MISS NUFFNANG

Wednesday, February 13, 2013

Hello Kitty Town & The Little Big Club

Cuti panjang Thaipussam yang lalu digunakan untuk ke Johor Bharu. Kami plan nak ke hello kitty town dan the little big club yang terletak di Puteri Harbour, Kota Iskandar JB. Selepas breakfast di New York hotel, JB, kami terus pecut ke Kota Iskandar dgn berpandukan GPS lah. Signboard memang agak kurang pada awal-awal sampai di Kota Iskandar cuma kami bergantung kepada signboard legoland dulu...selepas hampir kat legoland baru mula nampak signboard hello kitty nih !







Kedua -dua themepark yang kami nak pergi ni terletak di bangunan yang dipanggil the red cube (kalau I tak salah lah..). Hello kitty town terletak di tingkat 1 , the little big club pulak terletak di tingkat 2 & 3. Bayaran masuk pulak,  rm50 ke hello kitty dan rm50 lagi ke the little big club kalau beli asing asing. Tapi kalau beli 2 park pass sekali gus, harganya rm85. Tiket ni sama harga untuk kanak kanak 3 tahun ke atas sehingga ke dewasa dan warga emas. Hanya umur 2 tahun dan ke bawah aje yang freeeee.....Masa beroperasi ialah dari jam 10 pg hingga jam 6 ptg. Jadi kalau nak spend time to the fullest, baik masuk jam 10 pagi lah kan!!!


Oleh sebab kami sampai jam 10 pg, maka tak ramai lagi org. So kami terus ke tingkat 1 dulu iaitu ke hello kitty town. Selain pakai "gelang" untuk masuk, pengunjung turut diberi satu kad "collect your hello kitty stamp". Ada 6 tempat dlm hello kitty ni yang perlu kita tunjukkan kad tu iaitu : nail salon, cookie studio, jewellery making, costume dress up, hello kitty house and black wonder. Kira macam controlled centre lah dan setiap pengunjung boleh masuk sekali aje. Selain dari tempat -tempat tu, kita  boleh masuk banyak kali ke tempat tempat lain.


Hello kitty and daniel di dalam rumah 



Entrance masuk ke hello kitty

Cup cakes pusing pusing...



Bilik tidur...



Masuk masuk aje kat entrance tu, CK terus serbu hello kitty cup yang boleh pusing pusing tu. Kira CK ni memang the first person lah naik cup ni untuk hari itu.

Lepas tu, kami masuk ke hello kitty house. Tunjukkan kad untuk di stamp dulu. Kat dalam tu penuh dgn alatan hello kitty...dari di living hall, bedroom, bathroom, kitchen  dan segala galanya lah penuh dgn design hello kitty ni. Dan kebetulan, masa kami masuk ke sini, ada hello kitty boy and girl menunggu untuk bergambar...



Keluar dari house, kami masuk ke tempat jewellery making. Tunjukkan kad dulu untuk di stamp, pastu kami diberi 3 gelang dan pilih "loket" yang berkenan. Dan staff kat situ akan ajar cara nak pasang loket kat gelang tu...suka CK part ni, dia pilih 3 biji loket iaitu dolphin, cupcakes dan starfish.


Sedang cuba memasang gelang..


Habis buat jewellery, kami ke cookie studio pulak. Tunjukkan kad untuk di stamp, pastu kami diberi 3 keping cookie brbentuk kepala hello kitty yang dah siap dimasak. Kami diberi coklat cair dan jem stawberi untuk diwarnakan di atas cookie tu...CK suka betul part ni...punyalah lama dia warnakan cookie tu sebelum kami boleh ngap ngap cookie tu..hehehe..
Mendesign cookies dgn coklat dan strawberi..


Habis cookie, kami masuk ke costume dress up & photo studio. Kita pilih apa apa costume hello kitty untuk dipakai dan kemudian ambik gambar. Tapi part ni, hubby malas nak sarong costume tu, so I dgn CK aje lah tergedik gedik berposing dgn costume hello kitty tu..
Hehehe....gumbira anak mak nih !




Keluar dari buat cookie, CK nak naik cawan pusing pusing lagi. Ermmm...dah kali ketiga dah naik benda ni. Pastu kami ke nail salon pulak. Memang disediakan pewarna kuku pelbagai warna dan jugak sticker utk dilekatkan dikuku. Kalau rasa tak nak susah susah nak bersihkan pewarna kuku tu dgn thinner, pakaikan aje sticker kat kuku sebab sticker tu senang aje nak tanggalkan.


