MISS NUFFNANG

Tuesday, February 25, 2014

Tanah Jawa Trip: From Jakarta To Jogjakarta

Day 1

Kami bertolak dari LCCT ke Jakarta pada jam 6.50 petang. Penerbangan ambil masa 2 jam dan tiba di Jakarta pada jam 8.00 malam waktu sana (lewat sejam dari Malaysia). Kami bergerak cepat je sebab tak nak terperangkap dalam kelompok orang ramai, nanti akan jadi lambat di kaunter imigresen. Jadi, cepat jer semua urusan selesai. Tau tau lepas ambik beg ...dah pun keluar dari terminal building. Berdasarkan info dari en. Mie dan bertanyakan pak guard kat pintu keluar tu, kami dapat mencari lokasi teksi iaitu di jalur 2 (lorong 2 lah tu kannnn..). Sebaik sampai di jalur 2 dua, berkerumun orang menanya kami mau ke mana. Kami cuma senyum je sambil mata melilau mencari teksi Bluebird iaitu teksi kerajaan yang pakai meter. Entah macam mana...I terus je berjalan ke sebelah kiri...dan tetiba mata I ternampak teksi Bluebird. Kebetulan masa tu tak ada orang yang menunggu teksi di situ... Alhamdulillah...terus masuk teksi dan menuju ke hotel MaxOne Hotel, Sabang. Jarak hotel lebih 30 km dari airport, dan tambang ikut meter ialah Rp 132 ribu (~ RM 35). Sepatutnya murah lagi tapi sebab sebelum tu, hubby mintak pemandu teksi tu cari lokasi Hard Rock Cafe Jakarta dulu sebelum ke hotel. Kira ok lah tambang tu...Masa kami pergi, tukaran duit ialah pada kadar Rp 1 juta = RM 270... memang murah giler kadar tu...Sebab dulu masa kami ke Bali, tukaran duit ialah  Rp 1 juta = RM 350 !!! Haaa...jauh beza kannn !


Masa check-in di hotel, dah siap-siap bagitau receptionist untuk panggil teksi esok pagi jam 6.30 pg. Oleh kerana train kami ke Jogjakarta bertolak jam 8 pagi, bermakna haruslah kami tiba di stesen Gambir sebelum jam 7 pagi.

Hubby sempat merayau di luar hotel sambil ambik ambik gambar sementara I menyiapkan CK untuk tidur. 

Hotel kami duduk untuk 1 malam je..
Day 2

Jam 6.30 pagi kami dah terpacak di lobby hotel untuk check-out. Sekejap aje menunggu, pak guard datang bagitau yang teksi dah ada.



Muka ceria bergambar di pintu lift hotel..

Tak sampai 10 min naik teksi, dah sampai di stesen keretapi Gambir..Tambang teksi Rp 9000 (rm2.70). 
Kagum sekejap kami melihat stesen Gambir ni ...dah ala ala stesen keretapi kuala lumpur...sibuk betul tapi suasananya bersih dan semuanya nampak teratur.



Kena cari kaunter tertulis LOKET tu untuk tukar print out copy dengan tiket keretapi

Haaaa...ni dia tiket keretapinya. Kami naik keretapi ekspres Argo Dwipangga tujuan ke Jogjakarta

Kena melalui entrance ni...dan tunjukkan tiket keretapi bersama passport ye...

Aktiviti CK dalam keretapi...mewarna buku. Kami saja letak beg besar di situ supaya bila CK tidur,
tak lah sampai tergolek ke bawah..

Keretapi eksekutif coach dari Jakarta ke Jogjakarta ...Tapi seat penuh. Kalau ada seat kosong, bermakna penumpang tu naik dari stesen berikutnya. Train ni hanya berhenti di 4 stesen sahaja (kalau tak silap lah..)

CK dah keboringan....
Sekejap sekejap adanya pelayan datang menjual pelbagai makanan dan minuman...ok jugak tu kannn !!

I habiskan masa dalam train dengan membaca novel The Wedding Breaker....hehee....

Akhirnya selepas 7 jam perjalanan, kami pun sampai di Jogjakarta.



Sampai di Stesen Keretapi Jogjakarta..jam 3.40 petang

Jarak stesen keretapi dari hotel dalam 1 km jer....tapi pemandu teksi minta tambang Rp 60 ribu (rm 14) sebab terpaksa berpusing mengelilingi stesen keretapi tu dulu.  Kepenatan punya pasal...kami oke je dengan tambang tu, asalkan boleh sampai ke hotel.

Gloria Amanda Hotel...hotel ni agak terpencil tapi sangat dekat dengan jalan Malioboro 


Selepas mandi, solat dan minum petang, kami keluar berjalan ke jalan Malioboro. Kebetulan, hujan turun pulak, maka kami semua memakai baju hujan...


Orang ramai sebab semua nak berteduh dari hujan. Ni di kaki lima kedai kedai di jalan Malioboro





Jalan Malioboro, Jogjakarta

Jepit khas Jogja ni sebenarnya ialah selipar 



Kami sempat ronda ronda keliling kota Jogja dengan menaiki kereta kuda...Rp 50 ribu harganya. Pak supir kereta kuda tu bawa kami putar putar dan berhenti di satu kedai yang special dengan oleh oleh khas Jogja iaitu sejenis kuih yang dipanggil bakpia. Kat sini banyak jenis bakpia, dan diberi nombor sbg identiti setiap bakpia...


Kami singgah dan beli bakpia 99

Sekotak Rp 22 ribu...yang jenis ni boleh tahan 10 hari..



Bakpia...ni yang rasa durian






Hujan renyai renyai...Banyak kereta kuda ni menanti pelancong..

