Hari terakhir di Paris. Selepas sarapan pagi, kami semua
meletak beg di dalam bas.
Inilah semua peserta dan crew Kelana Convoy Highlight of Europe May 2014. Mat saleh yang depan sekali tu ialah driver kami sepanjang trip ni |
Bas menuju ke Charlles de Gaulle airport. Separuh dari peserta Kelana Convoy ini menamatkan percutian Europe trip ni dengan menaiki kapalterbang dari Paris terus ke Kuala Lumpur, Singapura dan Abu Dhabi, mengikut destinasi masing masing. Manakala yang lain, meneruskan perjalanan ke London semula.
Mereka yang memilih untuk balik melalui Charlles de Gaulle airport, Paris |
Kalau pada hari pertama ke Europe hari tu, kami dan bas
menaiki keretapi, kali ni kami dan bas naik feri pula merentasi Selat Inggeris. Perjalanan selama 3 jam dari
Paris ke Calais untuk menaiki feri terasa agak sepi sebab dah tak ramai di
dalam bas.
Kami naik P & O Ferries, syarikat sudah memulakan
perkhidmatan feri semenjak 175 tahun.
Besar betul feri ni. Penumpang turun dari bas sebaik bas parking di dalam feri,
dan naik ke tingkat 7, 8 dan 9. Siap ada duty
free shop. Segala macam benda ada dijual. I sempat beli shower gel
BodyShop..memang murah £2 dari kedai kedai di London.
Suasana selesa di kafe |
Dua beranak ni layan tengok kartun.. |
Deck terbuka. Hanya ambil gambar sahaja. Laut sedang bergelora...cuaca mendung. |
Kalau tak silap, perjalanan feri dalam 1jam setengah. Ombak
agak kuat dan laut bergelora..bila berjalan perlu berpaut pada pemegang di tepi
dinding kerana feri bergoyang goyang . Kami lebih banyak duduk sahaja sambil
menikmati kopi dan muffin yang ada dijual di kafe. Mujur kami tak muntah akibat
mabuk laut.
Apabila kami tiba di Dover, kami perlu melalui immigresen
untuk masuk ke London semula. Mujur lengang sahaja. Segala urusan berjalan
lancar dan kami naik semula ke dalam bas untuk menyambung perjalanan ke London.
Menurut Abu, ketua crew Kelana Convoy, jarak perjalanan yang
telah kami lalui bermula dari London dan tiba ke London semula ialah 2870 km
meliputi 9 hari perjalanan !! Memang satu trip yang sangat menarik, dan affordable. I congak congak …kalau ikut
travel agency, bagi trip yang macam ni, hampir rm10k seorang. Kalau kami
bertiga dah rm30k !!! Tapi dengan Kelana Convoy, tiga beranak ni hanya
melibatkan belanjakan rm17-18k. Sebab itu kami boleh stay lagi di London untuk
5 hari lagi…hehehe..
Akhirnya, jam 4 petang kami tiba di Queensbay. Semua peserta
turun disitu.
Sesi memunggah beg dari perut bas. ..di Queensbay. CK merenung beg-beg kami yg dalam bulatan merah tu. |
Abu tolong kami contact taxi driver yang beliau kenal untuk
menghantar kami ke Manor Appartment. Bayaran yang dikenakan ialah £30. Ok lah
tu sebab apartment tu terletak di kawasan luar kota London.
Alhamdulillah, jam 5 petang kami dah tiba di Manor apartment
. 2 pekerja sedang membersihkan apartment yang kami akan duduki. Memang
betullah..sebab menurut email yang I
bagi kat diaorang, kami akan sampai dalam jam 6 petang.
Inilah Manor Aprtmt yang kami duduk selama 5hari 4 malam. Di dalam bangunan ni, kalau tak salah ada 5 apartment di dalamnya yang lengkap dengan dapur. |
Habislah kisah percutian kami ke 5 negara di eropah bersama Kelana Convoy. Walaupun dah setahun berlalu, bila tengok gambar gambar semula, masih terasa keseronokan percutian ni.
Insyaallah, next entry ialah kisah cuti cuti kami di London pula..
kami dari London ke Amsterdam naik bas, dari Port Dover ke Port Calais tu macam lalu dalam tren
ReplyDeletetp xleh kuar bas, best pulak naik feri ni
macam macam pengalaman kan Irfa...Naik feri ni ok jugak tapi laut bergelora teruk sangat masa tu, akak tak berani jalanjalan..rasa macam nak tumbang je !
DeleteMmg seronok ke europe kan kak ieta.. saya pon suka tengok gmbr2 ke sana...pas tu berangan nak p lgi..he..he...
