MISS NUFFNANG

Wednesday, November 28, 2012

Al-Fatihah..

Pada hari Ahad 25 nov 2012, jam 9.20 pagi, bapa mertua I, yang dipanggil ayah telah kembali ke pangkuan Ilahi. Arwah ayah mempunyai diabetis dan buah pinggang yang tidak berfungsi lagi dan harus bergantung kepada mesin dialisis 3 kali seminggu mulai bulan akhir bulan oktober. Arwah mula sakit pada pertengahan bulan oktober lagi dan mendapat rawatan hampir 2 minggu  di hospital Tuanku Jaafar Seremban sebelum dibenarkan pulang.  


Arwah ayah seorang yang baik hati dan sangat pemurah. Sebab tu lah ramai orang yang menziarahi jenazah ayah, dan solat jenazah serta majlis tahlil juga ramai yang turut serta. 

Kami bersyukur dapat bersama arwah pada saat saat akhir hayatnya sebab seminggu sebelum itu, kami sekeluarga berada di Medan. Sebenarnya, kami berbelah bagi nak ke tak nak ke Medan tu, namun beberapa hari sebelum ke Medan, arwah nampak lebih sihat berbanding sebelumnya.

Kami mendoakan agar arwah ayah ditempatkan bersama sama golongan orang yang beriman, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Aminnnn....



Sunday, November 18, 2012

Danau Toba

Kami masih di Medan...

mengkagumi ciptaan Allah...danau toba yang indah..



Friday, November 9, 2012

Last Day..

Hari ni last day sekolah. Mesti seronok anak anak kat rumah. 


I pun last kerja jugak hari ni. I akan bercuti selama 2 minggu. Tapi pergi bercuti 4 hari jer. Kali ni tak jauh berjalan...takat ke seberang jer, sejam ajer naik AA. Kami akan pergi seperti biasa bertigalah. CK dah excited dah nak naik kapal terbang merah  putih....hehehe...itu ajerlah tiket yang mak ko mampu nak...




Selamat bercuti Deepavali dan Awal Muharram..



Wednesday, November 7, 2012

Adam Dan Hawa

Fenomena Adam dan Hawa sekali lagi melanda diriku...Ahakkksss...


Dulu...masa baru baru baca novel Adam dan Hawa kalau tak salah tahun 2008 dulu, I boleh ulang sampai 5 kali baca novel tu.


Sekarang ni, dah ada drama bersiri Adam dan Hawa, maka mengadap skrin tab lah pulak. Sorrylah astro...I tak langgan HD mustika, so tengok siri Adam dan Hawa ni kat website jer lah.




So sesapa yang nak naik kapal terbang tu...hehehe...kirim salam kat pilot nama Adam Mukhriz ye....



Friday, November 2, 2012

Hello Kitty Town & Little Big Club at Johor Bharu

Haaa...ni ada satu lagi tarikan terbaru di JB. Hari tu kawan kawan kecoh kecoh pasal Legoland kannn... tapi I pulak dah angan angan nak bawak CK ke Hello Kitty Town dan Little Big Club nih..


Lokasi kedua dua tempat ni ialah di Puteri Harbour, dalam 20 minit jer dari Legoland. Nak cakap lebih lebih, I pun tak pasti sangat sebab belum sampai lagi ke sana..

Hello Kitty Town ni officially opened pada 26 oktober 2012. The first hello kitty town outside Japan. Adik I dapat jugak tiket free tapi sebab masa tu hari raya aidiladha....giler ko nak berpoya poya kat theme park masa raya hehehe....nak kena jelingan maut dari 
mak !!


Gambar gambar ni semua dari cik google ye...






Little Big Club juga telah dibuka pada tarikh yang sama (kalau I tak silap). Terletak bersebelahan dengan Hello Kitty Town..

Anak anak yang membesar dgn Barney, Thomas & friends, Pinggu dan macam macam lagi mesti seronok ke Little Big Club nih... Haishhhh tak boleh bayangkan reaksi CK kat situ...









Harga tiket untuk ke Hello Kitty Town dan Little Big Club ialah masing masing rm50 (for Malaysian lah ), tapi rasanya harga utk kids mesti kurang sikit kannnn. Tapi kalau nak masuk kedua dua theme park ni, ada pakej 2-in-1



2 park pass tu , dari bacaan kat akhbar semalam , harganya ialah rm65 (malaysian only)...


Macam best jer kannn...Bolehlah kita rancang rancang bawak anak anak cuti sekolah nih !