MISS NUFFNANG

Thursday, November 28, 2013

Australia: Sydney Day 1. Meredah Hujan Di Tempat Orang

Kami sampai di Sydney, Australia jam 12.00 tengahari waktu Sydney, hari Sabtu 16 nov 2013. Urusan pemeriksaan kastam amat mendebarkan sebab kami bawa macam macam makanan, dan ubat CK sebab kebetulan dah seminggu CK batuk dan selsema tak baik baik serta jugak stok rokok hubby. I declare semua yang dibawa. Nasiblah kalau kena punggah beg. Hubby suruh I baca ayat kursi banyak banyak bagi lembut hati pegawai tu...hahaha..dia cuak sebab bawa 6 kotak rokok. Pegawai kastam tu tanya jugak apa ubat yang dibawa untuk CK, dan berapa kotak rokok sebab seorang limit hanya 50 batang rokok jer. Yang penting kena jujur, declare je apa yang kita bawa. Alhamdulillah...beg kami kena scan aje dan lepas. Hah !!! Lega....


Laluan ke train station..



Kagum jap sebab train 2 tingkat..



Kami terus menuju ke airport train station, tak lah jauh berjalan, masih di dalam  airport jugak. Beli tiket train dari international airport menuju ke Museum station, tiketnya termasuk kena bayar gate fees sebab naik dari airport, kami kena bayar tiket AUD 16.70 / per adult dan AUD 12/ per child (sorry x ingat angka yg tepat). Tak per lah...sebab tak jauh sangat menapak dari Museum station ke hotel kami.


Kami menginap di Metro Hotel on Pitt, lebih kurang 400m dari Museum station. Keluar dari Museum station, kami berjalan santai sambil membawa 2 beg dan menolak stroller melalui tepi Hyde park. Kemudian melintas jalan ke Bathurst street, dalam 2 blok banguan, pastu nampak Pitt street terus  belok ke kiri. Dah sampai ke hotel...Lega kami boleh terus masuk bilik walaupun masa tu baru jam 1.15 tengahari.


Selepas mandi dan minum air sambil makan maggi mi, takkan nak lepak kat bilik hotel. Apa kelazz datang jauh jauh kannn ? Maka kami pun terus keluar ke destinasi pertama iaitu paddy market. Paddy market terletak 800m dari hotel, dalam 20 min berjalan kaki. Masa tu hujan renyai renyai... waduhhh..terpaksa gak redah jer hujan. Cuaca agak sejuk masa tu..


Masa tu kami bajet, ni first n last ke paddy market sebab mungkin tak sempat untuk datang lagi. Maka kami belilah segala souvenirs yg mampu...Akhirnya beg hubby dah penuh dah. Hajat hati dari Paddy market tu, kami nak menapak ke Darling harbour terpaksa dibatalkan sebab beg dah penuh dan CK pun dah tertidur kat atas stroller.



Gila wooo tengok semua souvenirs comel comel ni...



CK dah terlena di depan Paddy's market....Inilah sebab utama nape kami kena bawa stroller bila gi berjalan cam ni.
CK kalau dah mengantuk, dia akan terus tidur ...tak kira kat mane pun !!!



Di dalam bangunan ni letaknya paddy market.
Pintu berwarna hijau tu ialah pintu masuk ke kedai kedai souvenir

Sampai hotel, buat air panas sambil makan biskut, sambil tunggu CK bangun tidur. Mujur jam 5 ptg CK dah terbangun. Apa lagi, kami terus keluar hotel dan menapak ke Darling harbour pulak. Dalam 1 km jugak jaraknya dari hotel. Dalam hujan renyai renyai tu...tabah aje lah hati berjalan sambil menolak stroller menuruni kawasan sedikit berbukit.

Meriah betul kawasan Darling harbour ni. Orang punya ramai ...Selain nak tengok tengok kawasan yg femes ni, hubby nak cari t-shirt HRC. Dari visitor info.centre dah nampak harbourside shopping mall, dan pemandangan kapal kapal layar...





Unik kereta ni....boleh bawak sekampung pi jalan jalan ronda Sydney



Ada pulak taman air cam ni kat Darling harbour. Apa lagi.....berlarian lah CK !




Ahakkksss.....cak !!









Nampak tak awan mendung tu ?? 



Yang mana satu kapal kita ye CK ?




Gaya mahal ....





Harbourside mall...




Bebudak ni ada party atas kapal...sekarang ni memang dah dekat dekat cuti sekolah di sana.



