MISS NUFFNANG

Friday, August 26, 2011

Balik Kampungggg....

Salam..


Akhirnya tibalah hari yang dinantikan. I, hubby and our little princes, CK akan balik ke kampung i. Kami akan stay di sana sampai hari Isnin iaitu sehari sebelum raya, then bertolak ke kampung hubby plak untuk menyambut raya. Sebenarnya, tahun ni giliran beraya di kampung hubby. Setiap tahun, kami tak pernah bergaduh pasal giliran beraya sebab dari awal perkahwinan lagi memang dah ikut giliran tu. Pada petang hari raya kedua, kami akan balik ke kampung i semula untuk menghabiskan cuti dan beraya sakan plak dengan my family.



Jarak antara kampung i dengan kampung hubby lebih kurang 3 hours journey...hihihi...tak la jauh sangat. Jangan plak ada yang gambarkan kampung kami seperti kampung tradisional...lengkap ngan sawah padi bagai....Kedua dua kampung kami terletak di kawasan rumah teres !!!! Hihihi....Tapi kami akan  tetap balik ke kampung yang real punya kampung iaitu rumah atuk hubby yang masih dikelilingi oleh dusun buahan dan pokok getah...(berapa banyak punye kampung daaa...) selepas solat sunat aidilfitri..

Salam aidilfitri dari i, hubby and CK kepada kenkawan lama, kenkawan sekerja, cikgu CK dan kenalan baru di alam cyber. Alhamdulillah, blog ni telah mengeratkan hubungan lama dan menjalin silaturrahim baru. 

Maaf zahir dan batin

Thursday, August 25, 2011

Busy Sikit...

Salam

Semalam hari busy i...Bukan busy mengemas rumah tapi busy kat luar rumah.

Jam 11.30pagi  i dah keluar rumah dengan CK.

First, tuju ke MPSepang sebab hubby lupa yang cukai pintu rumah belum bayar lagi. Melilau i drive ke tempat yang diberitahu jiran, tak jumpa tempat tu, akhirnye i redah je ke Bandar Baru Salak Tinggi, jumpa pon kiosk dia. Settle dah first task.

Second, i terus ke Nilai 3 sebab nak cari bunga hiasan meja makan dan juga set cadar gambar princes untuk katil CK ( hihihi...sebenarnye baru 2 hari beli katil queen size untuk bilik CK..). Ramai nye orang kat Nilai 3, tapi masih boleh bergerak, dan CK mengekor jer kat belakang i. I dapat cari bunga yang i berkenan. Lepas tu melilau plak dengan kereta cari kedai yg jual cadar yang i berkenan. Akhirnye dapat jugak...siap cadar dengan comforter lagi...CK pon suka sangat cadar princes tu ( sebenar nye mama dia yang lebih lebih...). Mase ni Ck dah kepenatan dah. Masuk kereta, habis Ck minum air kosong. Settle second task.

Third, i drive ke Giant Nilai pulak. Bagi masa kat CK untuk main kat playground situ lebih kurang setengah jam, sampai dia penat. Pastu masuk ke Giant untuk shopping sikit barang dapur. Settle third task.

Fourth, i ke kedai dobi berdekatan rumah i. Nak ambik baju dan seluar kerja hubby yang dihantar gosok. ( hubby memang antar baju dan seluar untuk gosok di kedai dobi sebab dia kesian kat i....hihihi..). Masa ni hujan agak lebat, tapi i redah jer ambik pakaian hubby tu. Settle fourth task.

Lastly, ke kedai jahitan untuk ambik baju raya i. Kat sini i ada geram sikit. Semalamnye ber iya iya kakak tailor tu janji baju i boleh siap, tapi bila i nak ambik, dia boleh buat lawak, siap kan baju orang lain dulu. Masa tu dah jam 3 petang. I kata takpe, nanti husband saya balik jam 5 boleh tak dia datang ambik. Kakak tu ngan confidentnye kata, boleh. Tapi petang tu bila hubby nak ambik baju i, still tak siap lagi. Kaka tu janji, malam pulak. I dah nekad dah, pasni, i tak mungkin hantar tempahan baju kat kakak tu...serikkkk. Akhirnye baju i siap jam 9 malam. Huhh...janji tinggal janji...cukup la sekali ni.


