Sebelah petang hari ke 3 di Phuket ni, kami cadang untuk sewa motor untuk pusing pusing pulau. Sewa motor 24 jam 200 THB jer...murah betul.
Jam 4 petang, kami terus bergerak ke arah selatan sebab plan nak ke Promtep iaitu kawasan paling selatan Phuket ni. Manalah tau sempat tengok sunset.
Cuaca sangat panas masa tu...perit jugak kulit menahan panas tu.
Kami singgah untuk bergambar di Karon beach. Mat saleh dan minah saleh memang ramailah kat pantai ni...tengah berjemur. Kami hanya berhenti utk berposing je.
Cuaca panas terik di Karon beach.. |
Wajib bergambar dulu ek !! |
Cantik pulak patung patung gajah nih ! |
Selepas alas perut, kami teruskan perjalanan dan sampai di Karon view point. Kami berhenti di sini utk bergambar. Ni merupakan kawasan tinggi, jadi boleh nampak 2 teluk yg cantik nunnnn di bawah..
Cantik.....dari Karon view point, kita boleh nampak 2 teluk ni, rasanya Karon beach dan Kata beach .. |
Kami teruskan perjalanan yang melalui kawasan tepi hutan...dan tetiba hubby perasan yg minyak motor dah habis !!!! Hadoiiii.....seb baik memang ada kedai kedai runcit tepi jalan yg jual minyak petrol ni. Satu botol petrol ni ada 1 liter ,dah lupa pulak harganya tapi lebih mahal dari petrol stationlah.
Baik pulak penjual ni tolong tuangkan petrol. Hubby terus beli 2 botol petrol.. |
Ni lah Promtep...kawasan paling hujung selatan pulau Phuket ni. |
Ahakkkkssss...... |
Sempat tengok sunset di sini... |
Promtep ni 22 km dari Patong beach dan hotel kami. Patutlah sakit vontot duduk kat atas motor .. |
Signboard dari bahasa thai dan english...jadi tiada masalah kalau sewa motor atau kereta di Phuket |
Suka gambar niii....perubahan warna di kaki langit |
Selepas tengok sunset, kami bergerak balik ke Patong semula sebab dah mula gelap. Kena cepat cepat sebab jalan kat tepi hutan, kalau jadi apa apa..nauzubillah..
Sampai di Patong area, dah jam 7.30 malam , dah nak masuk isyak dah...Kami terus ke Kesuma resto. Kali ni masih lagi order stir fried crab meat with curry powder...memang highly recommended lah sebab isi ketam tu memang dikorek dari ketam..sedap betul.
Menu isi ketam di Kesuma resto.. |
Hubby citer memang ramai orang kat Bangla road tu. Pelbagai aksi panas ada...semua oleh transgender /maknyah buat show free. Tapi kalau nak ambik gambar, kena bayarlah...
Ni gambar dari arah belakang ye...boleh bayangkan tak kalau dari depannya ?? Awwww... |
Day 4...
Ha ha...ni entry panjang punya ye..
Pagi pagi lagi kami menapak ke Patong beach lebih kurang 100m dari hotel, nak kasi can pada CK main pasir dan air laut. Kebetulan masih belum ramai lagi pengunjung kat pantai..
Selepas sejam di Patong beach, kami balik semula ke hotel untuk tukar pakaian.
Plan seterusnya ialah ronda ronda kat Patong area. Maklumlah motor yang kami sewa semalam jam 3 petang nanti baru dipulangkan. Memula, isi perut dulu, so kami ke Saveena halal resto. Resto ni terletak berhadapan dengan masjid phuket.
Pastu kami singgah di Jungceylon Mall pulak. Kami sempat rembat 3 helai t-shirt bergambar gajah. Kebetulan murah harganya.Ni shopping mall terbesar di sini dan persekitarannya bersih dan cantik.
Selepas pekena roti pisang di depan Jungceylon mall, kami terus bermotor ke kedai wajib hubby iaitu Hard Rock Cafe shop. Memang wajib utk hubby beli t-shirt HRC walau ke mana pun kami melancong. Hurmmm..
Nak lunch, perut masih kenyang lagi, maka kami lepak kat Patong beach yang ada statue anjing besar kat situ. Kebetulan redup dan berangin kat situ. Kami lepak lepak di situ sambil makan buah potong yang banyak dijual oleh penjaja di tepi pantai...
Dari pantai, I dgn CK balik ke hotel semula, sebab nak tidurkan CK. Petang nanti kami nak ke Phuket Fantasea pulak. Jadi, kenalah tidurkan CK supaya petang dan malam nanti dia ok jer...