Burung ni banyak betul berkeliaran ...









Kebab ni beli di foodcourt dalam harbourside mall. Besar kebab tu memang kenyang makan. Set combo camni  AUD$ 13, aiskrim tu AUD$7














Mengepit kangaru dan koala yg baru dibeli di paddy's market




Rupa-rupanya ada pertunjukan bunga api jam 9 malam. Masa tu baru jam 6 petang, kami plan nak tunggulah bunga api tu. Dari harbourside mall, kami berjalan kaki di atas jambatan kayu ke arah kawasan yg menempatkan Madame Tussaud, Sealife dan Sydney Zoo. Sebaik sampai je di seberang sana, hujan turun dengan lebatnya. Nasib baik dapat berteduh. 






Hujan turun mencurah curah..di Darling harbour..




Berteduh di kaki lima Sydney zoo. Hujan masih lebat turun. Tengoklah muka CK yang keboringan..











Bunga api dalam hujan...

Tunggu punya tunggu, dapatlah tengok bunga api tu dalam hujan renyai-renyai. Sebaik habis, kami terus menapak balik ke hotel. Masa tu lah, sekali lagi hujan turun dengan lebatnya. Waaa...payung hanya ada satu saja. Hanya mengharapkan teduhan di kaki lima bangunan. Masa tu jugaklah tersalah jalan sebab jalan main ikut jer crowd...waaaa memang rasa nak nangis dah masa tu. Peta kat tangan dah nak hacur dah sebab basah kena air hujan. Tak boleh jadik ni...maka hubby suruh I gi survey jalan yg betul nak ke Pitt street sementara dia dan CK berteduh di tepi Queen Victoria Building. Selepas I confirm dengan jalan yg betul nak balik ke hotel, I terus dukung CK sambil hubby tolak stroller dengan lajunya. Mak aiii...dukung CK yg dah 20 kg beratnya, memang sakit aaaa pinggang. 




Jam 10 malam kami sampai kat hotel dalam keadaan basah kuyup dari hujung rambut sampai hujung kaki. Pening gak memikirkan kalau kasut dan stroller masih tak kering utk esok hari. Kalau baju stokin semua tu, tak de masalah sebab memang ada spare yang lain dalam beg...


Tu lah cabaran hari pertama di Sydney. Rupa-rupanya memang minggu tu hujan lebat sampai ada banjir kilat di sydney. Dalam berita kat tv pun dinyatakan the wettest sydney in 16 years...Alahaiiii...





Tuesday, November 26, 2013

Trip ke Australia : Kami Dah Selamat Kembali

Assalamualaikum...

Dah masuk kerja semula. Waaa...memang letih sebab sampai LCCT jam 6.45 pagi Ahad, semalam, hari Isnin dah masuk kerja.  Semangat ! Semangat ! Semangat ! Caiyokkkk.....!!!

Itinerari kat Sydney-Melbourne hari tu berjaya jugak dilaksanakan hampir 90% dengan sedikit last minit ubahsuai...Biasa lah tu, nasib baik travel dgn keluarga sendiri kan, tak lah menyusahkan orang lain.

Sepanjang di Sydney, hujan je...namun kami redah jugak, sebab takkan nak duduk terperuk jer kat hotel. Alhamdulillah, CK tak demam walaupun sentiasa meredah hujan sepanjang di Sydney.

Cuaca di Melbourne pulak, Alhamdulillah cantik jer cuma hari terakhir di Melbourne, masa kami ke Great Ocean Road, cuaca mendung diikuti gerimis dan sangat sejuk.

Begitulah...kita merancang hanya Allah yang menetukan. 

Ni, i tempek sikit gambar gambar sepanjang cuti kat sana...sebelum story panjang lebar nanti ek !

Paddy market, Sydney..

Darling Harbour, Sydney


CK baru bangun tidur...ceria aje di Opera Sydney House

Choo...choooo.... steam train, Puffing Billy at Belgrave, Melbourne.

Tuesday, November 5, 2013

Persediaan Ke Sydney-Melbourne

Assalamualaikum..

Sekarang ni I dah mula bercuti memandangkan cuti semester telah bermula. I akan bercuti selama 3 minggu. Best memang best...tapi yang tak bestnya, 2 minggu pertama jadi suri rumah sepenuh masa sebab en. hubby sibuk dengan science camp. Minggu ke 3 cuti barulah kami akan bercuti ke Sydney dan Melbourne, Insyaallah..