Wednesday, August 24, 2011

Memanjakan Diri Di Spa

Salam


I pasti semua orang tengah sibuk sesangat la dengan persiapan raya kannn..Paling sedikit pon ialah mengemas rumah, buang sawang dan habuk, basuh langsir untuk dipasang semula, buat biskut raya dan macam macam lagi la. I pon macam tu laaa tapi tak la ber iya sangat sebab CK yang tengah lasak tu, kat sini kita kemas, kat sana dia sepahkan.



Cuma, sebab i dah mula cuti (kolej i cuti mulai 20 Ogos sampai 4 September) maka i berpeluang la pergi memanjakan diri di spa (walau pun mungkin tak la best sangat macam kat Bali tu...hihihi..). I pegi ke Banting, sebab dekat dgn  nurseri CK so, boleh hantar CK ke situ  sambil i relax relax.


Kali ni dah kali ke 3 i datang ke tempat ni. First time, gunting rambut, second time, buat rawatan rambut dengan inai (i ade masalah rambut gugur) dan third time, buat facial dan urutan badan. Tempat ni agak Islamik sikit sebab hanya untuk wanita muslimah sahaja. Pastu, irama background ialah alunan zikir dan nasyid. Kiranye sambil leka difacial muka dan diurut, dalam hati kita akan turut sama mengalunkan zikir yang merdu tuuu..I likeeee...

I dah cuba khidmat gunting rambut. I dah cuba rawatan
 rambut inai. Kedua dua nye memuaskan hati.



Bab mandi mandi ni i belum cuba lagi...

I buat facial vitamin C. Harga agak mahal berbanding tempat lain yang i pernah pegi. Tapi
i dapati vitamin C yang digunakan sangat banyak....ooo sebab tu kot harga dia lebih mahal... 

Sesi facial + urut ni ambik masa 2 jam. Rasa selesa sikit selepas facial. Cuma yang tak sedapnye...bila i sampai kat kereta, dah ade surat saman majlis daerah kuala langat kat kereta i sebab bayaran parking tak cukup...Huhuhu....kena bayar kompoun RM 10 sebab terkurang tiket parking 40 sen...



Tuesday, August 23, 2011

Simbah Asid Ke Muka Orang

Salam..

Tentu ada yang dah tahu tentang isu ini. Paling baru, di jalan Raja Laut, KL seorang pemuda disimbah asid semasa tengah tunggu kawan dia di luar tandas. Paling buat i takut, baru beberapa hari sebelum kes tu, i ada kat tempat yang sama menunggu hubby ke Sogo.  Ya Allah...kalau la kes ni jadi kat i, tak tau nak bayangkan cam ne...Dah la muka jadi cacat, silap silap haribulan, mata buta, telinga jadi pekak dan pelbagai lagi akibat buruk. Mangsa jadi sengsara akibat perbuatan orang sakit mental ni..


Tengok la muka pemuda ni, dari hensem terus menjadi cacat
 angkara perbuatan orang sakit mental



Ikut laporan Kosmo 20 Ogos ni, orang yang bertanggungjawab menyimbah asid tu telah ditahan. Tapi tak tau la orang yang betul buat atau sekadar orang yang disyaki. Apa hak kita sebagai orang awam kalau menjadi mangsa simbahan asid ???

Sebelum kes ni, dah banyak kes yang serupa berlaku kat Brickfields, KL. Mangsa selalu nye ialah perempuan. Sebelum tu pulak, kes yang sama berlaku kat Bangsar, berhampiran SK Bukit Bandaraya, mangsa nye ialah pelajar sekolah yang tengah tunggu bas nak balik rumah.So far rasa nye tak de lagi orang yang ditangkap.

