MISS NUFFNANG

Wednesday, November 28, 2012

Al-Fatihah..

Pada hari Ahad 25 nov 2012, jam 9.20 pagi, bapa mertua I, yang dipanggil ayah telah kembali ke pangkuan Ilahi. Arwah ayah mempunyai diabetis dan buah pinggang yang tidak berfungsi lagi dan harus bergantung kepada mesin dialisis 3 kali seminggu mulai bulan akhir bulan oktober. Arwah mula sakit pada pertengahan bulan oktober lagi dan mendapat rawatan hampir 2 minggu  di hospital Tuanku Jaafar Seremban sebelum dibenarkan pulang.  


Arwah ayah seorang yang baik hati dan sangat pemurah. Sebab tu lah ramai orang yang menziarahi jenazah ayah, dan solat jenazah serta majlis tahlil juga ramai yang turut serta. 

Kami bersyukur dapat bersama arwah pada saat saat akhir hayatnya sebab seminggu sebelum itu, kami sekeluarga berada di Medan. Sebenarnya, kami berbelah bagi nak ke tak nak ke Medan tu, namun beberapa hari sebelum ke Medan, arwah nampak lebih sihat berbanding sebelumnya.

Kami mendoakan agar arwah ayah ditempatkan bersama sama golongan orang yang beriman, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Aminnnn....



13 comments:

  1. al fatihah utk arwah FIL sis ye..semoga rohnya dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  2. innalillah..semuga beliau di tempatkan di kalangan orang yang beriman.. INSYALLAH..

    ReplyDelete
  3. Takziah untuk ita sekeluarga...Semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman

    ReplyDelete
  4. Takziah buat kak ita n family..al fatihah kepada arwah, semoga roh beliau dicucuri rahmat,amin!

    ReplyDelete
  5. Takziah, moga arwah ditempatkan bersama org beriman

    ReplyDelete
  6. Takziah..moga rohnya dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  7. Al-Fatihah dan salam takziah...

    p/s..emel alamat dan no phone utk saya hntar hadiah bagi jaw teka-teki tu..zulina_zul@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. alfatihah...

    moga allahyarham ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.....

    salam takziah kak ita sekeluarga...

    ReplyDelete
  9. AlFatihah. Moga ditempatkan bersama golongan beriman.. Aamiin

    ReplyDelete
  10. Alfatihah. Takziah. Smoga rohnya dicuvuri rahmat Allah SWT n ditmptkn diklgn org2 yg solleh.

    ReplyDelete