MISS NUFFNANG

Wednesday, August 29, 2012

Masih Lagi Mood Raya..

Cepatnya masa berlalu..tak perasan lama tak update blog gara gara sibuk membuat persiapan raya. Masih lagi dalam mood raya kan semua orang ? Tambahan pulak cuti hari merdeka hari Jumaat ni, sambung lah lagi menziarah  kenkawan dan sedara mara... 


Hari raya pertama di rumah mak I di Antara Gapi, Serendah, Selangor.
CK ngan semua sepupu dia . Raya sebelah I, tema kami biru...



Gambar keluarga I ngan 2 adik perempuan dan sorang adik lelaki yg duduk sebelah mak I tu.
Hanya adik lelaki jer yang masih ujang trang tang tang



Mata CK telah disengat serangga semasa membersihkan halaman rumah mak I.
Sian CK beraya ngan mata cam tu ...

Masa minggu ke 2 puasa, famili hubby berkumpul di rumah mertua I di Nilai, N9 utk berbuka puasa. Pastu, dapat idea bergambar satu famili kat studio. Maklumlah, sistem giliran beraya menyebabkan kami semua tak dapat berkumpul serentak di pagi raya. Maka petang sabtu  4 ogos tu, berbondong bondong lah semua ke kedai gambar. Yang lelaki siap berbaju melayu dan samping, yang perempuan berbaju "marhaban"..hehehe...adik ipar I beli kain sekayu kat Nagoya....hehehe...lawak aje !!!


Di rumah mertua sebelum ke studio gambar. Memakaikan lipstik kat CK supaya bibir tak pucat sangat

Ni famili hubby. Masa ambik gambar kat studio, hubby mintak tolong tauke kedai snap gambar guna kamera kami jugak.  Ni kira gambar candid la...Gambar yg sebenarnya, CD kat adik ipar.



Kami sekeluarga pun sempat gak bergambar di studio tu. Selepas sesi gambar keluarga ,
kami mintak tolong  tauke kedai ambik gambar ni guna kamera sendiri


Kalau ada jemputan dari kenkawan blog ke rumah terbuka, insyaallah kami akan sampai....hehehe..
muka tembok !


6 comments:

  1. assalam rozita..selamat hari raya maaf zahir dan batin..acik dah raya sekali lagi..raya puasa 6

    ReplyDelete
  2. wahh cantik sgt akak di pagi raye...semua biru haaaaa.....rumah mertua lak gold yeak...bagus gak buat camni kan, sebelah umah tema satu kaler, sebelah umah tema satu kaler so amik gambar2 ramai cantik jek jadinye.....

    ReplyDelete
  3. amboiii.. siap ke studio tu.. sporting la.. akak main blasah je bergambar. hee

    ReplyDelete
  4. Cantik2 gmbr raya dia! Kita org asyik kf dapur jer. X smpt nk bergmbr sakan!

    ReplyDelete
  5. salam Aidilfitri dan maaf zahir dan batin...

    Cantik bila semua pakai warna yg sama....wahhhh..bestnya dapat ambik gambar kat studio....

    ReplyDelete