ReplyDeleteBetul farikica...akak pun rasa macam nak ulang lagi ke europe hehee...verangan jugak !!!
DeleteKak Ita..lama nye menyepi..almost 5 month...okey..nak sambung baca :-)
ReplyDeleteAmboiii...adik manis lepas dendam nampak !! Sampai 3 komen tewww....Banyak sangat halangan lah JM, tak dapat langsung nak memblog. Tapi sesekali akak singgah gak kat blog JM tau ...
Deletewooww witt..mat saleh driver tu pose maut heee
ReplyDeleteHeee...duda anak dua tuuu..
Deletefuhh..dahsyat kat..kalau di msia...mana nk jumpa BAS naik keretapi dan Feri...biasa tgk kereta je naik Feri..ishhh....bila lah nak rasai pengalaman tu
ReplyDeleteSatu hari nanti JM pulak rasa pengalaman cam tu...caiyyokkk JM boleh !!!
DeleteJM x boleh byg kan kebesaran feri tu sbb ada 8 tingkat..ke lebih..mesti mewah kan kat dalam feri ni....mesti lebih besar dari titanic
ReplyDeleteAkak pun bayangkan agaknya...titanic pun besar cam feri tu kot ! Tapi mestilah feri tu besar JM sebab nak angkut banyak bas dan kenderaan lain..
DeleteIngatkan cik Ta dah berhenti memblog...hehe
ReplyDeleteRM6K untuk dua minggu lebih... kira berbaloi juga. JM tak berminat ke...
6K tu Pak Lang Mie..JM hanya mampu ke Korea je hhuhu
DeleteEn Mie...tak lah berniat nak berhenti memblog ni cuma banyak sangat halangan...hehe.
DeletePada saya, taklah semahal pakej yg travel agency offer untuk europe trip. Tapi..terpulanglah pada citarasa masing masing kan..
Masa saya gi Chiengmai, saya baca blog en.mie sebagai panduan , tq.
Ala...JM tu malu malu kucing pulak..
tiga beranak ni hanya melibatkan belanjakan rm17-18k?...kalau ada family perlu belanja lebih....
ReplyDeleteEh..baru akak perasan ..ni komen JM yang ke 5 !! Aduh ....sorry ye adik manis, rindu kat akak ye..hehe..!!
DeleteAgak murahkan JM untuk 3 beranak ? Tapi kalau single punya belanja...surelah jauh lebih murah kannnn...
Saya baca dari part 1 tapi entry ni baru sempat nak coretkan.....suka sangat baca ...semoga satu hari nanti saya pun dapat jalan-jalan ke Europe
ReplyDeleteTerima kasih Suzie.. catatan ini lebih kepada catatan peribadi sebagai kenangan. Namun harap harap ia memberi manfaat juga untuk orang lain, bukan untuk menunjuk riak. Semoga satu hari nanti , Suzie pun dapat jalan jalan ke europe ye...
Deletekagum lieya kak..... mmg akak ingat sebijik2 perjalanan tu..... akak ade catit ye...mmg kalo nak jadikan rujukan...mmg okey sgt sbab semua info ade..... hope ade jeki lieya satu hari nanti....maybe time anak2 dah besar, dah nak pencen kot hahaahahah tanggungan dah tak tak byk heheheehe...
ReplyDeleteHai lieya mama gojes !!!
DeleteAkak memang ada buat catitan dalam buku kecik sebab takut terlupa. Jadi bila nak tulis blog tu, akak rujuk balik buku kecik tu...
Akak pulak pikir, masa nilah akak nak berjalan sebab kalau tunggu pencen nanti, kot akak dah tak larat dah nak berjalan, sakit lutut heheh...
Semoga lieya pun dapat jalan jalan dan shopping sakan kat europe ye hehehe...
CikTa,
ReplyDeleteHiiii...masa ni pon saya kat europe..tp backpackers la..1-16 May...ni guna agency ke??cantek tempat tinggal semua tu..pakej cik pg sana bpa sorg??
awesome cuti
ReplyDeleteDownload film gratis
Download film online
Download film box office
London is my favorite city to travel. Good blog
ReplyDeleteOfrecemos puntualidad y discreción en todos nuestros traslados Privados, tanto de llegadas como de salidas del aeropuerto de Málaga.
ReplyDeleteConfort y seguridad en nuestros vehículos de alta gama para que los clientes disfruten del viaje, sin preocupaciones ni retrasos.
websites Dolabuy Bottega Veneta a fantastic read https://www.dolabuy.co have a peek at this web-site Dolabuy Chrome-Hearts
ReplyDelete