MISS NUFFNANG

Tuesday, October 22, 2013

Guangzhou, China : Part 1

Assalamualaikum semua....

Lama betul tak update entry kat blog ni. Trip ke Guangzhou dah nak hampir sebulan dah berlalu. Maaflah....adat orang kerja makan gaji, cam ni lah...Rasa lega sebab, dah nak hujung semester, bermakna beban tugas pun berkurangan sekejap. Tak sabar nak menunggu cuti...hehehe...pelajar cuti, cikgu pun cuti lah ye tak ??

Tak sempat jugak nak menjenguk blog kenkawan...geram jer tengok kat blog list ni, ramai pulak update citer ke australia....macam tau tau je !!! Tak pe...sempena study week pelajar pelajar ni akan kugunakan untuk cover semua story mory korang yeee...
-----------------------------------------------------------

Trip ke Guangzhou pada bulan september tu sebenarnya ialah trip bersama kawan kawan satu unit di kolej. Kami dah book tix AA ni sejak bulan januari lagi, agak murah jugaklah harganya. Oleh kerana 14 org yang ikut trip ni, maka kami ambik ground arrangement yg dikendalikan oleh student msia kat Guangzhou, Fiqa namanya. Ok lah..untuk 3H 3M, kami bayar sorang rm 750 all in...

Kapalterbang kami jam 8.50 malam hari jumaat 13 sept. dan dijangka sampai jam 12.50 tengah malam. Gigih betul masing masing...sebab semangat nak bershopping punya pasal.

Selepas ambik beg, memasing lepak berhampiran main entrance sambil tunggu kenkawan yang lain
Bila semua dah dapat beg, kami bergerak ke bas yg dah siap menunggu kami. Dari Baiyun int. airport, ke EastAsia Hotel, Chongdi road ambik masa sejam jugak perjalanan. Sampai ke hotel, terus ambik kunci memasing dan terus masuk bilik. Masa tu dah hampir jam3 pagi ...

Esoknya selepas breakfast, kami ke destinasi pertama iaitu Baiyun leather market... Memang happeninglah semua barangan kulit kat sini, tapi tentulah copy dari original. Cuma pekerja pekerja kat situ akan promote "same...same...original" Paham paham sendirilah maksudnya. Cuma setiap handbag atau bag kulit yg dijual ada gred tertentu, kalau first gred tu sebijik sebijik sama macam original, digelar one to one copy, harga mahallah w/pun tak semahal ori. Kalau gred afrika, paham pahamlah kualitinya maka harganya pun murahlah ...


Di entrance baiyun leather market...berposing 2 orang kawanku ni..

Satu kedai di aras bawah baiyun leather mall...

Ini adalah lot apartment di tingkat atas baiyun leather mall yang dijadikan show room untuk handbag. Bukan boleh main terjah masuk ke sini kecuali setelah kita ke lot lot kedai di tingkat bawah, dan pekerja diaorng akan bawa kita ke tingkat atas ni...

Memang rambang mata di sini....Pilih kak Sal..jangan tak pilih.

Ahaksss....tuan tanah mesti nak posing jugak kannnn !!
Kepada sesiapa yang nak shopping leather handbag, kat baiyun leather market ni memang tempat yang sesuailah. Walaupun product tiruan, tapi tiruan dia pun ada gred jugak tau. You get what you paid la...Jangan lupa tawar menawar....harga akan dikurangkan tapi taklah jauh beza sangat, ikut pada gred leather handbag tu...Segala jenis brand handbag ada, cuma tak nampak Coach punya brand aje...Paling banyak LV lah !!

Habis shopping, kami berjalan ke bahagian kiri bangunan ni, melintas jalan dan nampaklah  pintu gerbang seperti di bawah ni..


Pintu gerbang menuju ke kedai makan mee tarik halal....

Pekerja ni tengah demo buat mee tarik. Jangan risau, ni kedai makan halal, semua pekerjanya muslim..

Tu mee tarik....sedap betul. Sepinggan yg besar ni utk sorang makan tau. Tak larat kami menghabiskannya...semua org share share aje..
Lepas lunch, kami ke masjid Huaisheng, Guangzhou. Kami solat jamak zohor dan asar di sini. Rasa kagum melihat masjid yg penuh dengan senibina cina...

Entrance ke Masjid HuaiSheng, Guangzhou...

Dewan berbumbung hijau tu merupakan tempat solat...

Di dinding pagar masjid...

Ada peniaga cina Uigur berniaga kacang dan buah buah kering di luar entrance masuk ke masjid. Kenkawan I ni, apalagi...borong kekacang pulak lah !!

Dari masjid, kami di bawa ke Dashatou, tempat jualan barang barang elektronik pulak. Memang pelbagai barang elektronik yg ada kat sini....S2 samsung , S3 samsung...sebutlah apa sahaja, semua ada. Kebanyakan kami borong powerbank jenama Yoobao, harga 95 yuan (~ rm50), kalau kat Msia lebih rm100 brand yg sama. Tapi powerbank ni limited 2 biji je sorang dan masa naik k/t kena letak dalam handlugage tau...(maklumat ni diberitau oleh tourguide kami, Fiqa). Kenkawan I, ada yg borong hp samsung tiruan, headphone dan macam macam lagi. Memang gila semua tengok barangan yg dijual...macam macam ada.

Di kedai ni , kami borong 15 biji powerbank....Hai Kak Dah, termenung tak tau nak pilih apa ye ?

Dari tempat elektronik tu, kami berjalan kaki ke Haiyin textile pulak. Dekat jer...Fiqa bawa kami ke satu kedai kain yg memang murah, tapi sutera cina yg dijual kat kedai tu tak banyak sangat pilihan..
Kat tempat textile ni, kami borong jugak cadar jenis quilt....harganya dapat 160 yuan (~ rm85). I beli satu set ajer cadar...takut tak larat nak angkut nanti..


Borong kain sutera cina di sini...

Aktiviti terakhir ialah river cruise di Pearl River sambil menyaksikan sunset.


Selepas turun dari bas, berhampiran  tempat nak naik cruise, kami dihampiri penjual buah.
 Buah ditimbang sebanyak mana yg kita nak...

Ni antara perkhidmatan river cruise yang ada. Ada yg disediakan dengan dinner.
Kami hanya naik cruise aje, tanpa dinner

Pemandangan di tingkat atas cruise..

Cantik.....


Satu lagi view dari atas cruise semasa belayar di Pearl river, Ghuangzhou.. Yang warna warni tu ialah Canton Tower



Bukti tuan tanah dah sampai di Guangzhou



Canton tower.....tak sempat naik ke sini. Hanya ambik gambar semasa river cruise sahaja

Habis dah aktiviti hari kedua di Guangzhou...Keluar pagi jam 9.30 pagi, dan sampai semula ke hotel jam 9 malam. Letih seharian berjalan dan bershopping... Nasib baik jugak ada sightseeing, kalau tak memang shopping memanjang laaaa..