Selepas selesai sarapan di hotel, kami memulakan misi pagi ni iaitu ke Kartika Sari dan juga ke Pasar Baru. Memula, kami menapak ke Kartika Sari cawangan jalan Kebunkaret, lebih kurang 200m dari hotel.
Pekerja hotel dah nasihatkan kami beli pada awal pagi sebab semua kek tu freshly from the ovens..
Di Kartika Sari, uiii rambang bijik mata..dan jugak anak tekak tengok semua kek comei ni.. |
Bagelen ni sedap tauu..Kami beli yang rasa mocha.. |
Brownies ni memang wajib beli kat Kartika Sari |
Dah habis borong semua yang berkenan di mata dan di tekak, kami menapak balik semula ke hotel untuk letak hasil rembatan di bilik hotel dulu. Masa tu baru jam 8.30 pagi. Heeee...masih sempat nak ke Pasar Baru pulak. Tujuan ke Pasar Baru ialah nak cari muslimah swimming attire untuk CK dan jugak nak beli luggage besar...
Kami beli luggage warna purple tu dengan harga 150 ribu rupiah.. |
Skirt labuh 100 ribu rupiah sepasang (~rm 27). Ahkak borong sampai 3 pasang |
Muslimah swimming attire untuk CK..100 ribu rupiah (~rm27) sepasang |
CK kusyuk menikmati cupcakes dari Kartika Sari |
Pasar Baru terletak dalam 500m dari hotel Guntur. Cuma kami kena menggunakan jejantas untuk menyeberangi rel rel keretapi yang banyak ke stesen keretapi Bandung. Dari jejantas, berjalan terus dan melintasi jalan kecil, dah sampai ke Pasar Baru. Masa tu kebanyakan kedai di Pasar Baru, baru dibuka... maklumlah baru jam 9 pagi.
Kami menggunakan jejantas untuk melintasi rel-rel di stesen keretapi Bandung |
Selepas beli apa yang diperlukan, kami balik ke hotel semula. Cepat cepat kemaskan barangan yang baru dibeli dan masukkan ke dalam luggage yang baru. Maka...dah beranaklah beg kami tu...dari 1 luggage sekarang dah jadi 2 luggage. Nanti malam kat Neo Mangga Dua hotel, nak beli tambahan luggage dari airasia. Konon 30 kg aje dah cukup....rasanya kena beli lagi 20 kg ni !!!
Naik train Argo prahyangan dengan tiket harga 90 ribu rupiah seorang. Train ni memang ulang alik Jakarta --> Bandung dengan banyak pilihan waktu perjalanan. Kami sampai di stesen keretapi Gambir dalam jam 3.30 petang. Terus ambik teksi bluebird. Kali ni, kami mintak driver teksi bawa ke Hard Rock cafe Jakarta yang terletak di jalan Jend Sudirman dahulu. Pastu baru hantar kami ke Hotel Neo Mangga Dua yang terletak di Mangga Dua square. Kami berada hampir 2 jam dalam teksi tu dek kerana macet di Jakarta terutama di jalan Jend. Sudirman tu. Tapi oleh kerana naik teksi bluebird, bayar ikut meter so, kami kena 142 ribu rupiah je. Sebenarnya masa tu, banjir kali kedua melanda Jakarta. Kami memang risau, sampaikan I sempatlah call hotel tu dari Bandung bertanyanya pasal banjir ni. Nasib baik pihak hotel kata, banjir tu di tempat lain hehehe....
Tugu MONAS..hanya melihat dari jauh je.. |
Tugu jend.Sudirman....Jalan dah mula macet nih... |
Hotel Neo Mangga Dua....biliknya luas. Bilik hotel ni semalam berharga 505,785 rupiah (~rm138) |
View pada waktu malam di hadapan hotel |
Kami keluar makan di Mangga Dua square je....tak larat dah nak berjalan sebab esok ada aktiviti menarik esok ...iaitu hari terakhir di Jakarta.
Tinggal 1 lagi entri terakhir untuk Tanah Jawa Trip ni.. bak kata orang dulu dulu, berzaman nak siapkan !!
#hati tengah berbunga bunga for the next trip...