MISS NUFFNANG

Thursday, January 17, 2013

Her 4th Birthday

Sambut secara kecil-kecilan aje birthday CK pada Disember yang lepas. Sebenarnya dua kali sambut, first time dengan nenek dan sepupu-sepupu CK. Dan second time, sambut dengan kenkawan di taska.

Thanks pada lieyalatif ye sebab ahkak pakai idea lieya untuk goodiepail ni. Jenuh round pekan Banting waktu lunch hour hari tu, nak cari baldi comel ni. Oleh sebab beli 50 biji baldi, dapatlah bodek tauke kedai bagi seringget satu.



Goodiepail yang diisi dengan colour pencil, notebook, air kotak dutchlady kids dan jajan

Sebenarnya I mintak decorate snow white atas kek ni, tapiiii macam tak jadi aje snow white nya...hurm !


CK dengan sebahagian kenkawan dan kakak Cbah..

Dapat belikan jugak kek princess comeiii ni , senyum lebar CK bila tengok kek ni....sukaaaaaaaaa...


Excited potong kek selepas nyanyi happy birthday...

Seronok!!  sebahagian dari kenkawan CK dapat goodiepail...
Alhamdulillah...dah 4 tahun anak mama ni. Tapi biasalah orang lahir bulan disember ni, sentiasa muda dari rakan sebaya. 


Monday, January 14, 2013

Yeay.... Dapat Visa Jepun

Alhamdulillah...lega dan gumbira sebab dah dapat visa Japan. Barulah bersemangat sikit nak buat itinerary ke Osaka awal bulan Februari.

Hubby sorang sorang gi hantar segala borang dan dokumen yang diperlukan ke kedutaan Jepun pada 31.12.2012 hari tu. Mula mula hubby call kedutaan tanya, boleh tak dia sorang jer yang gi hantar borang untuk kami bertiga. Bila orang kedutaan kata, boleh, lega banyak rasanya sebab tak perlulah I mohon cuti bagai semata mata nak hantar borang. So, hubby mintak keluar kejap dari office dia kat jln Raja Laut tu, naik cab jer ke kedutaan. Sebab kat area tu susah nak parking.

Bila orang yang terima borang tu semak semak, dia kata OK ! Semua dokumen ada. Datang semula pada 3 Januari 2013 petang untuk ambik passport. Heh...senang betul.

Sebenarnya rasa cuak tu datang sebab bila baca blog orang lain, macam banyak sangat syaratnya.

CK punya visa..


Takpe lah I tulis jugak pengalaman kami menyiapkan segala dokumen yang diperlukan ye. Boleh rujuk kat website embassy japan ni untuk maklumat lanjut dan yang lebih terkini la...

1. Original passport
Mestilah masih ada tempoh 6 bulan masa hari nak pergi tu ye. Tapi macam I, terus je buat baru...
Kena hantar sekali dengan borang ke keduataan.

2. One visa application form
Boleh download kat sini . Kat part surname tu, I tulis nama penuh sekali ngan binti/bin sekali, so bahagian middlename I kosongkan. Kat bahagian guarantor/inviter tu kosongkan aje..

3. One Photo 4.5 cm x 4.5 cm white background.
Gambar mestilah diambil dalam masa 6 bulan dari tarikh mohon visa ni.
Pergi kat kedai gambar kata nak apply visa, background putih, sure orng kedai gambar tau kann. Gambar ni kena dilekatkan kat application form.

4. Itinerary in Japan.
Boleh download borang ni dari sini. Ni contoh itinerary kami...tulis ringkas ringkas jek sebab ruangnya kecik jer. Borang ni I tulis satu jer untuk 3 beranak ni.

Hehehe....asal isi jer dalam itinerary ni....


5. Employment certificate
Ni perlu yang original tau dengan letterhead company. Nyatakan jawatan korang, jabatan and tempoh dah berkhidmat di situ. Buat dalam english ye...
Kalau yang tak bekerja tu, perlu gak buat surat. Kena refer kat website embassy ye..

