MISS NUFFNANG

Friday, March 15, 2013

Land of the rising Sun : Japan-Kyoto (2)

Sambung cerita. Masih lagi di hari ke 5 di Japan nih.


Selepas bergumbira tengok dan pegang salji di saga arashiyama, kami naik JR train semula ke Kyoto untuk pulang ke hotel . Masa tu jam 3 petang. Kami solat, minum hot drinks dan mandikan CK, pastu turun semula ke lobby hotel sebab ex-student hubby menunggu kami di situ.


Kami hanya pergi ke Shijo-dori (Shijo street) untuk cari kedai souvenirs dan juga local restaurant. 



Kyoto town, jam 4.30 petang rasanya nih...


Shijo-dori (Shijo street). Kami menuju ke arked yg terletak di tengah tengah tu...untuk cari kedai souvenirs


Atas: entrance ke arked
Bawah: Kedai souvenirs yg ada di dalam arked di Shijo-dori. Banyak souvenirs di sini.
 Dari  t-shirt, FM, key-chain dll. Kami beli 2 t-shirt CK dan 1 t-shirt utk I di sini. Harga 890 yen dan 900 yen sehelai

Selepas dapat beli t-shirt dan FM yang agak murahlah di kedai dalam arked ni, misi seterusnya ialah mencari kedai makan yang sesuai dgn tekak kami. Maklumlah..hubby tak suka sushi, so kena cari yang sesuailah...So, Asyraff , ex-student hubby tu cadangkan kami makan di Gusto restaurant. Resto ni ada western dan local dishes jugak. Bukanlah resto halal tapi menurut Asyraff, org jepun bila masak, mereka asingkan seafood dan bukan seafood. Jadi pelajar m'sia memang makan kat resto ni tapi pilih seafood base. Bahaya jugak nih...kalau kita main terjah je, sebab menu semua dlm japanese je. Oleh sebab Asyraf ni teror cakap jepun, maka dia lah yg tolong orderkan. Maka kami order seafood spagetti dan pizza (laaa...order ni je kat Jepun,kahkahkah...) dan Asyraff order set nasik dgn ikan.


Set nasik ni dihidang bersama sayur, sup, ikan (rasa macam masak singgang) dan jeruk.



Setiap set makan mesti ada jeruk buah ni. Asyraf kata, japanese akan makan jeruk ni dulu, kira cam appetizerlah sebelum makan berat. Bila I makan, rasanya macam buah asam yg selalu diletakkan dalam masakan siakap steam di resto kita.

Asyraff sedang demo pada kami camner nak makan dgn gunakan chopstick tu

Seafood pizza for hubby dan fish n chips untuk CK.


Kira oklah food dia, sedap jugak sebab dah beberapa hari asyik makan lauk Brahim's jer kannn. Selesai makan kami ambik bas semula ke Kyoto station. Semasa perjalanan ke bus stop tu, tetiba salji turun dgn lebatnya. Bertempiaran org lari....kami jer tak lari sebab sibuk keluarkan kamera dan viewcam nak ambik gambar !!!


Tiba-tiba salji turun dgn lebatnya...semua org berlari lari, kecuali kami.....
Maintain senyum sambil bergambar. Jakunssss tak ?











Budak kecik ni pakai 4 lapis baju: longjohn, t-shirt, sweater pink dan winter coat. Seb baik CK seronok main salji...


Sampai di Kyoto station, salji pun dah berhenti turun. So, berpisah dgn Asyraf di sini. Dia nak ambik bas ekspress ke Kobe pada jam 8 mlm, dan kami pulak akan menapak balik ke hotel.


Dalam kyoto station



Kyoto tower hotel ni berdepan dgn bus stop di Kyoto station

Semasa menapak dari Kyoto station ke hotel, sekali lagi salji turun. Kali ni lebih lebat lagi dari tadi...



Amacammm ??? Sempat peace lagi...




Salji turun lebat...