 I jadi fobia betul la....Tapi kalau ikutkan rasa takut tu, tak keluar rumah la jawab nye kannn.. Apa la yang polis boleh buat untuk atasi masalah cam ni. Mungkin, boleh cadangkan undang undang untuk kawal penjualan asid kepada individu, pasang CCTV kat lokasi panas.

Bagi kita semua, kena lebih hati hati kepada mamat yang nampak mencurigakan...misalnya..tengok mamat yang tangan nye sentiasa dalam poket ke..., tangan mamat tu tengah pegang botol ke atau plastik berisi cecair ke...Semua tu kemungkinan yang boleh difikirkan. Semoga kita semua berhati hati...






Sunday, August 21, 2011

Jeli Dan Sos Kastard

Salam ramadhan...

Semalam, i buat dessert untuk juadah berbuka. Simple je....agar agar perisa strawberi dengan sos kastard.

I letak sebiji anggur di atas jeli tu...





Close up sikit....


Agar agar tu, i pakai yang ready mix punye jenama Nona, tinggal tambah air dan didihkan jer.
Sos kastard plak, i pakai resepi mak kawan i.
Sos kastard:
Susu cair 1 tin
Tepung kastard 1 sudu kecil
Esen vanila 1 sudu kecil
Koktel buah buahan (ikut suka berapa banyak nak letak)

Campuran susu cair, tepung kastard dan esen vanila sehingga sebati. Kalau nak lebih manis, boleh tambah gula.Panas kan sehingga susu mendidih. Masukkan buah buahan , kacau sebentar dan tutup api.
Tuangkan kedalam bekas yang berisi jeli tadi.Sejukkan dlam peti ais.


Jeli dan sos kastard ni sedap dimakan kalau sos tu sejuk dari peti ais.

Thursday, August 18, 2011

Berbuka @ Saba' Restaurant

Semalam cuti Nuzul Al Quran. I ngan officemates dan keluarga masing masing dah rancang nak berbuka makanan arab di Cyberjaya. Sebenarnye kami plan nak makan a la carte aje.. tapi rupa rupa nye untuk berbuka puasa, hanya ade buffet saje. Tak per la....kami teruskan aje rancangan tu.

Harga buffet tu RM40 per pax. Semua jenis makanan arab ade. Tapi yang tak tahan nye...bila tengok nama menu , boleh kata 90% makanan tu berasaskan lamb or chicken...Huhuhu...abis la diet i. Ade gak menu spagheti....ni menu arab murtad ni.


Di depan Saba' Restaurant, Cyberjaya

Mandy Chicken sedap, tapi yang warna putih tu kurang sedap rase cam kuih apam jer 

Grilled lamb sedappp, fried chicken pon sedapp...
CK and her nursery mate....apa lagi riuh la..dah jadi mini taska dah kat situ




Banyak nye lauk sampai tak nampak nasi. Nasi tu sedappp..

Tortilla with its sauce, salad, fruits...
Spagheti, kurma, dan kuih....Kuih tu sedapp..
Parents makan...., kids ambik gambar...
Hubby and my friends...


Dessert tu sedappp...ade 2 jenis, yang ni rase karamel dan satu lagi rase coklat



Muka muka ceria sebab dah kenyang....
 Alhamdulillah....kenyang dan CK pon tak banyak ragam walau pon terpaksa duduk kat dalam child seat tu lebih dari sejam.
 

Tuesday, August 16, 2011

Berbuka @ KFC

Bila i blogwalking kat rumah orang, ramai yg tayang menu iftar...Tapi i ..nak tayang menu berbuka kat luar. Bukan kat hotel atau restoren besar tau tapi kat fast food restaurant tauuu...