6. Personal savings
Tak kira dalam ASB, ke Tabung Haji ke, perlu disahkan oleh pihak bank. Berapa amount ? Itu I tak pastilah sebab tak dinyatakan kat web tu...cam kami , bank statement rm20K ASB (hasil pinjam meminjam  untuk cantikkan bank statement). Ok kot untuk 3 beranak.

7. Copy of marriage certificate (spouse) and/or birth certificate (children).
Salinan perlu disahkan. Dokumen ni perlu untuk bukti hubungan dengan pemohon utama dan orang yang mengikut..


So, itu je kot yang I boleh kongsikan hasil dari bacaan dan pengalaman sendiri. Pasni, kena buat itinerary lah pulak. 



Thursday, January 10, 2013

Hadiah ..

Terima kasih kat rakan blogger, MulutPayau yang sudi menghadiahkan 6 ketul FM dari Bandung...Suka sangatttt...Walaupun sendiri pernah pergi Bandung, tapi tetap rasa seronok dan gumbira bila dapat hadiah FM bandung nih ! Iyelahhh teman yang hanya mesra di alam maya pun sudi memberi hadiah. FM ni merupakan hadiah sebab berjaya teka MP pergi bercuti ke mana hari tu...







Satu lagi hadiah pulak dapat dari adik lelaki I (the one and only)...Syukrey, yang dapat hadiah cabutan bertuah masa family day tempat kerja dia. Dan dia telah pass kat I hadiah tu. Hadiahnya ialah 2 tiket 2-days pass ke Puteri Harbour Family Theme Park, alaaa... Hello Kitty Town dan Little Big Club di JB sana. Yahuuuu...ahkak melompat suka sebab memang bercita cita nak bawak CK ke sana.

Ni sampul nya...


Ni tiketnya yang bernilai rm85 setiap satu...
Terima kasih kepada MulutPayau dan adikku Syukrey... 



Monday, January 7, 2013

Medan Trip - Day 4

Hari ke empat  di Medan. Hari ni merupakan hari terakhir di sini.

Oleh kerana flight kami jam 9.15 mlm, jadi kami kena bayar 60 000 rph untuk late check-out. Aktiviti hari ni, di sekitar Medan aje atau lebih tepat, sekitar kawasan hotel aje.

Kami turun breakfast jam 8.00 pagi. Sarapan sedap pulak kat sini, so kami makan agak banyak jugak. Keluar dari hotel Antares, kami terus menghala ke sebelah kiri hotel dan menapak lebih kurang 300m untuk sampai ke Masjid Raya Al-Mashun. 


Di depan Antares Hotel, Medan



Menapak dari hotel ke Masjid Raya Al-Mashun



Di hadapan Masjid Raya Al-Mashun..








Kami bergambar di depan masjid dulu sebelum naik jejantas untuk ke seberang jalan. Berdepan dengan masjid raya ialah plaza Yuki. Tapi masa tu baru jam 9 pagi, plaza ni belum buka lagi. 

Kami jalan -jalan di tepi plaza ni, tetiba ada satu beca bermotor yg dipanggil betor berhenti di tepi jalan. Bapak tu offer kami pusing pusing kota Medan dengan bayaran 100 000 rph. Selepas pikir panjang, kami nak ke Merdeka walk ajelah. Famous merdeka walk ni bila waktu malam sebab banyak gerai makan. Bapak tu kata 30 000 rph lah. On the way, dia akan tunjukkan rumah cina peranakan yang dah dijadikan muzium.

Betor tu ada satu tempat duduk, so hubby duduk situ sambil pangku CK. I pulak ??? Hahaha...duduk bertenggek mengadap hubby dan CK. On the way tu, kami asyik gelak jer sebab ngeri dengan kenderaan lain.

Bayangkan I duduk bertenggek kat atas besi biru tu....mau bergegar seluruh anggota badan..hehehe.
Kat sebelah tu datang pulak betor yang lain offer beca dia. Masa ni kami dah sampai di merdeka walk..







