Sabtu dan Ahad semalam, I ngan family cuti cuti Malaysia kat KL. Sebenarnya, I ambik peluang, hubby tengah berkursus kat KL 2 minggu. Kebetulan, weekend, tak de kursus, so apa lagi...kami jalan jalan la...
Mula mula, kami pergi ke Taman Tasik Perdana. Orang KL sure boring kalau kata ke Lake Garden. I pon lahir dan membesar di KL. Tapi last I pegi lake garden ni masa zaman sekolah menengah dulu masa form 1-3 (1985-1987). Pas tu tak pergi dah.
Kiranya, lake garden ni mengimbau zaman kecik kecik masa arwah abah bawa I ngan adik adik jalan jalan. Juga mengimbau zaman sekolah menengah masa dengan kenkawan, lepak kat tepi tasik. Ohh..nostagia sungguh !
Mula mula, singgah di Masjid Negara untuk solat zohor..
|
Masjid Negara :Di kawasan luar sebelah tempat wuduk |
|
Masjid Negara: Ruang solat. Budak budak sekolah tengah solat |
|
Masjid Negara: Kawasan di luar ruang solat |
Kami solat Zohor di Masjid Negara dulu, then baru ke Lake Garden. Cantik betul landskap dengan pokok pokok yang banyak, redup dan tenang suasana. CK pun berlari lari sambil memanjat tangga kat playground yang disediakan. Besar betul playground tu...dan persekitarannya bersih.
|
Tasik Perdana: Playground yang besar dan bersih |
|
CK gembira berjalan kat jambatan gantung |
Masa kami sampai sini dah jam 3 petang tapi cuaca redup dan orang pun tak ramai. So, berpeluh peluh la kami 3 beranak ( CK main playground, I mengejar CK, hubby berjalan jalan ambik gambar). Lepas setengah jam, hujan turun, kami pun berlari ke kereta. Cadang nak balik terus ke hotel.
Nak ikut short cut, keluar dari lake garden hubby ambik u turn kat depan post guard Parlimen untuk ke Jalan Raja Laut.
|
Parlimen: Ambik gambar dari dalam kereta jer sebelum hubby u-turn |
Pastu kami terus melencong ke Tugu Negara. Hah ! Seumur hidup I, ni la first time I sampai ke National Monument...buat malu jer..Baik jangan ngaku orang KL kannn !
Bila tengok ramai pelancong datang ke sini, rasa bangga plak, at least I pon dah sampai ke sini (korang dah ke ?? Hihihi ).
|
Tugu Negara: Pandangan dari tempat parking kereta ke entrance |
|
Air pancut berdepan Tugu Negara |
|
Kagum tengok tugu ni... |
|
Masa ni hujan rintik rintik....namun demi untuk bergambar depan tugu, ku redah aje... |
|
CK ngan payung....Masa nak balik ni, satu bas pelancong dari China sampai.. |
Selesai di Tugu Negara, kami check-in hotel kat Jalan Raja Laut.
|
Bilik hotel...sempit dgn 2 katil single bed |
|
Pemandangan dari bilik hotel....kebetulan ada 3 helikopter sedang berlegar - legar |
|
Pandangan dari bilik hotel....cantik sebab boleh nampak KL Tower dan KLCC |
Sampai bilik, CK terus nak mandi. Tahu nape ?? Sebab dia nampak ada bathtub dalam bilik air...so niat tu nak main air sebenarnya, bukan nak mandi sangat pon...
Lepas solat Maghrib, kami turun dinner. Pastu memang nak jalan jalan kat pasar malam jln masjid India. Tapi kami takut kalau hujan, jadi hubby bawa kereta dan parking kat SOGO.
|
Dinner time.....ermmm tak sedappp.. |
|
Pasar Malam kat jalan masjid india..Kami tak beli apa pun.
Hubby hanya belikan patung Angry Bird yang bila diketuk keluar bunyi angry bird la....rm10 tuh ! |
Jalan jalan kat pasar malam, tak de benda yang berkenan mungkin sebab perut dah kenyang makan. Mungkin jugak I teringat cerita Yan (dalam blog dia, dia cerita makanan yang dibeli kat pasar malam ni kebanyakannya dah basi atau tak sedap).I hanya beli anak tudung. Itu pun bukan beli kat pasar malam, tapi kat kedai Muaz Trading...yang bersebelahan Gulati Silk House. Anak tudung tu, sehelai rm 2.80 banding kat pasar malam rm 5. Huh....nasib baik tak beli kat pasar malam.
Kami masuk semula ke SOGO jam 9.15 malam, ingat nak window shopping sebelum ambik kereta. Sekali tu, pak guard kat SOGO terus arahkan kami dan orang lain yang baru tiba, masuk ke lift untuk ke basement terus. Al kisah...... baru tahu, pengunjung tak dibenarkan masuk SOGO selepas jam 9 malam, okey! Maka berpusu pusu lah kereta kami dan pengunjung lain keluar dari SOGO sehingga menyebabkan kesesakan masa nak bayar duit parking.
Ok itu citer hari Sabtu. Nanti I sambung citer hari Ahad pulak.