MISS NUFFNANG

Thursday, November 28, 2013

Australia: Sydney Day 1. Meredah Hujan Di Tempat Orang

Kami sampai di Sydney, Australia jam 12.00 tengahari waktu Sydney, hari Sabtu 16 nov 2013. Urusan pemeriksaan kastam amat mendebarkan sebab kami bawa macam macam makanan, dan ubat CK sebab kebetulan dah seminggu CK batuk dan selsema tak baik baik serta jugak stok rokok hubby. I declare semua yang dibawa. Nasiblah kalau kena punggah beg. Hubby suruh I baca ayat kursi banyak banyak bagi lembut hati pegawai tu...hahaha..dia cuak sebab bawa 6 kotak rokok. Pegawai kastam tu tanya jugak apa ubat yang dibawa untuk CK, dan berapa kotak rokok sebab seorang limit hanya 50 batang rokok jer. Yang penting kena jujur, declare je apa yang kita bawa. Alhamdulillah...beg kami kena scan aje dan lepas. Hah !!! Lega....


Laluan ke train station..



Kagum jap sebab train 2 tingkat..



Kami terus menuju ke airport train station, tak lah jauh berjalan, masih di dalam  airport jugak. Beli tiket train dari international airport menuju ke Museum station, tiketnya termasuk kena bayar gate fees sebab naik dari airport, kami kena bayar tiket AUD 16.70 / per adult dan AUD 12/ per child (sorry x ingat angka yg tepat). Tak per lah...sebab tak jauh sangat menapak dari Museum station ke hotel kami.


Kami menginap di Metro Hotel on Pitt, lebih kurang 400m dari Museum station. Keluar dari Museum station, kami berjalan santai sambil membawa 2 beg dan menolak stroller melalui tepi Hyde park. Kemudian melintas jalan ke Bathurst street, dalam 2 blok banguan, pastu nampak Pitt street terus  belok ke kiri. Dah sampai ke hotel...Lega kami boleh terus masuk bilik walaupun masa tu baru jam 1.15 tengahari.


Selepas mandi dan minum air sambil makan maggi mi, takkan nak lepak kat bilik hotel. Apa kelazz datang jauh jauh kannn ? Maka kami pun terus keluar ke destinasi pertama iaitu paddy market. Paddy market terletak 800m dari hotel, dalam 20 min berjalan kaki. Masa tu hujan renyai renyai... waduhhh..terpaksa gak redah jer hujan. Cuaca agak sejuk masa tu..


Masa tu kami bajet, ni first n last ke paddy market sebab mungkin tak sempat untuk datang lagi. Maka kami belilah segala souvenirs yg mampu...Akhirnya beg hubby dah penuh dah. Hajat hati dari Paddy market tu, kami nak menapak ke Darling harbour terpaksa dibatalkan sebab beg dah penuh dan CK pun dah tertidur kat atas stroller.



Gila wooo tengok semua souvenirs comel comel ni...



CK dah terlena di depan Paddy's market....Inilah sebab utama nape kami kena bawa stroller bila gi berjalan cam ni.
CK kalau dah mengantuk, dia akan terus tidur ...tak kira kat mane pun !!!



Di dalam bangunan ni letaknya paddy market.
Pintu berwarna hijau tu ialah pintu masuk ke kedai kedai souvenir

Sampai hotel, buat air panas sambil makan biskut, sambil tunggu CK bangun tidur. Mujur jam 5 ptg CK dah terbangun. Apa lagi, kami terus keluar hotel dan menapak ke Darling harbour pulak. Dalam 1 km jugak jaraknya dari hotel. Dalam hujan renyai renyai tu...tabah aje lah hati berjalan sambil menolak stroller menuruni kawasan sedikit berbukit.

Meriah betul kawasan Darling harbour ni. Orang punya ramai ...Selain nak tengok tengok kawasan yg femes ni, hubby nak cari t-shirt HRC. Dari visitor info.centre dah nampak harbourside shopping mall, dan pemandangan kapal kapal layar...





Unik kereta ni....boleh bawak sekampung pi jalan jalan ronda Sydney



Ada pulak taman air cam ni kat Darling harbour. Apa lagi.....berlarian lah CK !




Ahakkksss.....cak !!









Nampak tak awan mendung tu ?? 



Yang mana satu kapal kita ye CK ?




Gaya mahal ....





Harbourside mall...




Bebudak ni ada party atas kapal...sekarang ni memang dah dekat dekat cuti sekolah di sana.



Burung ni banyak betul berkeliaran ...









Kebab ni beli di foodcourt dalam harbourside mall. Besar kebab tu memang kenyang makan. Set combo camni  AUD$ 13, aiskrim tu AUD$7














Mengepit kangaru dan koala yg baru dibeli di paddy's market




Rupa-rupanya ada pertunjukan bunga api jam 9 malam. Masa tu baru jam 6 petang, kami plan nak tunggulah bunga api tu. Dari harbourside mall, kami berjalan kaki di atas jambatan kayu ke arah kawasan yg menempatkan Madame Tussaud, Sealife dan Sydney Zoo. Sebaik sampai je di seberang sana, hujan turun dengan lebatnya. Nasib baik dapat berteduh. 






Hujan turun mencurah curah..di Darling harbour..




Berteduh di kaki lima Sydney zoo. Hujan masih lebat turun. Tengoklah muka CK yang keboringan..











Bunga api dalam hujan...

