MISS NUFFNANG

Friday, June 7, 2013

Kuching Again ! Part 2- Bako National Park & Sarawak River Cruise

Pada hari ke 3, kami check out dari Damai beach resort Santubong. Hari ni awal pagi plan nak ke Taman Negara Bako. Seb baik bawa GPS sendiri...so hubby terus drive dari Santubong menuju ke Bako. Jaraknya lebih 40km. Kami setkan GPS menuju ke SMK Bako sebab kalau setkan ke Taman Negara Bako...GPS akan tulis no route...hehehe. Memanglah tempat tu tak boleh guna kereta utk sampai sebab terpaksa naik bot !!

Taman Negara Bako


Sampai di jeti utk ke TN Bako , kami tengok ramai mat minah saleh dah menunggu bot mereka. I terus daftar kat staf TN Bako yg duduk kat kaunter tu. Kena bayar rm10 seorg, kanak kanak 5 tahun free aje. Lepas daftar, kami diberikan surat kebenaran utk masuk ke TN Bako. Lepas tu, I pergi pulak ke kaunter bot. Satu bot perlu bayar rm96  untuk maksimum 5 orang. So, kami 3 beranak lah dlm bot tu. Kiranya bot tu dan drivernya akan ikut kita , misalnya jam berapa nak balik atau nak pergi ke mana pulak dari jet TN Bako..



Jeti Kg Bako...


Ngeri tak tengok signboard ??? Air sungai tu memang keroh...

Bot kami dah menanti di jeti...

Masih di jeti Kg. Bako..
                             

Pakcik Busman punya bot..

Menghampiri jeti di TN Bako..


Botman kami, pakcik Busman yg dah agak berumur, dan dia pun bahasakan dirinya atuk dgn CK. Perjalanan dari jeti di kg Bako tu ke TN Bako dalam 40 minit cam tu. Pakcik tu pun tak bawak laju...relaks aje.

Sampai di jeti TN Bako...kami nampak  proboscis monkey (monyet belanda) bergayutan kat atas pokok. Kata pakcik Busman, selalunya monyet monyet tu akan berkeliaran di pantai kalau tak de org. Bila ada org diaorg akan panjat pokok yg berhampiran. Kami tinggalkan pakcik Busman tu selepas bgtau yg kami akan balik jam 1 petang nanti.

Lepas tu, kami menapak ke HQ TN Bako utk serahkan surat kebenaran masuk dan juga perlu lapor diri kepada mereka.  Kami juga perlu pergi ke HQ tu semula utk tulis masa kita meninggalkan TN Bako. semua tu sebagai langkah keselamatan, kot kot lah tersesat dan tak jumpa jalan pulang, pihak renjers di HQ bolehlah tau..



Di belakang tu ialah Gunung Santubong...Nampak tak wildboar berhampiran pantai tu ??
Hehehe..ngeri je kalau tetiba dia dtanag kat kami



Tempat mendaftar di TN Bako. Lokasinya agak jauh jugak dari jeti ...




Kami bercadang nak ke Teluk Paku...nampak macam dekat jer kan dgn tempat pendaftaran tadi ??

Proboscis monkey tuuu duduk kat atas pokok jer

Proboscis monkey...tengok hidungnya yang besar tu. Gambar ni dari internet ye..



Nak tau haiwan apa yg banyak berkeliaran di sekitar HQ TN Bako niii ? Tentulah si wild boar (babi hutan), tapi dah tak liar dah sebab dah expose ngan pelawat kot...hehehe...sebab I tengok sekumpulan pelancong dari Brazil siap usap usap kepala wildboar tu sambil bg makan biskut !!!

Banyak laluan trekking disediakan dari HQ ni...tinggal pilih aje. Kami pilih yg paling pendek trekkingnya iaitu dalam 800m ke Teluk Paku. Kat situ lagi bnyk proboscis monkey yg boleh dilihat. Nampak cam senang  jer kan ? Baca blog org, trekking ke Teluk Paku tu dlm satu satu jam menapak pergi dan satu jam lagi menapak balik ke HQ.

Masa kami melalui titian di tepi laut....tu, subhanallah...cantik betul pemandangannya...Apalagi, snap gambar tak hengat donia. Memang cantik betul.