Hubby pulak nak terus round round dgn motor sebelum pulangkan motor tu semula..Memang berbaloi sewa motorlah...dahlah murah, boleh round banyak tempat ikut suka hati kita !!
Petangnya, kami dinner awal sikit, sebab jam 6.30 petang van pick up datang ambik kami di hotel utk ke Phuket Fantasea.
Phuket Fantasea is a cultural theme park. Dibuka hanya dari 5.30 petang ke 11.30 malam sahaja. Bayaran masuk pada I sangat mahal iaitu 1500 THB utk dewasa dan 1200 THB utk kanak-kanak. Pada jam 8.30 malam diadakan cultural show di dalam dewan besar yang dipanggil . Utk masuk ke dalam dewan tu, semua camera/h-phone, video kena tinggalkan di sekuriti. Part yg best di sini, I rasa hanyalah cultural show sejam tu. Yang lain lain...sekadar utk ambik gambar je lah !.
Esoknya...jam 10 pagi , teksi pun datang jemput kami di hotel. Teksi tu kami ambik melalui travel agent , hanya 600 THB jer, masa kami dtg dari airport ke hotel ari tu kena 650 THB.
Maka habislah cerita cuti kami di Phuket selama 5 hari 4 malam.
Ada 2 lagi destinasi cuti pada tahun niii...bulan september dan november...ahakkkks !!!
Pagi pagi lagi kami menapak ke Patong beach lebih kurang 100m dari hotel, nak kasi can pada CK main pasir dan air laut. Kebetulan masih belum ramai lagi pengunjung kat pantai..
Patong beach pada waktu pagi.... |
Main air di Patong beach.. Anak I jer yang sopan pakai muslimah swimming attire..hehehe.. |
Selepas sejam di Patong beach, kami balik semula ke hotel untuk tukar pakaian.
Plan seterusnya ialah ronda ronda kat Patong area. Maklumlah motor yang kami sewa semalam jam 3 petang nanti baru dipulangkan. Memula, isi perut dulu, so kami ke Saveena halal resto. Resto ni terletak berhadapan dengan masjid phuket.
Masjid |
Saveena halal resto terletak berhadapan dengan masjid..Kami makan nasi campur di sana. |
Pastu kami singgah di Jungceylon Mall pulak. Kami sempat rembat 3 helai t-shirt bergambar gajah. Kebetulan murah harganya.Ni shopping mall terbesar di sini dan persekitarannya bersih dan cantik.
Jungceylon Mall di Phuket. |
Cer tengok bekas tisu tu....Tak tergamak nak beli yg warna pink, blue dan yellow green tuuu.. |
Roti pisang kat depan entrance Jungceylon mall...Kami sempat makan roti pisang di sini.. |
Kedai wajib singgah...Hard Rock Cafe shop, Phuket |
Nak lunch, perut masih kenyang lagi, maka kami lepak kat Patong beach yang ada statue anjing besar kat situ. Kebetulan redup dan berangin kat situ. Kami lepak lepak di situ sambil makan buah potong yang banyak dijual oleh penjaja di tepi pantai...
Patung anjing kat Patong beach... |
Hubby pulak nak terus round round dgn motor sebelum pulangkan motor tu semula..Memang berbaloi sewa motorlah...dahlah murah, boleh round banyak tempat ikut suka hati kita !!
Entrance ke Phuket Fantasea.. |
Ehh...ada bendera Malaysia di situ !!! |
Hubby ambik gambar ni di Kamala beach... |
Petangnya, kami dinner awal sikit, sebab jam 6.30 petang van pick up datang ambik kami di hotel utk ke Phuket Fantasea.
Phuket Fantasea is a cultural theme park. Dibuka hanya dari 5.30 petang ke 11.30 malam sahaja. Bayaran masuk pada I sangat mahal iaitu 1500 THB utk dewasa dan 1200 THB utk kanak-kanak. Pada jam 8.30 malam diadakan cultural show di dalam dewan besar yang dipanggil . Utk masuk ke dalam dewan tu, semua camera/h-phone, video kena tinggalkan di sekuriti. Part yg best di sini, I rasa hanyalah cultural show sejam tu. Yang lain lain...sekadar utk ambik gambar je lah !.
CK memang suka berangan bab nak jadi princess ni... |
Maka habislah cerita cuti kami di Phuket selama 5 hari 4 malam.
Ada 2 lagi destinasi cuti pada tahun niii...bulan september dan november...ahakkkks !!!