Ni dah kali ke 2 kami berbuka kat fast food restaurant. Alasannye kali ni?? I nak shopping barangan dapur kat Giant Nilai. Dah 2 kali weekends sejak puasa ni, kami berbuka kat rumah my emak dan MIL. So, terpaksalah weekday plak keluar shopping. Kali ni kami ke KFC plak.


Punye la ramai orang beratur kat kaunter tu...semua orang melayu tapi adelah terselit 2-3 orang non muslim. Sampaikan tempat duduk pon tak cukup.



CK tengah menikmati ais krim...



Ni i punyer...tapi roti tu roti manis la...tak kena ngan tekak i.

CK tengah menikmati nasi ayam KFC...sedap kot, separuh mangkuk tu dia habiskan.. 





Alhamdulillah.....kenyang. Pas makan, solat kat surau kat Giant tu. Then, shopping. Jam 9 malam dah sampai rumah semula..

Sunday, August 14, 2011

Selamba Jer Muka Tak Puasa..

Apa la nak jadi dengan budak budak muda skrang ni. Semalam, mase i dlm perjalanan ke Hospital KPJ Kajang untuk lawat anak sedara yang warded kat situ, i terserempak dengan satu van dgn 4 orang budak muda. Van tu macam diguna untuk berniaga kat pasar ramadhan sebab sarat dengan pelbagai barangan kat belakang.


Skali tu, i terpandang bebudak tu tengah mengunyah makanan. Siap senyum senyum kat i lagi. Muka tak malu betul...selamba jer muka diaorang. Pastu siap, tunggang kotak jus oren....bangga kot tayang depan orang lain. Ish..ish...ish...ape nak jadi la diaorang...


Saturday, August 13, 2011

Berbuka @ A&W

Semalam...tetiba rase jemu plak berbuka di rumah. Tambahan plak, kesian kat CK sebab dah 2 minggu tak bawak pegi ke playground. So, hubby decided gi berbuka kat fastfood kat Giant Nilai.



I bawak CK ke playground, hubby plak pegi beli food dan terus duduk kat situ. Lepas setengah jam CK main main, baru la i bawak CK ke A&W. Tak sangka plak, semua meja (dalam dan luar restoren) penuh dgn orang melayu. Hi hi hi....agaknye semua diaorang pon cam kami gak...sesekali nak berbuka kat luar.



Kami pilih berbuka kat fast food sebab makanan nye ringkas ( tak payah makan banyak banyak ) dan cepat jer boleh habis makan. Kalau gi berbuka kat restoren atau hotel, sure ambik masa lama (maklum la...makanan banyak...selagi larat, semua nak dimakan..). So, dalam 20 minit, kami dah siap makan. Terus jer balik ke rumah untuk solat maghrib.


Ni set nasi..rase cam nasi beriani jer...sedap.  Tapi sup nyer...masinnnn...
 Siap dengan sebiji kurma..


Milo ais dan A&W float yang mengancam tuuu...



Kami bawa siap siap sebotol air mineral...

CK dengan nugget nyer..


The milo ais, fries and jelly ice cream...




Yum yum yum yum...delicioso...
 Alhamdulillah.....kenyang !


Thursday, August 11, 2011

Coconut Jelly or Jeli Kelapa

Salam Ramadhan...

Semalam i sempat sediakan pencuci mulut....itu pun sebab nye hubby balik jam 6 petang tu bawak kuih-kuih dan air kelapa. Otak i terus pikir nak buat jeli kelapa (tengok blog hazila kat my small kitchen tu...cam senang jer nak buat).

Tapi i ubah suai dari resepi hazila (thanks ye hazila...)

Resepi Jeli Kelapa:
Agar agar biasa ( i pakai suku jer dari 1 paket agar-agar tu) 
Air kelapa muda 1 biji + isi kelapa
Gula secukup rasa

Cara:
Masak agar agar dan air kelapa muda atas api kecik
Bila agar agar dah larut, masukkan gula. Kacau dan biarkan sejuk.
Masukkan isi kelapa muda yg dah dipotong kecik kecik ke dalam bekas. Tuangkan agar agar yang dah dimasak tadi. Sejukkan dalam peti ais.

