MISS NUFFNANG

Friday, June 17, 2011

Ke Kuala Lipis

Pernah pergi ke Kuala Lipis? Ala..kampung ct nurhaliza. Tempatnye cantik dan banyak bangunan berciri colonial..ye lah..tempat penjajah British bertapak dolu dolu tu..

I berpeluang gi kuala lipis ari tu sebab ikut hubby outstation kat sini. Kami stay kat hotel Lipis Plaza. Sebenarnya, kami bertolak dari rumah dah lewat petang..lebih kurang jam 6 petang..so dah siap-siap beli nasik lemak untuk dinner. Tak cadang nak berhenti makan kat Karak Highway tu yg ade stesyen petronas n restoren serai ( lebih kurang cam tu la nama dia..) sebab pada tekak kami..food kat situ rasenye ada kurang sikit tapi reganye ada lebih sikit..Lagi pun, tentulah dah malam masa nak berhenti tu...i ni fobia sikit ..takut ade benda mengikut..haru biru nanti.

So, lepas hubby isi minyak kat petronas tu, kami pun lepak dalam kereta sambil makan nasi lemak...ehh..sedap pulak rasa nasik lemak yang dibeli tu...agaknye sebab dah lapar sangat..hihihi...

Kami sampai kat hotel Lipis tu dah hampir 10.30 malam...CK pun dah lama lena kat tilam comei dia.Yelah..boring..selepas Raub..kiri kanan jalan tu gelap gelita je..

CK bukak mata sebaik je diletakkan atas tilam..agaknye terasa tilam tu lebih empuk kot.
Kan i dah cakap, kami selalu ikut hubby outstation..kekadang memang sampai kat hotel tengah malam..So , i memang dah mintak pendapat ustazah pasal petua yg boleh diamalkan. Setiap kali sebelum i ngan CK masuk ke mana mana bilik hotel, hubby akan masuk dulu, ambik air paip letak dalam gelas, pastu baca ayat Kursi ke dalam air tu, pastu, renjis air tu ikut lawan jam ke sekeliling bilik hotel tu...InsyaAllah, segala penunggu kat dalam bilik tu keluar. Alhamdulillah, so far, CK tak pernah meragam walau tidur kat hotel mana pun...

CK sebelum mandi dan turun breakfast..
Bilik hotel ni mengadap tasik buatan dan hutan rekreasi..Bila CK nampak je air tu, mulalah dia merengek nak mandi ...aduhh..jenuh nak memujuk CK.

CK selepas mandi dan breakfast...tengah "membaca buku"
So, selepas breakfast kat bawah, i bawa CK berjalan keliling tasik tu, i tunjukkan tasik tu penuh ngan ikan dan dedaun kering. I told CK, takkan lah CK nak mandi ngan ikan ikan tu..cian ikan. So, CK pun asyik ulang ayat i, ni tempat ikan mandi, CK tak boleh mandi...(cian anak i dah berlaku misconception ni..huhuhu..)


Tengah hari tu, hubby abis keje, kami pun check out. I told hubby i nak ambik gambar kat SMK Clifford sekolah CT tu ..jadi kami pun ronda ronda pekan lipis cari colonial building untuk bergambar.





Kami jumpa bangunan kerajaan yang berbentuk colonial lah..dekat ngan SMK Clifford tu..

Lepas abis bergambar, kami gi ke sekolah tu..tapi tak nampak pun signboardnye yang menunjukkan sekolah tu dah berusia berapa tahun dan sebagainye...Keciwa i...pastu tu malas nak ambik gambar..terus balik je.
Kalau tengok kat brosure tourism kuala lipis ni, banyak lagi tempat menariknye..tapi takpelah..kali kali lah i pegi...


No comments:

Post a Comment