Bangunan lama ni merupakan rumah cina peranakan yang kini dijadikan muzium..




Turun dari beca , singgah untuk bergambar jer. Sekali imbas macam dataran merdeka kita..

Balik dari merdeka walk, betor tu hantar kami balik semula ke Yuki Plaza. Masa ni, plaza tu dah buka dah.


Pasar raya Yuki...terletak bertentangan dengan Masjid Raya

Kami habiskan masa lebih 2 jam kat dalam Yuki plaza sebab ada tempat permainan untuk kanak kanak, sediakan ongkosnya...Pastu shopping baju ready made dan t-shirt untuk kami sendiri.


Terdapat tempat permainan di tingkat atas Yuki plaza ni...


Kami sempat membeli baju kat sini...harga berpatutan .
 Sebelum azan zohor , kami singgah kat McD untuk lunch. McD indon ada set nasik dan ayam goreng, jadilah tu untuk lunch CK. Dah kenyang baru kami menapak balik ke hotel. Sampai hotel, mandi, sembahyang, tidurkan CK dan kami pun mengemaslah beg...untuk menyumbat segala barangan yang dah dibeli. 

Supir datang jam 5.30 petang, lepas check-out, kami mintak supir bawa kami makan ke kedai makan bakso yang sedap. Maka, dibawanya kami ke bakso "Amat" ni. Memang ramai orang kat situ tengah makan, sampai terpaksa berdiri untuk menunggu tempat kosong...Sedap baksonya, tak rugi singgah tapi yang penting halal !!

Singgah di bakso "amat". Sedap baksonya dan  ramai orang sehingga terpaksa
berdiri menunggu tempat duduk yang kosong. Kami sempat jugak minum teh botol yang popular di Indon

Selesai makan, supir pun hantar kami ke airport. Awal kami sampai kat airport, tak pelah, sebab tak tau nak ke mana lagi. So, duduk buang masa main game ajelah. Lepas drop bag, ingat nak beli bika ambon kat kedai kat airport ni, tutuplah pulak. Melepas kami nak bawa balik bika ambon.Sebab semalam masa  singgah di bika ambon zulaikha, bika ambon dah habis.

Pelbagai ragam CK main game di tab...sementara menunggu flight balik..

Kami sampai di LCCT jam 11.40 mlm, begitu begini akhirnya jam 12.50 mlm baru kami masuk ke kereta dan balik rumah. Nasib baiklah rumah hanya 15 minit jer dari airport !!!.



Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Selamat datang tahun baru masihi, 2013. 
Alhamdulillah...menoleh kembali tahun 2012, banyak jugak tempat kami pergi tapi ikut kemampuan poket lah ! Orang kata, selera tajam tapi bajet ciput ajer...hehehe. Tak peduli....., asal dapat melancong melihat tempat orang.


 Januari 2012- Ke Hong Kong bersama hubby
 Januari 2012- Ke Shenzen, China bersama hubby

 Mei 2012 - Ke Seoul, Korea Selatan bersama hubby
 Mei 2012- Ke Ho Chi Minh City bersama hubby
 Mei 2012 - Ke Bali, Indonesia bersama hubby dan CK

November 2012- Ke Medan, Indonesia bersama hubby dan CK


Serius cakap memang tak best jalan kalau tak bawak anak. So, kami memang telah berikrar, selepas balik dari Bali tu, tak akan tinggalkan CK lagi setiap kali melancong...biarlah susah senang kami tanggung, cewahhhh !!! 

Walaupun ada masanya CK buat perangai sebab keletihan,
tapi bila tengok dia enjoy berjalan, tu yang tak sampai  hati tinggalkan dia lagi...huhuhu...


So untuk tahun 2013 ni, so far kami baru ada tiket ke Osaka dan Kuching aje. Yang lain lain, Insya Allah, ada rezeki sampailah kami ke sana.