Tunggu punya tunggu, dapatlah tengok bunga api tu dalam hujan renyai-renyai. Sebaik habis, kami terus menapak balik ke hotel. Masa tu lah, sekali lagi hujan turun dengan lebatnya. Waaa...payung hanya ada satu saja. Hanya mengharapkan teduhan di kaki lima bangunan. Masa tu jugaklah tersalah jalan sebab jalan main ikut jer crowd...waaaa memang rasa nak nangis dah masa tu. Peta kat tangan dah nak hacur dah sebab basah kena air hujan. Tak boleh jadik ni...maka hubby suruh I gi survey jalan yg betul nak ke Pitt street sementara dia dan CK berteduh di tepi Queen Victoria Building. Selepas I confirm dengan jalan yg betul nak balik ke hotel, I terus dukung CK sambil hubby tolak stroller dengan lajunya. Mak aiii...dukung CK yg dah 20 kg beratnya, memang sakit aaaa pinggang. 




Jam 10 malam kami sampai kat hotel dalam keadaan basah kuyup dari hujung rambut sampai hujung kaki. Pening gak memikirkan kalau kasut dan stroller masih tak kering utk esok hari. Kalau baju stokin semua tu, tak de masalah sebab memang ada spare yang lain dalam beg...


Tu lah cabaran hari pertama di Sydney. Rupa-rupanya memang minggu tu hujan lebat sampai ada banjir kilat di sydney. Dalam berita kat tv pun dinyatakan the wettest sydney in 16 years...Alahaiiii...





17 comments:

  1. ya Allah puas lieya tgk pic akak semua...cantik2 gambar...dpt rase pengalaman akak kat sane...rupenye kat sane pun dah mcm kat malaysia skrang kan kak...ye laa skrang kan sesetengah tempat kat sini musim tengkujuh...sikit2 ujan...rupenye kat sane pun same yeak....mmg mencabar gak kene meredah hujan...kite ni takpe la, takut ck laaaa...takut demam jek....

    comel betul ck dok kepit kangaro ngan koala tu kak....heheeh...lieya tak sabar nak tgk pic ck ngan kangaroo n koala nie...berani tak die pegang...ade sorang kawan lieya ni baru balik dari ausie...sonok tgk pic die...tp sayang anak2 die takut ngan kanggaroo...so tak byk pic anak die ngan kangaro heheeheh.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang frust lieya...sebab bajet musim spring nak masuk summer dah. Nak buat camner hujan pulak. CK memang suka betul bila dapat main dgn kangaru, tapi itu kat Melbourne lah, kat Sydney kami tak jumpa kangaru.

      Delete
  2. bestnye.....kangaroo tu comel lah

    ReplyDelete
  3. sabar je la travel masa hujan...kami aritu ke sana, hujan juga kadang2...tp pikir bukan selalu dtg, redah ajee...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa bertabah DJ sebab bukan boleh pergi selalu ....

      Delete
  4. Hmmm..hujan mmg x dpt nk dielakkan.. mmg rada sngt frust tp what to do? Hu..hu... kesian CK x sihat tp nmpk gmbr seronok ja main2..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang frust Farikica..CK tu walaupun dalam keadaan batuk dan selsema, dia tetap aktif berlarian..

      Delete
  5. JM respect lah akak jln kaki je ke Paddy's Market dan Darling Harbour tu ke hotel...TAPI sayang coz cuaca tak cantik..pastu lak time tu CK lah tak berapa sihat kan..then kena mandi hujan lak...sian dia..kalau JM akan frust kalau travel time hujan ni...tapi kalau tgk musim spring (sept-nov)...kalau camtu tu tak sesuai pegi bulan Nov...bulan sept langit biru sgtt...ada masa sambung lagi ehh citer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari hotel akak ke stesen bas George st. sama jauh dgn jarak dari hotel ke bus stop kat Chinatown, tu yang kami jalan kaki je. Kami memang berdoa janganlah CK demam sebab dah kena hujan. Syukur sampai balik KL , CK tak demam langsung...
      Betul tu JM , kami memang bajet time spring nak ke summer, sepatutnya cuaca cantik lah...tapi rupa rupanya tidak. Untung aaaa kenkawan yg pergi bulan september oktober sebab panas terik tapi suhu dingin jer...

      Delete
  6. Kaki jalan tegar memang tak kisah dengan hujan kan, janji dapat jalan... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul en. mie, hujan pun hujan lah, jalan tetap jalan..

      Delete
  7. salam kenal rozita….follow u sambil2 menumpang rezeki org melancong seluruh dunia. harap sudi berkawan

    ReplyDelete
  8. bestnys..syok tengok pic tu semua...aduhaiiii gaya mahal tu comeeeeel sangat...
    Ita, maaf saya baru dapt buka emel..dah emel almat..harap2 ada lagi ole2 tu dear..sorriii sangat2..

    ReplyDelete
  9. Salam perkenalan kak... bestnya baca blog akak keliling dunia hehehe. Bilalah nurul boleh jejak Australia hehehe. Train 2 tingkat tu sama dengan train di Paris dan kereta unik tu pula sama di Moscow.

    Gaya CK memang mahal sangat-sangat boleh jadi model ni hahaha.

    Tak sabar nak baca cerita seterusnya hehehe. Ooo kiranya kak kalau bawa makanan atau apa-apa just bgth jujur jelah yer. ingatkan diaorang akan rampas dan buang sebab member kena macam tu.

    ReplyDelete