MISS NUFFNANG

Friday, August 2, 2013

Sawadikarp Phuket, Thailand Part 2: Phiphi island , Kesuma seafood

Day 2 di Phuket.

Masa ronda malam pertama di Patong area...bestnya kalau kena massage cam tuu !!

Hari kedua di Phuket, awan nampak mendung jer...Kami dah susah hati sebab takut hujan lebat dan trip ke Phiphi island dibatalkan.
Sambil menunggu pickup van datang menjemput kami di lobi hotel, hujan turun agak lebat jugak. Perjalanan dari hotel ke jetty dalam 40 min cam tu. Sepanjang jalan hujan masih turun lagi. Tapi bila sampai di jetty, iaitu Rassada Harbour, hujan dah berhenti ...


Harga tambang ferry dari phuket untuk ke Krabi atau phiphi island...

Feri ke pelbagai destinasi dari Phuket...




Pakej yang kami ambik ...
Pakej yg kami ambik ni  termasuk sekali lunch yg dimasak oleh org muslim dan kami semua makan di dalam feri jer. Kira halal foodlah tu. 

Kalau ikut itinerary, selepas sejam naik ferri tu, kami akan singgah di Khai island untuk sejam. Tapi sebab cuaca sangat tidak elok so, feri tu tak singgah di Khai island.


Ni lah rupa feri ke phiphi island... Nampak tak  awan mendung tu ???
Satu lagi, pakej ni tak singgah di Maya bay....satu tempat yg sangat cantik. Sebab hanya speedboat atau boat kecik jer yg boleh masuk ke situ..


Menghampiri Maya bay...tapi feri kami tak berhenti di sini, sebab Maya bay tu kecik je tempatnya. Kalau sesiapa nak ke Maya bay perlu ambik pakej speed boat

Ramai ramai snorkelling di Monkey beach...Keadaan masih hujan lagi. So feri kami kena bagi masa kat feri tu dulu, lepas satu jam baru kami pulak boleh snorkelling kat sini

Kalau naik speedboat...macam nilah rupanya..
Akhirnya kami sampai ke tempat yg dibenarkan untuk turun snorkelling. I bukannya tau snorkelling tapi I nak turun jugak ke laut, CK pun dah tak sabar nak turun ke laut. Pekerja feri tu tolong pakaikan life jacket utk CK dan bagi pelampung sekali utk CK berpaut. Laut masa tu berombak agak kuat jugak sebab hujan masih turun lagi. 


Hujan masih turun....tapi I beranikan diri turun ke laut . Bukan reti snorkelling pun, cuma nak rasa main air jer. Kami dipakaikan life jacket dan pelampung. Masa ni laut agak berombak...



CK memang enjoy air...sikit pun tak rasa takut. Mak dia yg takut dibawa ombak...so tangan sebelah masih berpaut pada tangga feri...hehehe...
Dalam 10 minit cam tu kami dalam air, I nampak CK dah menggigil kesejukan, teruslah kami naik semula ke feri. Memang sejukkk...


View selepas hujan berhenti. Ini di Monkey beach. Memang banyak monyet kat pantai ni...

Feri kemudian berhenti di phiphi island dan kami diberi masa 2 jam untk ronda ronda kat pulau nii...Nak masuk ke pulau ni kena bayar 20 bhat seorg ...



Kami diberi masa 2 jam untuk singgah di phi phi island.





Di jetty phiphi island..










Cantik view ni....



I tak tukarkan baju CK sebab sebenarnya hujan masih turun walaupun renyai renyai. Lebih baiklah tukar baju on the way balik nanti...

Deretan kedai souvenirs di phiphi island..

Cuba banana pancake...(terpengaruh dgn blog Orga). Sedapppp !!


Habis di pulau ni kami balik semula ke jetty di phuket. Perjalanan ambik masa hampir 2 jam. Dan kami sampai semula ke hotel jam 6.30 petang. Rasa letih betul. Memula rasa keciwa jugak sebab hujan sepanjang hari tapi lepas tu rasa syukur jugak sebab kalau panas, cuacanya panas terik boleh sunburn teruk nih ...

Selepas mandi solat di bilik hotel, kami terus berjalan kaki mencari Kesuma seafood yg ramai blogger promote mesti pergi kalau ke Phuket ni...

Taklah jauh sangat dari hotel kami, dalam 20min jalan kaki jer...


Iklan gusti tomoi...yg diadakan di Bangla stadium pada malam tu...


Banyak banyak menu seafood yg ada, kami suka sangat food ni.
 Isi ketam yg ori tu, di masak dgn kari...memang terbaikk lah.Tapi dah lupa apa nama makanan ni..

Coconut ice blended memang terbaiklah !!

Ramai je org kat Kesuma ni...dan majoriti ialah Malaysian..
Masakan di Kesuma ni memang oklah...terutama isi ketam berkari tu...malam ke 3 makan pun kami order isi ketam tu jugak. Tapi dari segi harga agak mahallah....Nak buat camne !!!


Selepas kenyang, kami tak larat dah nak ronda ronda ke Bangla road. On the way balik ke hotel, sempat lagi kami cari cari pakej yg sesuai untuk tengok gajah/ naik gajah atau elephant trekking. Bersepah jer travel agent kat sepanjang jalan tu, lebih kurang jer harga dia. Jadi kami ambik satu pakej 800 bhat utk dewasa dan 600 bhat utk kid. Esok jam 9 pagi pickup van akan datang ambik kat hotel.

Itulah aktiviti hari ke 2 kat Phuket.

________________________________

psttt : hari ni last kerja....yeay!!! Masuk kerja semula pada 13 Ogos. La la la....




5 comments:

  1. Ahaa..dh keluar pun entry baru heee..tertunggu JM tau

    Memang tak best kan kalau travel time hujan nih..pandangan pun tak cantik...pergerakan terhad..nak snorkeling pun tak best

    WAhh..lamanya cuti..bestnya..Selamat Hari Raya Kak Ita..maaf Zahir dan Batin..kalau ada tersalah dan silap jgn simpan dalam hati yer..ikhlas dari JM salam sambil cium tangan (hihihih imiginasi je lebih)

    ReplyDelete
  2. amboi kak, lamanya cuti, rini dah last...setuju dengan jm, kalau datang tempat-tempat cam gini pastu hujan, agak terbantut sikit aktiviti. kalau dok patong, kesuma seafood memang wajib pergi, hehe...

    ReplyDelete
  3. Kalau ke Krabi pun boleh ke PhiPhi Island ni, tapi dulu saya tak sempat sbb cuti yang singkat... Nampaknya nak ke nak kena ke Phuket juga nanti...

    Selamat hariraya dan bercuti sakan Cik Ta...

    ReplyDelete
  4. bestnye kak...bertuah CK serata tempat dah berjalan....berani die main air tu kan kak...kalo mia mija sure takut2 tuh...

    **selamat hari raye buat akak sekeluarga...mohon ampun maaf zahir dan batin...moga2 kite mendapat keberkatan di syawal yg mulia .....

    hati2 pulang ke kg yeak...

    ReplyDelete
  5. wahhh..bestnya dapat snorklling...
    Selamat bercutidan selamat hari raya utk Ita dan fmly...

    ReplyDelete