Trekking di atas laut nih !!!






Lepas habis laluan di tepi laut, kami mula memasuki laluan trekking di dalam hutan. Memula tu...dah agak cuak ...sebab laluan berbukit, tinggi rendah..I tengok CK ok jer cuma certain part, kami perlu dukung dia. Selepas berjalan agak 10 minit cam tu, kami ternampak signboard " Tlk Paku ~ 800m from this point". Hah !! Dah rasa jauh menapak nih, rupa rupanya belumpun sampai ke mana mana. Tak per...kami kuatkan azam, terus kan trekking....Hubby dah membebel, jauh lagi ke 800m nih. 


Aduhaiii ... 800m dari starting point ni baru sampai ke Teluk Paku !!!


Jangan tertipu dgn trekking ni...hanya ada sikit je trekking yg macam ni ye...

Hah !!! Tengok trekking tu...Azab ooooo...Maklumlah dah lama tak excercise...

Maklumlah...menapak kat jalan lurus, tentulah laju jer, tapi kalau menapak kat dlm hutan dgn turun naik bukit tentulah perlahan ajer langkah kaki kannnn???Then kami terserempak dgn 2 minah saleh dan 1 mat saleh dari Britain. I pun tanyalah...jauh tak lagi nak sampai ke Teluk Paku tu. Mereka jawab " about 600m from here". Mak aiiiiii !!!! Baru 200m jer sebenarnya kami menapak. I terus surrender !!! Tak larat rasanya...hehehe...So, kami pun berpatah balik ke laluan tepi laut tu...Dan duduk lepak lepak kat situ hampir 30 minit lah.


Bot ni pun menuju ke seastack jugak..

Lepas hilang penat, kami terus pergi kat pakcik Busman yg sedang tidur di dalam bot dia. Kami minta dia hantar kami ke sea stack. So, kami kena bayar rm35 lagi tambahan utk ke tempat tu. Kalau nak ikut trekking utk ke sea stack tu, tak salahnya jarak dia 2.4 km AJER  dari HQ !!! Hah...siapa mampu ?? Kami ni 800m pun tak mampu apatah lagi 2.4 km...mintak mahap lah ye, kami lebih rela keluar duit bayar kat pakcik botman tu  hehehe...

Biarlah gambar gambar kat bawah nih menunjukkan betapa uniknya sea stack tu yeee..


Seastack nampak dari jauh...

Sea stack ni sekali pandang nampak macam kepala ular jer...




Jarak sea stack ni dari pantai dalam 100 m kot...tapi dinasihatkan tidak berenang
menghampirinya sebab banyak obor obor masa tu..


On the way patah balik ke kg Bako...kami sempat tengok nelayan membawa tangkapan jellyfish (obor obor)..Memang musim jellyfish banyak kat laut masa kami pergi tu.


Kami singgah makan di KFC dan kemudian terus check in di Grand Margherita hotel, Kuching. Bilik kami mengadap sungai sarawak...dan boleh nampak kedai kek lapis mira di seberang sungai tuuu..


View dari bilik kami. Di seberang sungai sarawak tu...ada kedai kedai menjial kek lapis dan medan selera..

 
Sarawak River Cruise

Sebelah petang, kami turun dari bilik hotel dan berjalan di Kuching waterfront. Cadangnya nak tinjau tinjau sarawak river cruise tuu. Sekali tu, bila tengok harga tiketnya rm69.90 utk dewasa seorg, kanak kanak tiket separuh harga. Terus kami tak jadi naik cruise. Mahal betul walaupun bersekali dgn makan malam. Then, kami nampak satu lagi service oleh company lain iaitu Sarawak Traditional River Cruise...cruise menggunakan sampan tradisional tapi masih menggunakan enjin lah. Harganya rm19.90 seorg dan kanak kanak rm12. Ada dua jenis sampan nih...satu yg duduk atas bangku panjang dan ada jenis duduk bersila jer dlm sampan. Kami ambik yg duduk kat bangku. Cruise ni ambik masa 1 jam, bermula jam 5.30 -6.30 petang...memang cantik pemandangan sebab kebetulan nak sunset waktu tu. Tapi bila di bawa berdekatan kg penduduk, rasa malupun ada sebab kotor, nampak sampah sarap. Kebetulan dalam bot kami ada 6 org pelancong barat...terasa malu !!! 



