- ikut bas ke HK Disneyland
- MTR ke Tung Shun utk naik cable car
- MTR ke Central nak cari mid level escalator
- cari masjid sama ada ke Kowloon Mosque atau ke Ammar Mosque di Charter House and lunch
- MTR ke Mongkok utk ke Ladies Market (again !!)
- MTR ke Tsim Sha Tsui dan menapak ke Avenue of Stars (tengok Symphonys of Lights)
- MTR @ bas balik ke Panda Hotel
Sebelum keluar ke disneyland, sempat snap gambar sekitar hotel.
Hotel ni located nearly 10 minutes walking distance to Tsing Yi MTR station. Tapi kawasan ni lebih popular sbg business center.
Oleh sebab kami tak nak masuk disneyland, so kami bayar kurang la berbanding kalau masuk disneyland. Nape tak nak masuk disneyland ?? Nanti sure teringat kat CK sebab dia dah kenal kartun mickey mouse tu...Tapi tak pe, one day nanti kami sure akan bawak CK ke sana.
Sampai disneyland, turun dari bas, kami pun sibuk posing posing kat luar disneyland tu...Comei comei watak kartun dia....Masa ni suhu di sini ialah 10 C.
Hubby dah bertopi utk tutup telinga, I pulak dah bersarung tangan. Sejuk betulll..maklumlah datang dari negara panas, sure lah tak tahan ngan cuaca sejuk cenggini !! |
Org ramai menuju ke entrance HK disneyland |
Hari tu ialah ahad 22 Jan 2012, sehari sebelum CNY. Peliknya, ramainya orang cina ni... diaorang tak raya dalam erti kata kita beraya...
Punya la ramai orang nak masuk ke disneyland.. sejuk sejuk pun gigih diaorang ni berjalan.. |
Ahaksss... ingat CK tak ?? |
Di MTR stesen disney... |
MTR khas untuk ke disney...so tingkap dia pun bentuk mickey mouse... |
Siap ngan hiasan patung disney dalam subway niii... |
Pemegang tangan pun bentuk mickey mouse... |
Keluar dari stesen Tung Shun, tersergam Citygate outlet. Memang semua barang branded ada kat sini. Kami singgah selepas balik dari cable car. |
Keluar dari MTR Tung Shun, ikut je signboard ke arah cable car. Sure tak sesat punya...
Tu escalator menuju ke cable car.. |
Pakej yg ditawarkan. Kami pilih cable car crystal cabin+monkey tale+ walking with buddha HKD250 sorang. |
Beratur nak beli tiket ke cable car. |
Apa yang menarik sgt nak naik cable car tu? Sebenarnya ada 2 jenis cable car : yg biasa cam kat genting @ langkawi dan satu lagi jenis crystal cabin iaitu keseluruhan cable car tu dari kaca. Kat Msia takde jenis crystal cabin kann? Tu yg kami excited sgt. Cable car tu bergrk sejauh 5.7 km ke arah puncak bukit setinggi lebih 900 m dari aras laut, ke kawasan yg dikenali sbg Ngong Ping Village atau chinese-style village. Hampir 25 min duduk dlm cable car tu.
Airport view dari dalam cable car. Nampak landasan di airport. |
Semakin menghampiri puncak bukit, keadaan berkabus tebal, so tak nampak langsung kat luar cable car. |
Naik crystal cabin cable car ni sangat mengujakan sebab keseluruhannya adalah kaca. Hubby punya la gayat, sampai nak letak kaki kat lantai pun rasa takut. Suhu sangat sejuk sebab angin dari luar masuk ke dlm cabin tu. Masa tu, suhu di Ngong Ping village lebih kurang 4 C (according tu penjual kat situ). Ngong Ping terletak di tanah tinggi, so cuaca sangat sejuk dan berangin...ngerrr.
I asyik cakap kat hubby " Rasa cam kat overseas la". Hubby kata "Memang la kita kat oversea" . Kah kah kah... |
Tangan pegang hot cappucino dari Starbucks.. |
Ha ha ha... jangan muntah tau tengok aksi lomantik sebab memang sejuk gilerrr....
Dah la sejuk... gerimis pulak tu, org lain berpayung, kami malas nak beli payung. |
Kat belakang tu ialah Tian Tan Buddha statue... besar betul patung tu. Tapi kami naik tangga tu sampai 3/4 je...tak larat nak naik atas lagi. Kira macam tangga kat Batu Caves nih... |
Ahakss.... beli satu topi kat area sini sebab telinga dah rasa sejukkkk. Baju 3 lapis tuuuu |
Banyak kedai souvenir di kawasan sini.... |
Hampir 2 jam berposing di sini, kami masuk ke Monkey Tale Theatre... layan jer la show animasi tu sebab panas sikit duduk dalam dewan. Pas tu kami masuk ke dewan untuk show walking with buddha, iaitu audio-visual showcase. Cerita pasal asal usul ajaran buddha. Layan jer la..sebab dah termasuk pakej harga.
Dah habis tengok show, kami ingat nak balik ke cable car sebab nak ke Central pulak. Masa tu dah jam 2 ptg. Tetiba hubby ternampak kedai kebab halal....yahuuu...gembira ...sebab masa tu memang tengah lapar. Stok biskut dalam beg pun dah tinggal separuh jer.
Ebeneezer's Kebabs dan Biryani halal..Located next to Subway Restaurant. |
Kami makan bryani ayam dan salad |
Pokok dah togel... |
On the way balik, dalam cable car tu hanya kami dan 2 pompuan Filipina so, kami ambik kesempatan brposing sakan la...
Berposing kat lantai cable car.. |
Ha ha ha... hubby tengah takut ni..dia bayangkan kalau la cermin tu pecah.... |
Dah sampai di stesen .. Tu kat belakang, nampak cable car.. |
Next entry I sambung perjalanan kami seterusnya ke Kowloon mosque, Avenue of Stars dan macam macam lagi...