Hari raya pertama di rumah mak I di Antara Gapi, Serendah, Selangor. CK ngan semua sepupu dia . Raya sebelah I, tema kami biru... |
Gambar keluarga I ngan 2 adik perempuan dan sorang adik lelaki yg duduk sebelah mak I tu. Hanya adik lelaki jer yang masih ujang trang tang tang |
Mata CK telah disengat serangga semasa membersihkan halaman rumah mak I. Sian CK beraya ngan mata cam tu ... |
Masa minggu ke 2 puasa, famili hubby berkumpul di rumah mertua I di Nilai, N9 utk berbuka puasa. Pastu, dapat idea bergambar satu famili kat studio. Maklumlah, sistem giliran beraya menyebabkan kami semua tak dapat berkumpul serentak di pagi raya. Maka petang sabtu 4 ogos tu, berbondong bondong lah semua ke kedai gambar. Yang lelaki siap berbaju melayu dan samping, yang perempuan berbaju "marhaban"..hehehe...adik ipar I beli kain sekayu kat Nagoya....hehehe...lawak aje !!!
Di rumah mertua sebelum ke studio gambar. Memakaikan lipstik kat CK supaya bibir tak pucat sangat |
Ni famili hubby. Masa ambik gambar kat studio, hubby mintak tolong tauke kedai snap gambar guna kamera kami jugak. Ni kira gambar candid la...Gambar yg sebenarnya, CD kat adik ipar. |
Kami sekeluarga pun sempat gak bergambar di studio tu. Selepas sesi gambar keluarga , kami mintak tolong tauke kedai ambik gambar ni guna kamera sendiri |
Kalau ada jemputan dari kenkawan blog ke rumah terbuka, insyaallah kami akan sampai....hehehe..
muka tembok !