MISS NUFFNANG

Tuesday, October 4, 2011

Taman Botani Putrajaya

Ada kawan hubby yang cadangkan pergi ke tempat ni. Ada taman ala moroccan katanya yang mengadap tasik.

So, hari Ahad tu kami pergi la ke situ.

Memang mengkagumkan seni binanya terutama tentang aliran air yang mengelilingi bangunan dengan ciri senibina mencerminkan Islam.



Kami terus ke sini selepas parking kereta di Taman Botani..
 

Pandangan dari entrance...

CK rasa nak melompat kot ke dalam air tuuu.... tapi cetek aje, lebih kurang satu kaki dalam

Lagi kolam air menyambut pengunjung....sebelum sampai ke pintu utama..

Kolam air kebiruan mengalir mengelilingi bangunan...

Tidak ketinggalan pohon kurma atau tamar ditanam sebagai pelengkap landskap ala morocco..

Kaligrafi kalimah Allah sebagai pelengkap senibina berunsur Islam..

Senibina Islam pada tiang tiang nampak cantik dengan pohon tamar tu...

Landskap pohon tamar...


Di dasar kolam tu...
Lama jugak kami di sini nak menghayati taman yang cantik ni. Tapi kami tak masuk ke dalam building sebab perlu tiket harga RM19 seorang untuk masuk. Dalam building (ikut kata mak guard tu) ada pameran dari Andalusia/ Morocco. Tak pe lah....lain kali aje.




CK suka betul kat sini sebab dia bebas berlari-lari....






Bila sampai masa nak balik...




Huwaaaaa.........CK menangis-nangis tak nak balik. Jenuh memujuk...

Agaknya CK tak cukup penat lagi berlari-lari. So kami bawak pulak pergi ke Wetland, Putrajaya.


Next entry la o.k.



      

3 comments:

  1. Now i rasa malu..punyala dah lama dok Putrajaya ni..xtau ada benda cenggini..tau kewujudan taman botani..pernah pergi..tp xpernah tau ada something like tmn morocco ni.. T__T

    ReplyDelete
  2. Zeta...

    Hahaha..i tergelak besar baca komen u. Tak pe, nanti pergi ye ! Sure ur little girl will like it.

    ReplyDelete
  3. besnye boleh tengok senibina al-hambra kat malaysia. tbe² rindu kat al-hambra

    ReplyDelete