MISS NUFFNANG

Tuesday, July 24, 2012

Mystical Bali- Part 8 Tanah Lot

(Lamanya la nak habis citer Bali ni..padahal pergi 4 hari jer...hehehe...ni last from Bali..)




Kami sampai di Tanah Lot lebih kurang jam 4 petang. Masa tu cuaca tengah panas terik... Tanah Lot ni terkenal dgn pemandangan tepi pantai yang sangat cantik. Kalau tiba masa sunset, mesti lagi cantik. Menurut pak Isme, jam 5 petang jer, Tanah Lot dah memang sesak dgn kenderaan yg bawa pelancong. Semua berebut nak tengok sunset. Kami jer yg tak nak tunggu sampai sunset...dah tak larat seharian keluar dari hotel.


Bayaran masuk ke sini dikenakan. Sorry...lupa berapa?

CK yg masih lena tidur...hubby dah buat muka kelat, lenguh mendukung si budak comel ni,  maklum lah dah hampir 16 kg. Jauh jugak menapak dari entrance ke pura tu, rasanya hampir 1 km. Gerai gerai ni di kiri kanan jalan ke tepi pantai.

Dah berjaya memujuk CK bangun tidur, ni dia tengah mamai mamai lagi, so masih lagi terpaksa berdukung..

Dah sampai di tepi pantai...Ombak tengah kuat masa nih..

Ada pura di situ...mereka perlu mengharung air laut utk beribadat di pura tu..

Ombak menghempas batu besar..

Di sini ada khidmat photographer, sekeping IDR 20,000. Kami mintak 2 keping utk IDR 30,000 jer.
Gambar di print di situ jugak berserta ngan border kertas keras



Walaupun tengah panas terik, gigih pelancong pelancong ni datang bergambar (termasuk lah kami hehehe..)

Pemandangan dari tepi pantai ke arah daratan..










Bunga di tepi tudung tu sebenarnya ialah klip rambut yg CK berkenan dan mintak kami
belikan semasa di Pasar Buah. So, I pun bergayalah ..




Penat bergambar, kami singgah duduk di restoran dan minum air kelapa. Memang terik sungguh matahari masa tu. Tapi bila mengingatkan, entah bila nak datang lagi, maka kami gigih menapak ke hulu ke hilir utk bergambar. Selepas hilang penat, kami sambung lagi, berjalan ke arah kawasan tinggi. Dari situ, pemandangan ke arah pura, nampak lebih cantik..

Pemandangan dari kawasan tinggi ke arah pura..




CK sibuk nak merakam dgn video pulak !

Bergambar di entrance ke Tanah Lot..masa ni dah nak keluar dah

Patung berdua ni menyambut ketibaan pelancong  di entrace masuk...


Kami bergerak ke luar dari Tanah Lot jam 5 petang. Pak Isme bawak terus ke Kuta utk dinner. I sekali lagi cadangkan pada hubby nak beli bungkus aje macam hari sebelumnya. Panas terik di Tanah Lot tadi menyebabkan kepala rasa sakit sangat..
Kami beli bungkus masakan padang aje. 

Esoknya...hari ke 4 di Bali..Tibalah masanya utk berangkat balik. So, kami hanya lepak di bilik hotel selepas breakfast. Memula cadang main air di swimming pool, tapi bila memikirkan baju basah yg akan dah tentu memberatkan luggage kami, maka cancel lah plan tu...(dasar AA kan kena bayar excess luggage, kami punya luggage hanya 20 kg jer..)


Sementara tunggu pak Isme, kami lepak di lobby hotel, sambil snap snap gambar..


Hotel kami duduk 4H 3M..

Kaya dengan ciri bali..

Staff hotel ni meletakkan hirisan bunga dalam bekas tu, di merata tempat..

CK tercengang memerhatikan bunga yg diletakkan dalam bekas tu..

Di lobby hotel...


Bunga raya diletakkan di atas meja meja kayu tu sebagai hiasan, CK tengah rearrange bunga bunga tu..





Pak Isme datang ambik kami jam 11 pagi..Kami terus ke pantai Kuta. Ronda ronda dgn kereta jer, malas nak jalan kaki..

Mat dan minah saleh tengah berjemur di pantai Kuta..

Di tepi pantai pun, mereka letakkan bunga dlm bekas tu..


 Jam 12.30, kami ke restoran Wong Solo utk lunch..






Menu dan harga...Kami ambik nasi goreng dan mee goreng jer...

Dan akhirnya, selepas lunch dan solat di restoran Wong Solo, kami pun berangkat ke airport. Sampai di airport, kami bayar pak Isme dan I siap bagi pelbagai coklat dan air kotak CK kepada pak Isme utk anak lelaki beliau. Best khidmat pak Isme ni, senang nak deal dgn dia. So, kalau sesiapa nak guna khidmat pak Isme, nanti boleh I berikan e-mail dia ye..


Di airport, Bandara Ngurah Rai..Luggage kami hanya satu tu ajer, dan 3 hand luggage




Sempat CK ni mengusik patung tu sebelum kami masuk ke tempat berlepas...

Berakhirlah cerita trip kami ke Bali. Kesimpulannya, kami memang seronok di Bali. Enjoy lihat budayanya yang unik, pemandangannya yang cantik, dan kebetulan dapat supir pak Isme yg sabar melayan kerenah kami. Kami jugak seronok stay kat hotel tu. Kalau datang ke Bali lagi, memang nak stay kat hotel tu dan dah tentu nak booking pak Isme jugak..


7 comments:

  1. cunnyer pantai dia... syoknyer dh smpai sini.. mmg rmai pelancong

    ReplyDelete
  2. Akak dah ke sini 7 kali, cuma sekali je pegi waktu sunset. mmg cantikk.. then brgan dia pun lebih murah di sini..

    ReplyDelete
  3. teringat pulak zaman berhoneymoon di Bali.. hikhikhik

    ReplyDelete
  4. bestnya kan.. tak pernah sampai sana lagi

    ReplyDelete
  5. comel ck....suke tgk die kak....

    tu le kak, kalo time die tdo nak kene bedukung tu seksa tu.....tu pasal kene gak angkut buggy kalo gi travel ngan anak2 nieh.....

    ReplyDelete
  6. K.ani pn suka Tanah Lot. Sgt cntk! Waktu surut pn cntk waktu air naik lg lh cntk!

    ReplyDelete
  7. Salam Kak, nk ty..bape sewa kenderaan dgn pak isme tu?insyaAllah ke bali 12-16 ni...

    ReplyDelete