MISS NUFFNANG

Wednesday, March 12, 2014

Tanah Jawa Trip Day 3 : Jogjakarta

#######PrayForMH370######

_______________________________________

Hari ke 3 trip kami, iaitu hari kedua di Jogjakarta.
Hari ni rancang nak ke Candi Borobudur, Taman Sari Sultan, Kraton Jogja dan akhirnya ke pantai Prangtritis. Hari ni dan esoknya, kami dah siap booking pak supir dari jogjacar rental.


Sebelum breakfast kat cafe hotel, I dah try call supir namun tak berangkat. So...kami breakfast dulu. Then, call lagi supir...masa tu jam 7.45 pagi sebab janjinya jam 8 pagi trip akan bermula. Sekali tu, bila orang kat sebelah sana jawab call I gaya terkejut, memacam ditanya misalnya, bila booking, berapa hari, tujuan ke mana dan macam macam ada. I dah mula angin satu badan dah. Kat tangan I memang dah ada print-out email...dari mula berurusan sampailah kedua-dua pihak bersetuju dengan harga dan tempat yang kami nak pergi. Akhirnya, orang sebelah sana minta kami menunggu...sebab mereka akan hantar supir segera.

 Tunggu punya tunggu...jam 9.15 pagi, barulah supir sampai. Pulak tu bawa innova sedangkan kami nak pakai avanza...Ciss nak ambik hati lah tuu...I cakap ngan supir tu, budak muda Sigit namanya, kami hanya akan bayar harga avanza ye iaitu RP 450 ribu sahaja....geram betul. Nasib baiklah supir tu..ikut je kehendak kami, cool lah sikit. Mood nak ke candi Borobudur serasa merundum penangan company ni...cuai betul staf dia, bikin orang suspen jer tau...

Oleh kerana dah mula bergerak lewat, Sigit cadangkan kami terus ke Borobudur dulu, sebab nanti panas terik. Perjalanan ke Borobudur satu jam dari Jogjakarta.


Tiket masuk untuk pelancong adalah sangattttttt mahal iaitu Rp 220 ribu/ adult, manakala Rp 110 ribu/child. Entrance masuk pun berbeza dengan local tourist, siap disediakan minuman kopi teh dan air mineral berbotol botol, ambiklah banyak mana nak pun...



1. Lori ni bawa pasir hitam iaitu pasir dari gunung Merapi.
2. Nampak tak iklan bakso setan ??? Ngeri nak makan...tapi menurut Sigit, itu merujuk kepada bakso yang diisi dalam mangkuk besar...kahkahkah..

Ni ...di ruangan membeli tiket untuk pelancong. Siap disediakan minuman
panas dan juga air mineral...ambillah sebanyak mana yang mungkin

Candi Borobudur kelihatan dari jauh...

View dari atas candi,....nampak taman yang menghijo...

Fuhhh....tengok tangga tuuuu !!! Berpakaian kain macam ni adalah pakaian adat.
Sama seperti kalau melawat candi di Bali jugak.

Ni di atas puncak candi Borobudur. Dalam setiap binaan loceng ni terletak patung buddha










Alahaiiii anak omak !!!


Di puncak candi ni, terletak semua binaan loceng yang didalamnya ada patung patung buddha..


Selepas habis di Borobudur, kami singgah lunch di sebuah kedai makan...oklah makanannya sedap dan murah, untuk 3 orang makan (termasuk supir) hanya Rp 40 ribu je..

Selepas tu, kami ingat nak singgah tengok Gunung Merapi, nak tengok dari jauh pun jadilah, tapi rupa rupanya...laluannya agak jauh dari Borobudur, dan kalau kami pergi juga ke Merapi, kami akan terlepas masuk ke Taman Sari Sultan dan Kraton sebab memasing tutup jam 2 petang...

Maka, kami pun terus ke Jogjakarta semula.. Taman Sari Sultan ialah satu kawasan tempat istirehat sultan kraton Jogjakarta dulu dulu...tiket masuknya murah sahaja iaitu Rp 12 ribu untuk 3 orang..
Oleh kerana ada sorang staf ni secara sukarela ikut kami dan ceritakan pasal kesultanan ni dari mula sampai akhir maka terpaksalah kami bagi tips Rp 30 ribu...

Taman Sari sultan...tempat sultan dan dayang dayang bermain airrrr...








Tempat sultan mengintai dayang mandi... dan akan memilih mana yang berkenan di hati...hehehe...







Singgah di butik batik...


Kemudian kami ke Kraton pulak tapi dah tutup dah....terpaksalah tangguh ke Kraton ni esok pagi pulak. Sigit bawa kami ke kedai batik jawa..sebab hubby nak beli kain batik yang corak parang tu. Kami sempat solat di kedai ni sebab ada disediakan surau. Dari kedai batik, kami ke kedai barangan silver pulak, di Kota Gede yang dikatakan terkenal dengan barangan perhiasan perak. Belilah seutas gelang perak untuk CK yang berharga Rp 130 ribu ( rm 30 )... jadiklah untuk kenangan.

Akhir sekali, kami ke pantai Parangtritis. Pantai ni terkenal dengan mitos Nyu Roro Kindul...Pantainya memang luas dan mistik sebab pasirnya berwarna hitam...Harapan nak lihat sunset tidak kesampaian sebab langit mendung.


Antara aktiviti di pantai parangtritis ni....kereta kuda ni akan melalui tepi pantai dah meredah air...

Pasir hitam di pantai ini...mistik lah sangat !!!




Ni aktiviti anak-bapak di pantai ni....

Untuk makan malam, kami singgah untuk makan bakso...paling sedap di Jogjakarta kata Sigit. Ok lah...memang sedap rasanya dan harganya juga murah. Sbelum sampai ke hotel, Sigit bawa kami ke kedai bakpia 99. Semalamnya beli bakpia tak cukup, maka kena repeat sebab nak beli lagi bakpia sebagai oleh oleh untuk rakan opis laaa...

Bakso paling sedap di Jogja kata Sigit...adalah Bakso Idolaku !!



Keropok ni macam makanan wajib di restoran dan kedai makan yang kami singgah.
CK pun dah ketagih dah keropok ni...setiap kali makan di kedai, mesti ambik keropok ni....




Bangunan pos indonesia, disimbahi lampu pada waktu malam...



Entah apa nama bangunan ni...tapi cantik dgn limpahan lampu tuuu...


Selepas sampai di hotel...terus bayar harga supir+mobil untuk hari ni, sambil pesan kat Sigit supaya datang awal esok pagi...Nasib baik kena bayar harga avanza jer walaupun diberikan innova...pandai jugak company ni ambik hati pelanggan ye !!

#######PrayForMH370######