 Hasilnye dapat la 3 gelas jeli kelapa ni...

I tak de bekas cantik nak letak jeli ni, tu yang bubuh dalam short glass ni...




Close up sikit.....



Close up sikit lagi....
 Tapi i keciwa sikit sebab walaupun rase nye sedap tapi tekstur jeli tu agak keras sikit berbanding dengan jeli kelapa yang biasa i beli. Hubby kate, next time kurangkan lagi agar agar nye atau kene tambah air kelapa lagi kot? ...Mungkin la... Tapi CK suke betul, 1 gelas ni dia sorang je habiskan.



Wednesday, August 10, 2011

Biskut Raya Tak Sempat Raye...

Salam Ramadhan...

A lil bit busy lately becoz....biasa la cikgu ni...Kalau lepas musim exam, kena marking la pulak skrip jawapan students. So...dah beberapa hari tak dapat nak buat kuih untuk berbuka. Semua nye main tunjuk tunjuk je kat cafe tu...

Semalam i dah dapat biskut yang ditempah untuk raye ( baru separuh dari yang dah di order...hihihi...). Sebaik sampai kat rumah, CK pon ternampak la biskut biskut tu. Terus la dia nak makan. I pon bagi la 3 ketul biskut tu........Tak lame lepas tu..."Mama, nak lagi kek tu". I pon bagi lagi 3 ketul biskut. Pastu...CK mintak lagi...Ish..ish ish...mesti sedap betul ni...

So, lepas jer berbuka, i ngan hubby pon ngap la jugak biskut raye tu....ermmm..memang sedap pon. Patut la CK asyik ulang jer...Hah ! Ni la biskut raye tu ...








Biskut ni nama nye Tat Coklat..... So,.apa yang tinggal selepas, kami bertiga ngap ngap biskut ni...





Ni jer la yang tinggal...Rase nye memang tak sampai raye dah habis biskut ku...

Friday, August 5, 2011

Buah Melaka or Ondeh Ondeh

Bulan puasa ni banyak plak buat entri pasal makan makan yek ! Bukan sebab ape...Main dishes i beli aje sebab kat kolej i, cafe nye jual lauk murah murah (students' price) dan dah tentu sedap sebab biasa makan. Sebab tu, walau sampai rumah dah 5.30 ptg, i still sempat buat pencuci mulut...hihihi...husband pon pelik tengok i rajin buat kuih. Kan boleh beli jugak ?? Alaaa...saje la i nak tunjuk skill yang bini dia pon boleh gak masak walau kurenggg sedap. 

So, semalam i buah kuih yang paling senang nih...buah melaka @ ondeh ondeh. Dapat 2 piring...so satu piring i bagi kat jiran sebelah rumah.











Dan jiran i plak, sebaik jer hubby bagi kuih tu kat rumah sebelah...jiran tu balas balik dengan puding yang sedap dan cantik nii...





Hihihi...ni la yang dinamakan rezeki kannn.... Alhamdulillah.

First Solat Terawih With Si Kecik

Salam Ramadhan....

 I dah 2 tahun tak ke masjid atau surau mengerjakan solat tarawih berjemaah. Sebab nye?? Sebab ade sikecik CK ...rase kesian plak kat dia kalau nak dibiarkan terlentang menunggu i habis solat. Lain la kalau ade kakak atau abang nye yang menemankan ( kalau laa.....). So, menjak ade CK, i solat tarawih sendiri jer kat rumah.




I cakap ngan hubby, CK dah ok kot kalau bawak ke masjid atau surau. Jom kite try bawak dia untuk first night terawih ari tu. Kalau ok....esok boleh bawak lagi. Kalau CK buat perangai, jawab nye...tak bawak dah lain kali..