Tampal sticker pada kuku..

Last sekali, kami masuk ke black wonder. Tempat ni macam tempat cari harta karun, suasananya agak malap dan diiringi muzik ala ala james bond lah kononnn...Kalau dapat cari clue yang diperlukan maka kita akan diberikan sijil hello kitty. Kami tak berjaya cari clue tu sebab CK asyik nak ajak keluar sebab takut dok kat dalam tu.


Kami di kawasan black wonder


Habis semua tempat kami collect stamp, tepat jam 11.30 ada hello kitty carnival...alaaa...macam mini parade gitu kat depan purrfect stage. Maka, duduklah kami semua mengadap stage tu utk lihat hello kitty.





Masa kami habis kat hello kitty ni lebih kurang 2 jam lah. Pastu, kami naik ke tingkat 2, dan kebetulan Barney tengah buat show di situ. Maka, sekali lagi kami duduk mengadap stage kat ting.2 pulak. CK memang banyak CD barney ni, so semua lagu barney CK memang taulah.






Kat tingkat 2 ni banyak karekter kartun seperti Barney, Angelina balerina, Bob the builder, Thomas 7 friends dan pinggu the penguins. Dan dari masa ke semasa kartun -kartun ni akan keluar utk bergambar dgn pengunjung. Dan hanya ada satu kartun yang keluar pada satu masa. Begitu jugak dgn show...tidak ada show serentak sama ada di tingkat 1 (hello kitty) atau ting.2. Bagus jugak tu, jadi pengunjung tak akan terlepas setiap show...


Kebetulan selepas habis barney show, kami ke tempat angelina balerina, dan ada mini class mengajar kanak kanak tarian ballet. Maka CK dapat kesempatan menari macam citer princess dia..










Di ting.2 juga ada permainan berkonsepkan Bob the builder, ada juga tempat barney dan juga tempat permainan pinggu. Pastu, naik ke tingkat 3, lebih banyak permainan seperti Betsie the bus, ferriswheel, thomas train, helikopter dan beberapa jenis lagilah. Kat sini ada kafe untuk mengalas perut, cuma jangan terkejut dgn harganya ye !!! Masa kami pergi hari tu, orang tidak berapa ramai jadi masa menunggu untuk setiap permainan tu tak sampai 5 minit. 


 

















Naik Betsie the bus, dan Thomas train...




Helikopter ni CK naik sampai 4 kali. Pening kepala mak bapak yang gilir gilir temankan dia..



Terpegun tengok hello kitty show pulak....

Hello kitty show di purrfect stage...



Bob the builder....


Terjumpa pulak dengan kawan sekerja di situ...

Kalau kenkawan bawa anak-anak, pastikan mereka main kesemua permainan yg disediakan barulah berbaloi dgn tiket yang dibayar. Satu lagi yang bestnya di sini ialah semuanya adalah indoor. Jadi jgn risau, panas hujan dan sebagainya.





15 comments:

  1. OKlah mama......Rasanya CK nak gi lagi.....Betultak...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Memang dia happy kak ani. Sampai jer kat rumah, dah tanya dah bila nak pergi hello kitty town lagi ! *pengsansekejapmakdianih*

      Delete
  3. wah.. happy CK dapat main yer.. heheh.. best gak bawa anak2 ke sini.. camne tiap kali balik johor tk pernah tau wujudnya Hello Kitty town ni.. sgt ketinggalan zaman la saya ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sure anak anak lieza suka jugak. Gegirl kan suka benda benda cam hello kitty nih

      Delete
  4. Sy pun tumpang happy tgk benda2 kat dalam tu....geram je tengok....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawak anak anak memang enjoy kat sini sisR..

      Delete
  5. tentu CK suka . byk benda yg nak diteroka.mcm kat korea pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang CK enjoy kat sana nieda. Budak gegirl kan suka benda benda cam tu...

      Delete
  6. bestnye kak ita...akak dah sampai sini hah...lieya ni org johor tak sampai2 lagi hihihi...mmg plan nak bawak mia mija pun...mesti hepi dieorg kalo dpt jumpe hello kitty live nieh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miamija sure suka kat situ tapi taklah grand macam disneyland, lieya.

      Delete
  7. replica bags india replica hermes bags u2t60s4a70 replica bags replica bags paypal check this w8e19p6j24 replica bags india take a look at the site here n1k18v1b11 Ysl replica handbags replica bags louis vuitton

    ReplyDelete