Setakat ni yang dah prepare ialah

1. Tempahan hotel

Sydney: Metro Hotel on The Pitt. 

Booking melalui booking.com. Jarak 300m dari paddy market, dekat dgn sydney tower, dekat dengan bus stop free shuttle utk ke Circular Quay, dekat dgn Darling harbour (walking distance jugak).
Permohonan utk stay at Malaysian Hall Sydney tidak berjaya sebab tiada kekosongan pada tarikh yg kami nak.

Melbourne: Malaysian Hall
Mula memohon pada hujung Mei yang lalu. Dalam 24 jam, dapat reply dari penyelia asrama bagi 
tau yang rate baru mulai Jun 2013, so dia minta I hantar borang permohonan yang baru. 2 hari           selepas tu dapat reply Permohonan diluluskan ... yeay.....jimat duit, Alhamdulillah !!


2. Tiket kapal terbang Sydney-Melbourne
Tunggu punya tunggu nak beli tiket, akhirnya kami beli tiket Qantas airline, dgn harga $79 seorang. Ok lah..sebab dah siap dgn luggage 23 kg tuuu..(Thank to JariManis sebab ajar akak camner nak beli tiket ni)


3. Visa
Kami apply visa ETA melalui Poto Travel. Bayaran rm 20 satu visa dan rm 10 untuk service diaorang. Kiranya sorang rm30. Senang....


4. Booking tour

Sydney: Booking tour ke Blue mountain melalui activitytour australia $99/pax adult, $85/pax child. Oklah sebab pick up dia adalah di depan hotel kami.
Melbourne: Dah booking en. hamzah, org Msia yg buat private tour di melben. untuk airport transfer, Great Ocean Road dan Philiph Island dgn harga $700. Agak mahal jugak nih...pejam mata aje ehhh !!


Tour yang lain, kami naik public transport jer...punyalah hari hari study map sydney ngan melben, sampaikan dah terbayang bayang dah kat sana....Ahakkksss...Melampau tau !!!!



Oleh sebab kami bawa CK, kena fikirkan tempat yang CK seronok pergi. So I survey farm for children, dan alhamdulillah ada satu farm yang sesuai utk kids , berdekatan dengan melben city...


Hubby kata kalau trip ni berjaya , bolehlah plan untuk backpack ke europe pulak. Hamboiiii.....mana nak korek duit tuuuu....??? (Terbayang bayang blog cik anne yg tengah story london-europe hehehe..)



Friday, November 1, 2013

Guangzhou, China : Part 2

Aktiviti hari ke 2 dimulakan dengan lawatan ke Onelink Plaza. I memang excited nak ke sini sebab nak mencari doll house untuk CK. 


Onelink plaza ni ialah bangunan 7 tingkat yang menjual permainan, barangan perhiasan rumah, alat tulis, cenderamata, fridge magnet  dan macam macam lagi. Kalau korang pernah pergi ke GM Klang, haaaa...macam tu lah tempatnya. Persekitarannya bersih , beraircond dan orang pun taklah ramai sangat.  Harganya murah dan masih boleh tawar menawar lagi walaupun taklah banyak sangat diskaunnya. Pembeli kan gumbira bila diberi diskaun oleh penjual, tak dapat banyak diskaun, sikit pun jadilah..

Banyak betul barangan perhiasan rumah kat sini. Tapi oleh sebab tujuan I dan kak Rohani nak cari doll house, so kami survey dulu doll house je. Selepas habis pusing kesemua 7 tingkat Onelink plaza ni, kami dah tau dah kedai yang jual doll house tu. Kami beli di kedai toys tingkat 5 , betul betul sebelah kiri dari eskalator. Sorry gambar tak ambik pulak. Kedai tu memang jual semua aksesori doll house...memang geram tengok.


Lot lot kedai dalam Onelink Plaza..Gambar dari yahoo..

Gambar dar yahoo..

Antara toys yang ada...Gambar dari yahoo..
Akibat leka memilih doll house dan aksesori comel comel untuk doll house, I langsung tak ingat nak ambil gambar...hurmmm !! Maka..tiadalah gambar kat kedai tuuu..

2 jam kat sini tak terasa...disebabkan terlalu leka memilih barang, FM dan piring hiasan pun tak sempat dibeli. Teruk betul  !! Kedai jual FM dan piring hiasan tu terletak kat ground floor, cuma kedainya terletak di bahagian belakang dari pintu main entrance..


