MISS NUFFNANG

Wednesday, August 24, 2011

Memanjakan Diri Di Spa

Salam


I pasti semua orang tengah sibuk sesangat la dengan persiapan raya kannn..Paling sedikit pon ialah mengemas rumah, buang sawang dan habuk, basuh langsir untuk dipasang semula, buat biskut raya dan macam macam lagi la. I pon macam tu laaa tapi tak la ber iya sangat sebab CK yang tengah lasak tu, kat sini kita kemas, kat sana dia sepahkan.



Cuma, sebab i dah mula cuti (kolej i cuti mulai 20 Ogos sampai 4 September) maka i berpeluang la pergi memanjakan diri di spa (walau pun mungkin tak la best sangat macam kat Bali tu...hihihi..). I pegi ke Banting, sebab dekat dgn  nurseri CK so, boleh hantar CK ke situ  sambil i relax relax.


Kali ni dah kali ke 3 i datang ke tempat ni. First time, gunting rambut, second time, buat rawatan rambut dengan inai (i ade masalah rambut gugur) dan third time, buat facial dan urutan badan. Tempat ni agak Islamik sikit sebab hanya untuk wanita muslimah sahaja. Pastu, irama background ialah alunan zikir dan nasyid. Kiranye sambil leka difacial muka dan diurut, dalam hati kita akan turut sama mengalunkan zikir yang merdu tuuu..I likeeee...

I dah cuba khidmat gunting rambut. I dah cuba rawatan
 rambut inai. Kedua dua nye memuaskan hati.



Bab mandi mandi ni i belum cuba lagi...

I buat facial vitamin C. Harga agak mahal berbanding tempat lain yang i pernah pegi. Tapi
i dapati vitamin C yang digunakan sangat banyak....ooo sebab tu kot harga dia lebih mahal... 

Sesi facial + urut ni ambik masa 2 jam. Rasa selesa sikit selepas facial. Cuma yang tak sedapnye...bila i sampai kat kereta, dah ade surat saman majlis daerah kuala langat kat kereta i sebab bayaran parking tak cukup...Huhuhu....kena bayar kompoun RM 10 sebab terkurang tiket parking 40 sen...



2 comments:

  1. salam sis..nak tnya.. enviroment spa tu mcm mane? ade pic x? ley share? tq..

    ReplyDelete
  2. Salam sis yg utk buang lemak ada x sis kat situ.

    ReplyDelete