Sarawak River Cruise...mahal harga tiketnya...

Kami naik Srawak traditional river cruise...ok jugak, harganya jauh lebih murah...

Matahari mula terbenam...Itu ialah bangunan Dewan Undangan Negeri..





Matahari terbenam ...

Selepas turun dari bot tu, kami naik sampan menyeberang sungai sarawak. Di seberang sana, yg sebaris dgn kedudukan Dewan Undangan Negeri Sarawak tu...ada 2 medan selera yang berbumbung dan besar. Pelbagai jenis makanan ada, pilih saje dan harganya berpatutan. I ambik kesempatan makan mee kolok dan hubby pulak nasik ayam penyet. Rasanya.... boleh tahan sedap ! Then kami menapak ke kedai kek lapis mira...Last year kedai ni tak wujud lagi, hanya jual kat gerai aje. This year dah maju dah, so dah ada kedai sendiri...dan jika beli 10 kek dapat free 1 kek. Kek lapis ni berbeza dgn yg lain sebab ia agak lembap. I pernah buat entry pasal kek ni dulu (kek lapis gebu sarawak)


Food court..

Kedai kek lapis mira...

Hotel Grand Margherita...dari seberang sungai...


Lepas settle shopping kek lapis, kami pun naik sampan semula dan kemudian menapak balik ke hotel. Seharian berjalan hari ni...so kena tidur awal sebab hari 4 pun banyak gak tempat nak pergi.


Jumpa lagi ..



15 comments:

  1. cantiknyer sea stacktu... tak tauler pulak kewujudannyer di situ... kalau pergi ke sana harus menikmati keindahannyer itu.. kalaunak bercuti Malaysiapun macam2 ada yerk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantikkan zila sea stack tu....memula akak pon ingat tempat ni kat oversea je ada.

      Delete
  2. wowww..batu2 tu really amaze me lah.. wish boleh adventure macam u anak beranak. if akak kuat lagi, i rasa i boleh gi. but now not reallly lahh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantikkan kak yan. Ni sementara kaki kuat melangkah lah kak yan...gagahkan diri jugak.

      Delete
  3. saya pernah pergi ni..mabuk laut time tu..pening paler so tak rasa enjoy sgt la..rugi la. Kalo saya ok time tu mmg hajat hati nk gi teruk monyet idung besar tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang agak jauh jugak dari jeti kg. Bako, kalau tak tahan memang mabuk laut,,zila.

      Delete
  4. mahal jugak naik bot tu yer, rm96 untuk 1 bot...sebelum nak ke sini, better kena senaman sungguhlah bagi ada stamina balik, kalau tak, mau pancit daki bukit cam gini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau gi berempat atau berlima..boleh share share orga ek ! Memang kena bersenam, kalau tak memang pancitlah macam kami niii..

      Delete
  5. cantiknya sea stack tu..teruja jugak nak ke sana....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh bawak anak anak ke kuching ye MP..

      Delete
  6. Cantiknya sea stack tu! Kami pun dh lama teringin nak tgk monyet hidung besau tu ms kt Sandakan lg!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik kak ani...ingatkan kat msia tak de view cantik cam ni...Proboscis monkey tu pun rasanya ada kat borneo je kan kak..

      Delete
  7. subhanallah..cantiknye kak view2 kat sane...tak sangka plak kuching ade tempat2 mcm nie...sbb bile en laki akak pi cuti2 kat kuching laju je lieya jawab 'baik pergi sabah'...rupenye cantik2 kat sane kan....mmg percutian yg penuh alam flora dan fauna laa kalo kesini...best2 ...

    ReplyDelete
  8. Ramai kwn JM yg pegi swk x penah pulak cerita pasal tmn negara bako ni rupanya mmg cantik dan antara destinasi yg perlu d lawati. Jm pun baru tahu ada tempat nih hahaha ketinggalan betul

    ReplyDelete