 Malam pertama solat tarawih tu, i ajak hubby gi ke Masjid KLIA. Masjid tu luas, so, sesuai untuk bawak CK. Tambahan plak, jemaah tidak la seramai masjid atau surau di taman-taman perumahan. I letakkan beg Barney CK yang dalamnye ade botol susu ngan bekas air kosong betul betul kat belakang i. So that, CK tau yang mane satu mama dia.




Mase i solat, CK buat hal sendiri , jalan jalan kat luar tempat solat perempuan, then tiba-tiba datang peluk i dari belakang mase i tengah solat. Tuuuu tanda nye Ck tau la yang mane satu mama ...




Mase i tengah rukuk' untuk solat isyak...skali tu i dengar suara halus CK..."wauuuuu...banyak nye....".
(CK refers to ramai nye orang yang bersolat...slalunye dia tengok mak dan pak die jer solat...hihihi...)



Mase tengah solat witir, agak nye CK dah boring sangat dah, mase i tengah sujud, CK naik atas belakang i macam kuda....hadoiii...seksa i ..


Anyway, overall, CK behave herself dan tak menjerit
(i dah ingatkan CK banyak kali supaya jangan jerit nanti policeman datang tangkap...hihihi).








Lain kali, boleh la bawak CK ke masjid lagi...


Wednesday, August 3, 2011

Apple Cinnamon Crepe

Semalam mase blogwalking, ternampak la apple cinnamon crepe recipe kat blog orang. Tetiba rase teringin la...cam sedap jer. I called hubby, mintak belikan apple ngan cinnamon powder. Mintak tolong hubby sebab tempat kerje dia dekat ngan Sogo.



Senang ajer buat tu, macam kita buat lempeng...cuma crepe ni lempeng orang putih kot...Cuma kite kene buat inti apple dan masukkan dalam lempeng tu.




Sedap....tu inti apple cinnamon  terkeluar dari crepe nye...

Resepi apple cinnamon crepe:

Untuk crepe: tepung, susu segar ( i guna susu kotak), sedikit garam, sedikit butter dan sebiji telur. Pastikan bancuhan cair dan tidak berketul. Boleh pakai blender untuk sebatikan bancuhan . I tak tuliskan kuantiti sebab main agak jer..

Tuangkan 3 sudu bancuhan tepung dalam kuali ( crepe pan kalau ade, atau kuali buat roti jala pun boleh, tapi i pakai kuali biasa jer...hihihi..), kalau boleh biar dalam bentuk bulat dan senipis yang mungkin. Terbalikkan lempeng tu bila warna dah kekuningan (masak).

Untuk inti: Kupas sebiji apple  dan potong dadu. Gaulkan dengan sesudu gula ( nak lebih pun boleh ). Cairkan butter di dalam periuk, dan masukkan apple tadi. Kacau kacau dan tambah satu sudu teh serbuk cinnamon.  Masak sampai apple tu lembut.

Masukkan inti ke dalam crepe, dan buat la cam mane pun asalkan inti tu terletak di dalam crepe tu. I gulung jer cam kuih ketayap.


Sedap sungguh apple cinnamon crepe ni...apple tu yang masam manis sedap dimakan bersama lempeng nye. Terima kasih hazila di my small kitchen.blog. I ubah suai resepi ni dari ur blog.



Tuesday, August 2, 2011

Musim Exam...

Musim exam datang lagi ke kolej i....Dah la tengah posa kannn...So muka students monyok aje, tak tau la monyok tak larat study atau monyok lapar...hihihi...

I plak....memang la kelas tak dijalankan macam biasa. Tapiiii...kena plak jadi pengawas peperiksaan...

Bab mengawas  periksa tu no hal...tapi bab menahan ngantuk tu yang i tak tahannn...Suasana dah la hening jer ( ce wah !!!) sebab students khusyuk jawab soalan, yang pengawas ni...kuyu jer mata, walau pun berjalan ke hulu ke hilir dalam dewan periksa tu...Tak pe la...SAYA YANG MENURUT PERINTAH..

Kepada semua students KMS, good luck ....