Lebih naik kereta kuda dan beli bakpia, pak supir kereta kuda tu nak hantar kami ke jalan Malioboro semula tapi kami tak nak dan minta dia hantar ke hotel terus. 

Semua dah keletihan... esoknya ada pak supir menunggu untuk membawa kami ke Borobudur...wah lega rasanya sebab ada supir !! Tapi .... ada cerita suspen menunggu kami rupa-rupanya....


Monday, February 10, 2014

Selamat Kembali ke Tanah Air Tercinta...

Alhamdulillah...percutian kami ke Tanah Jawa berakhir sudah. Kami tiba di LCCT hari Sabtu 8.2.2014, jam 10.30 malam. Hampir 90% itinerary telah berjaya dicapai...OK lah tu kami yang rangka untuk kami jugak..kannnn.

Ringkasan trip ini yang mengambil masa 8 hari dan 7 malam...

Jakarta

Kami bermalam 2 malam di Jakarta  iaitu

  •  1 malam di MaxOne Hotel, Sabang. Hotel ni sangat dekat dengan stasiun keretapi Gambir iaitu tak sampai 10 min dengan teksi.(Menginap di sini sebaik sampai di Jakarta, sebelum bertolak ke Jogjakarta)
  • 1 malam di Neo Mangga Dua Hotel, Mangga Dua Square. Lokasinya berdepan dengan WTC Mangga Dua dan sangat dekat dengan DuFan Ancol, iaitu 10 minit teksi. Dan jugak dekat dgn airport Soekarno-Hatta.(Menginap di sini sehari sebelum balik ke KL)


Jogjakarta

Kami bermalam 3 malam di Jogjakarta iaitu 

  • di Gloria Amanda Hotel. Sangat dekat dengan stasiun keretapi tugu Yogyakarta. Sangat dekat dengan Jalan Malioboro ...150m jalan kaki saja.



Bandung

Kami bermalam 2 malam Bandung iaitu 

  • di Guntur Hotel, Bandung. Sangat dekat dengan stasiun keretapi Bandung. Sangat dekat dengan cawangan Kartika Sari, kami jalan kaki 5 minit ke situ. Sangat dekat dengan Pasar Baru, kami jalan kaki tak sampai 10 minit dengan menaiki jejantas menyeberangi rel keretapi dan terus sampai Pasar Baru.




Semua hotel telah ditempah melalui booking.com 2 minggu sebelum berangkat.


Ni dalam train Argo Dwipangga dari Jakarta ke Jogjakarta....selesa, lapang dan bersih...

Tiket keretapi telah ditempah secara online di http://en.tiket.com. iaitu
1. Eksekutif coach Argo Dwipangga Jakarta-> Jogjakarta (~544 km, perjalanan ambil masa 7.5 jam)
2. Eksekutif coach Lodaya Pagi Jogjakarta -> Bandung ( ~341 km, perjalanan ambil masa 8 jam)
3. Eksekutif coach Argo Parahyangan Bandung -> Jakarta (~148 km, perjalanan ambil masa 3 jam)


Pemandangan cantik ni dapat dilihat dari keretapi. di sepanjang perjalanan..Sawah di tanam secara teres.
Sama seperti di Tegallang, Bali.

Senang beli tiket secara online....macam beli tiket airasia juga. Kami guna kad kredit untuk buat pembayaran. Oleh kerana kami travel bersama anak kecil, maka semua perjalanan keretapi ialah pada siang hari. Memang agak rugi masa di situ tetapi hubby kata tak apalah daripada kami sampai di Jogjakarta atau Bandung pada jam 3 atau 4 pagi...lagilah haru !!! So ...untuk orang orang bujang atau travel tanpa anak kecil, lebih baik travel dengan train pada waktu malam kannnnn.....

Nanti I akan buat entrynya ya bapak ibuuu...lagi capekkkk sih !!



Ni...moment yang paling mahal sekali. Sehabis pertunjukkan ikan lumba lumba di Ocean Samudera, Ancol, Jakarta. Ikan lumba lumba datang dan mencium CK....Di belakang I ialah trainer dolphins tuuu..

Terima kasih kepada rakan bloggers yg bagi info berguna seperti en. Mie, Zila, Farikica, John, Nek Chik dan lain lain. Info korang semua membantu perjalanan kami.


Tuesday, February 4, 2014

Itinerary: Tanah Jawa Trip

Projek pertama tahun 2014 ni ialah untuk ke beberapa tempat di pulau Jawa, Indonesia.

Peta Pulau Jawa..

Kami plan nak ke Jakarta, Jogjakarta, Solo, Bandung dan balik semula ke Jakarta. Boleh rujuk peta pulau Jawa kat atas tu untuk membayangkan journey kami bertiga.


 JAKARTA-JOGJAKARTA-SOLO-BANDUNG-JAKARTA

DAY 1 :  Tiba di Jakarta airport. Check-in hotel,Jakarta.
DAY 2 : Keretapi  Jakarta-> Jogjakarta 
             Check-in hotel di Jogjakarta. 
           Jalan jalan Malioboro
DAY 3 :  Borobudur, Gunung Merapi, Taman sari sultan palace, sunset di pantai Parangtritis
DAY 4 : Prambanan temple, ke Solo
DAY 5: Keretapi  Jogjakarta -> Bandung 
           Check-in hotel di Bandung.
           Jalan jalan Pasar Baru
DAY 6 : Kawah Putih, Floating Market Lembang, TransBandung
DAY 7 : Jalan jalan sekitar Bandar, Kartika Sari.
            Keretapi  Bandung ->Jakarta  
            Check-in hotel di Jakarta
DAY 8 : Jalan jalan Jakarta : Taman Ancol 

             Flight balik malam.

Semoga semua perancangan berjalan lancar, Insyaallah


(ini ialah autopublish entry)