Day 3
Selepas selesai di Osaka museum of history dan Osaka castle, kami teruskan pulak ke destinasi yang ketiga. Sambil jalan jalan menuju ke Morinomiya stn. , sempat snap gambar pemandangan.
Masih di kawasan Osaka castle park.. |
Kami ke Sinsekai area pulak. Destinasi kami ialah Tennoji zoo. Fees masuk 500 yen/pax, namun kami guna osaka pass, so free aje. Zoo dia tak lah besar mana, tapi sebab CK memang suka binatang binatang, kiranya tempat ni untuk CK enjoylah.
Gambar atas tu, entrance ke Tennoji zoo.. |
CK suka merenung penguins tu....comei comei... |
Kami cari tempat sesuai di zoo ni untuk bersolat. Jadi, bergilir lah kami solat sambil melayan CK tengok hewan...
Dari zoo ni, dapat lihat Tsutenkaku tower. Tapi kami tak bercadang nak ke tower ni sebab KL pun ada gak tower (ciss eksennn...). So, ambik gambar dari jauh jer lah..
Tsutentaku tower, dilihat dari Tennoji zoo,...masa ni hampir jam 3 petang. |
Selepas sejam di zoo, kami keluar dan jalan jalan di Sinsekai area sambil menuju ke subway Dobutsuen-mae stn.
Entrace ni berdepan dgn entrance ke Tennoji zoo.. |
Sebaik memasuki area ni, barulah kami feel berada di Japan ni...
Deretan lampu kertas tu...sangat cantik |
Di celah celah deretan kedai di area Sinsekai ni, masih boleh nampak Tsutentaku tower tuu.. |
Tak habis lagi dgn gambar segala jenis lantern niii... |
Saje meneliti menu... |
Selesai di Sinsekai area, kami meneruskan perjalanan naik subway ke Umeda stn. semula. Destinasi seterusnya ialah ke Umeda sky building yg terkenal dgn floating gardennya...
Keluar dari Umeda stn., tanya orang camner nak ke situ...yg lawaknya, masa kami tanya sekumpulan pelajar kolej, diaorg pon tak tau mana. Tapi diaorg panggil kawan diorg untuk tunjukkan jalan ke tempat yg kami nak pergi ni...
Tertarik dgn tempat parking basikal niii... sebelum sampai di umeda sky building |
Umeda sky building ialah bangunan berkembar dan di puncaknya terletak pelantar terbuka yang dikenali sebagai floating garden. Bayaran masuk ke sini ialah 700 Yen (free dgn osaka pass).Tapi CK kena bayaran 100 Yen kat sini.
View Osaka city....masa ni dah waktu maghrib... |
View Umeda sky building dari bawah....Bulatan di atas tu lah floating garden.. |
Hari dah semakin gelap... |
Tapi kat atas tu, ntah kat mana lah yang dikatakan floating garden tu...bukannya ada bunga bunga bagai. Cuma ada lah lampu lip lap kat lantai di atas pelantar tu...
Di depan umeda sky building.... |
Selepas berposing kat atas Umeda sky building ni, badan dah rasa penat sangat sebab dah seharian berjalan. I ingat nak balik ke hotel dah...tapi..tetiba dari umeda sky building tu, kami ternampak ferris wheel dgn lampu warna merah di salah satu bangunan. Wah !!! Hubby pon terus dapat idea bernas ajak naik ferris tu pulak, kebetulan masih lagi free dgn osaka pass kami.
Maka, dari umeda sky building kami menapak semula ke Umeda stn. Dan tak jauh dari situ, dah jumpa Hankyu building. HEP FIVE ferris wheel ni terletak di atas Hankyu building. Fees ialah 500 Yen (free dgn osaka pass).
View dari jauh dan dekat Hep Five ferris wheel ni...cantik sebab berwarna merah.. |
Bila kami congak congak, banyak kami jimat dari segi entrance masuk ke semua tempat yg kami pergi. Osaka unlimited pass yg kami beli berharga 2700 yen aje, tapi total entrance fees yg kami masuk ialah 3300 yen. Itu jugak bermakna segala tambang subway yg kami naik tu juga adalah free aje...Kalau org muda muda, mesti boleh cover lagi banyak tempat yg menarik di sekitar Osaka, terpulang pada larat atau tak larat jer...
Next entry, day 4 kami bergerak ke Nara pulak..Ada kisah tragis dan suspen menanti kami di hari ke 4 di Japan.