Ni di depan hotel entrance....CK dah tundukkan muka ...tak tahan sejuk.  Mak dia masih lagi boleh berposing....habis beg coach I basah dek salji tu..hehehe terlupa nak masukkan dalam coat tu...



Sweet memory di Kyoto...Tak sangka ada rezeki kami merasa salji turun di sini.


Sampai ke bilik hotel....rasa puas hati sangat dapat tengok dan rasa salji turun. So, terubat rasa kecewa tak dapat naik sagano-romantic train pada tengahari tadi...


Next entry: Last day in Kyoto



21 comments:

  1. best nyer akak dapat rasa feel salji turun, mesti sejuk sesangat kan...pasal guna chopstik, saya memang awal2 lagi fail, hehe...memang tak reti ler...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memula memang frust pasal sagano train tu tutup. Pastu happy dpt rasa salji turun orga. Rasanya cam nak repeat kyoto ni masa autumn lah pulak orga...

      Delete
  2. begitulah gelagat kita yg tak pernah main salji.
    mana ada salji kat Msia ni kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul nieda....org yg dah biasa dgn salji sure gelakkan kami nih...

      Delete
  3. hehehe......syok main salji kan!

    ReplyDelete
  4. wahh..dh ramai rakan blogger JM update berkenaan trip ke Japan ni..Ada jugak rakan yang akan ke sana dlm masa terdekat ni..jeless nya Kak Ita dapat ke sana..

    Pastu lak dapat main dalam sajli tu..yuhuuu..kalau JM pun mcm Kak Ita jugak..tp lebih dasyat lagi mau terlompat2 keriangan dlm sajli tu..ahaha..kalau lah leh migrate ke sana kan..dk pun kawin ngan org jepun..ehehe mimpi di siang hari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kalakar JM ni...alaa satu hari nanti mesti JM dpt ke jepun tu. Akak pon dpt inspirasi ke osaka kyoto ni selepas baca blog kenkawan tau..

      Delete
  5. Bestnye main saljiiii...

    Tapi sejukkkkkkkk. Teringat sejuk smpi ke sum sum tulang :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mas lagi best main salji kat kashmir sana...

      Delete
  6. bestnye main salji..nak jgk p sana..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best PenBiru...first experience akak nih !

      Delete
  7. kak ita,

    singgah jln2 dr blog JM..fuh bestnya salji turun lebat..kt kyoto mmg best...akak pergi bile tu? sy pg sane 25-28 jan hr tu..kt kinkaju salju turun lebat..sy dok feeling sorg2..mmg best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai dear..
      Akak pergi 4 - 9 Feb. Awal seminggu dari awak. Bestkan kyoto ? Akak rasa macam nak pergi kyoto lagi. Suka dgn suasana ala ala oshin dulu dulu...

      Delete
  8. akak pg lewat dr sy..dh masuk bulan 2..kyoto is the best part in japan..

    sumpah lawa sgt..sy rase mcm mimpi bila smpi di sana..sy rase nak spend masa di kyoto jer nnt..byk tmpt xsmpt cover hr tu...sbb xsempat..harus pg lg ni..

    kak bln 11 akak available? mase tu pn cantik jugak sbb musim autumn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aahh akak pergi lewat seminggu dari awak.
      Bestkan kyoto tuuu...akak suka betul kat kyoto, feeling ala ala oshin gitu..Akak pun tak sempat cover banyak tempat kat kyoto.
      Kyoto memang cantik maca autumn dan akak memang nak repeat masa autumn kalalu dapat.
      Bulan 11 tu akak ada cuti 2 minggu, tapi hubby akak plan nak ke ausie (baru berangan lah!). So besar kemungkinan tak dapat nak repeat tahun ni lah ..

      Delete
  9. Replies
    1. Tu lahhh, ada rezeki kami dapat merasa salji tu MP...

      Delete
  10. wahh bestnye kak...merase pengalaman salji real....harus snap gambar heeheheh.....

    ReplyDelete