannenzaka slope niii....Ooohhh kami terserempak dgn geisha (atau maiko ???).
Ramai tourist berhenti ambik gambar geisha ni..


Part mendaki tangga (sprt gambar atas tu) adalah part yg paling mencabar sekali. Sebab masa tu CK dah terlena atas stroller dia. Maka terpaksalah I pegang stroller di depan dan hubby pegang di belakang utk angkat stroller tu. Makkk aiiii...rasa nak patah pinggang kami...

Kiyumizudera temple

Akhirnya kami sampai jugak di Kiyumizudera temple....memang cantik temple ni, dah lah terletak atas bukit. Tapi masa tu, I dah give up dah nak masuk ke kawasan temple ni. Sebab perlu menaiki tangga lagi...rasa dah tak sanggup mengangkaut CK dan stroller dia sekali...Hubby suruh I naik ke atas dan ambik gambar, dia lebih rela menunggu di tangga tu aje..Sooo sebagai isteri yg patuh (cewahhh !!!) I masuk ke kawasan tu sorang sorang ambik gambar view. Sebab dalam hati dah pikir dah, alang alang sampai...mesti teruskan jugakkann !

Kiyumizudera temple...view dari hadapan.

Kiyomizudera (清水寺, literally "Pure Water Temple") is one of the most celebrated temples of Japan. It was founded in 780 on the site of the Otowa Waterfall in the wooded hills east of Kyoto, and derives its name from the fall's pure waters. The temple was originally associated with the Hosso sect, one of the oldest schools within Japanese Buddhism, but formed its own Kita Hosso sect in 1965. In 1994, the temple was added to the list of UNESCO world heritage sites.
Kiyomizudera is best known for its wooden stage that juts out from its main hall, 13 meters above the hillside below. The stage affords visitors a nice view of the numerous cherry and maple trees below that erupt in a sea of color in spring and fall, as well as of the city of Kyoto in the distance. The main hall, which together with the stage was built without the use of nails, houses the temple's primary object of worship, a small statue of the eleven faced, thousand armed Kannon. Google 

Kiyumizudera temple ...view dari sisi.

Ni gambar kedai kedai sepanjang jalan ke Kiyumizudera temple..







Gambar atas: Tengah ambik air sembahyang ????
Tengah sibuk ambik gambar sensorang di celah celah pelancong yg ramai kat atas tu, tetiba I ternampak hubby tengah menolak stroller CK . Aik ??? Cam ner dia tolak sensorang stoller tu naik tangga ? 

Rupa rupanya ada laluan kereta ke atas kawasan temple ni....Ohhh..


Laluan kereta utk ke kawasan atas temple...
Bayaran masuk utk kedalam temple ialah 300 Yen...tapi kami tak masuk sebab laluan utk turun ke bawah adalah jauh boleh nampak dari atas tu (one way). Tambahan pulak pengunjung ramai...tak larat nak bersesak sesak. So, selepas ambik gambar, kami turun melalui laluan kereta.

Nampak tak ramainya org ke kiyumizudera temple ?. Laluan berbukit ni kiri kanannya ialah
deretan kedai yang menjual pelbagai souvenirs
So, kami terus mencari bus stop utk berpatah balik ke Kyoto station. On the way ke bus stop, terjumpa bangku bangku tempat duduk. Maka kami pun duduk sekejap di situ sambil makan bekalan lunch kami. Masa tu dah hampir jam 3.30 petang. 

Selepas habis bekalan makanan dan selepas hilang penat, kami terus berjalan turun sampai di penghujung jalan, kami ternampak pulak satu lagi kawasan yg cantik tapi kami dah tak larat dah menapak dlm cuaca sejuk tu.

Tak tau apa nama tempat ni...
 Rupa-rupanya bus stop yg kami tuju tu agak jauh jugak...rasa menyesal pulak tak pergi ke bus stop yg kami nampak dlm perjalanan tadi..     Tiba di bus stop tetiba CK kata seluar dia basah. Alahaiiiiii.....diapers dia tembus so habis basah jeans dia. Diapers dia tak penuh, tapi agaknya dah tersenget kottt..Nak buat cam ne sebab I memang tak ade spare baju sebab semua dah sumbat dlm luggage yg dah ditinggalkan di locker pagi tadi... 

Kalau tukar diapers pun tak guna sebab CK masih akan pakai jeans yg sama. Kesian kat CK. So I suruh CK berdiri je sebelah I dan dalam bas pun berdiri jer tapi jangan peluk mama atau baba sebab kami belum solat lagi.

Sampai kat Kyoto station, terus ke locker, ambik beg beg kami. Bukak beg kat situ jugak utk keluar baju dan jeans baru CK. Bawa CK ke toilet dan terus operasi dalam toilet yang bukannya ada paip air. Terpaksa lah emak dia ni guna kreativiti cam ner nak dapat air utk bersihkan CK.   

Kami bersolat di taman berhadapan Kyoto station..then terus menuju  ke tempat menunggu Haruka express. Kami naik Haruka jam 5.45 petang. Leganya...sebab train ni direct sampai Kansai inter.airport. Sampai di airport jam 7.15 petang. Di Kansai airport , ada surau utk bersolat, terletak berhadapan dgn starbuck. Tak per lah...sampai awal di airport. Biar awal asalkan tak kelam kabut..

Habislah cerita catatan perjalanan ke Osaka-Nara-Kyoto yang sangat sangat berharga. Ni lah first time kami bacpack sekeluarga ke oversea. (Biasanya kalau ke Indon tu, kita ada supir yg ready membawa kita ke mana mana. Masa kat HK dulu backpack pun sehari jer dan hanya kami berdua ajer.) Oleh kerana pengalaman kat Jepun ni sangat indah...hubby dah plan utk backpack sekeluarga ke over the sea lagi...Ikut mana tiket murah yg boleh dirembat dari AA.