Selepas selesai di Onelink plaza, kami ke restoran Abdullah,sorry tak tau terletak di jalan apa. Kedai muslim ni menyediakan hidangan tengahari yang sedap. Cuba tengok ikan kat gambar tu...rasanya macam masak sweet sour, tengok ikan yang telah di decorate begitu rupa. Kreatif betul chef dia..


Nampak tak isi ikan ? Nampak tak kepala ikan dan ekor ikan ???


Di depan restoran Abdullah.

Buah buah segar yang dijual oleh penjual di tepi jalan..


Selepas selesai lunch, kami ke Masjid Makam Saad Bin Abi Waqqas pula.  Jauh jugak nak menapak ke tempat solat sebab masjid ni dikelilingi oleh taman dengan pokok pokok hijau.


Ni lah ahli rombongan Cik Yati...13 orang pensyarah + 2 kanak kanak.
Kami bergambar di pintu gerbang ke masjid makam saad bin abi waqqas.
Lorong lurus di belakang tu ialah laluan ke tempat solat

Dewan sembahyang untuk lelaki




Selesai solat, kami menziarahi makam Saad bin Abi Waqqas, sahabat Rasullullah s.a.w yg mengembara sehingga ke negara China. Masa kami sampai di makam tu, ramai cina muslim sedang menziarahi makam tu. Mereka berzikir dengan suara yg kuat sambil orang perempuannya memegang colok. Melihat kami terjenguk jenguk, salah sorang makcik ni telah menghulurkan colok kepada kami. Kami terus geleng kepala tanda tak nak. Makcik tu pulak buat muka heran pada kami seolah olah..."Nape diorang tak nak ambik colok ni". Itulah budaya kaum cina yang diamalkan oleh cina muslim di sini kot..


Lorong ni pula menuju ke makam saad bin abi waqqas. Kiri kanan lorong ni ialah kubur kubur.

Pintu kecil tu tempat masuk ke makam saad bin abi waqqas..Ramai orang cina muslim sedang menziarahi makam ni. Di dalam ruang di sebalik pintu tu, dipenuhi oleh lelaki muslim yang sedang berzikir dengan suara yang kuat..


Makcik ni meng offer colok kepada kami. Bila kami tak nak ambil, dia buat muka pelik pandang kami....



Budaya kaum cina diamalkan..Mereka memegang colok sambil berzikir di sisi makam


Ruang rehat...di sebelah kiri tu terletaknya tempat solat perempuan..

Hensem boy, Anfaal sedang mengepam air dari perigi untuk diminum







Ni pula ialah maqam orang orang islam yang sama sama datang dari
tanah arab bersama sahabat Nabi, Saad bin Abi Wqqas








Selesai solat, kami ke Zhan Xi lu pula... sini merupakan tempat jualan pakaian leaki, perempuan dan kanak kanak. Tempat ni di penuhi dengan shopping complex, di luar bangunan iaitu di kiri kanan jalan dah macam keadaan kat petaling street pun ada. Kebetulan masa kami pergi tu ialah petang sabtu, maka teramat ramai lah local people di kawasan ini..
Frust jugak di sini, sebab ingatkan banyak lah baju kanak kanak...hampehhh !! Rasanya ada tempat lain yg lagi best kot untuk shopping baju kanak kanak !


Suasana sesak di Zhan Xi Lu..


Motor roda 3 ni merupakan salah satu public transport tau...Hanya 2 penumpang boleh dibawa pada satu masa..

Etnik islam Uigur...sedang membakar sate kambang. Satu cucuk 3 yuan. Sedappp jugak rasanya !!

Akhir sekali kami di bawa makan malam. Sorry tak de pulak ambik gambar. Tapi kami perlu berjalan kaki dari tempat diturunkan bas ke restoran tersebut. Agak mengerikan sedikit di situ kerana sangat ramai orang kulit hitam afrika lepak di situ. I langsung tak berani nak keluarkan kamera nak ambik gambar diaorang tu...
Muka keletihan sambil menunggu bas kami datang...Di belakang tu ialah restoran bukhara, hari ke 3 kami lunch di situ

Doll house untuk CK dan aksesorinya....


Doll house untuk anak kesayanganku....

Habislah aktiviti hari ke 2 di Guangzhou. Memang memenatkan tapi seronok sebab dapat beli doll house untuk CK. 

Esok hari ke 3, merupakan hari terakhir kami di Guanzhou...