Awal pagi jam 9 dah keluar rumah, breakfast heavy ye...hubby cakap. Pastu tu drive ke Dataran Shamelin kat Cheras, sebab hubby ada hal kat sana. Pastu terus ke bangunan Mara di jalan Raja Laut utk parking kereta (parking rate dia jauh lebih murah). Pastu kami bertiga beranak pun menapak ke stesen LRT Bandaraya, yg bertentangan ngan SOGO. Kami nak ke Aquaria KLCC dgn naik LRT jer...kunun nak bagi CK experince naik public transport la..
Wah seronok berjalan di tepi sungai ni, berhampiran stesen LRT Bandaraya |
Wajah ceria menunggu LRT di stesen bandaraya.. |
Turun kat stesen Masjid Jamek utk tukar LRT ke KLCC pulak. Dari stesen KLCC menapak pulak kat dalam KLCC tu utk ke Aquaria. Masa berjalan dalam terowong ke aquaria tu, baru terfikir, apasal kami tak bawak stroller CK, boleh gak guna kat sini...huhuhu.
Nampak tak terowong yg panjang tuuu....jenuh menapak wehhh.. |
Bayang entrace aquaria pun tak nampak lagii.. |
Masuk ke aquaria dah tentu la kena menapak kecuali kat dalam terowong yg ada conveyer tu....Tapi CK memang excited la menengok ikan besar besar tu. Kami enjoy kat aquaria ni cuma kami perasan yg ikan dan hidupan laut dia macam dah kurang. Last kami ke sini tahun 2009, masa CK umur 6 bulan cam tu. Paling perasan sebab kuda laut tu nape tinggal 2-3 spesies jer, rasanya dulu ada banyak species...(rasa macam tak berbaloi tiket rm35 sorang dewasa, CK pulak kena rm25). CK pun rasanya penat gak berjalan dalam aquaria tu sebab bila duk lepak kat tempat theater tu, dia balun biskut mini chipsmore sampai habis...huh !
Wahh....ikan besar.. |
Wah...ikan besarnyaaa mama... |
Di atas conveyer yang bergerak tu... |
CK ketakutan bila ternampak ada penyelam tengah bersihkan cermin tu.. |
Baby shark melintas di atas kepala... |
Comeiii tak ? Gambar ni CK yg snap... |
Seahorse... |
Jam 1.30 kami keluar dari aquaria, dan terus solat zuhur kat surau yg terletak di entrance masuk ke food aquaria. Selesa dan bersih tempatnya.
Pas tu, kami terus menapak ke dalam KLCC nak cari food court. Ada sorang staf kat petrosains bgi tau kami, lebih baik ke foodcourt kat tingkat 4 sebab harganya lebih murah dan org tak ramai berbanding ngan foodcourt kat tingkat 2. I makan nasik kerabu, share ngan CK, hubby pulak makan koeytiaw goreng, dan ada ice cream + buah sebagai pencuci mulut.
Nasik kerabu, air kelapa dan ice cream+buah...utk lunch.. |
Perut dah kenyang, maka kami menapak semula ke stesen LRT klcc. Masa tu, dah nampak dah CK keletihan, sebab dia berjalan pun dah nampak cam seret kaki jer...
Dah mula penat... |
Di stesen klcc on the way balik... |
Di stesen masjid jamek..utk bertukar LRT ke Sogo pulak.. |
Wajah mengantuk CK di dalam LRT... |
Selepas bertukar LRT di stesen Masjid Jamek, I dah pasti dah mesti cik kak kecik ni akan buat hal sebab badan dah letih dan mata dia sure dah mengantuk. Sekali tu, bila kami sampai kat SOGO, terus dia kata "Nak main Tika..jom mama ..jom !!" (Tika tu merujuk kepada nama anak gajah dalam salah satu CD princess yang dia ada) Hah...ambik..padan muka mama ngan baba. Pada hal masa tu dah terasa tersangat la letihnya..Ada satu playland kat sogo tu ada permainan gajah tu..
Playland kat sogo ni terletak kat ting.8. I dah terlentok kat kusyen yg ada kat situ, biarla hubby jer yg melayan CK. Spend rm15 utk CK main segala jenis mainan yg kena masukkan duit...kira sampai dia jemu la. So nak balik, sempat pulak CK cium "anak gajah" kat situ sambil cakap"Bye bye Tika...esok jumpa lagi ye" !! Ye lah nakkk, macam la sogo tu belakang rumah kita jerrr...
Kami lepak sat sambil minum dan makan popia nyonya kat ting 7 sogo. Pastu terpandang pulak ada sale beg kat ting.6. Kami ke ting 6 pulak...kunun nak survey beg, tapi end up dgn memborong 2 beg besar utk travel (hehehe...ada 2 tempat bercuti bulan mei nanti). Hubby kata murah harganya sebab dia dah survey kat tempat lain. Dah la parking kereta kat bangunan Mara. So terpaksa la hubby mengusung kedua dua beg tu , I pulak mendokong CK sebab masa tu dia memang dah tak larat nak jalan. Mak aiii...rasa nak tercabut tangan mendokong budak comei+montel ni...
Masuk dalam kereta, belum sempat kereta sampai ke kawasan Istana Negara, CK dan tidur dgn lenanya di seat belakang...huh...sure letih giler tu...
Hah...sampai rumah, siap singgah kat pasar malam beli utk dinner. Kaki rasa lenguh betul macam nak tercabut ...tangan pun rasa macam nak terkulai jer, huh..penangan jalan jalan punya pasal..
ck sure seronok dapt jln2...naik LRT dan tengok ikan.
ReplyDeletePart jalan jauh tu..seram sikit. Kalau akak sure dah sakit pinggang :)
Sama pulak pink ye baju mak n anak! CK akan jd kaki jalan jugak ni mcm ayah n mak dia...hehehe....happy tgk ita anak beranak enjoying life!
ReplyDeleteseronok plak lieya bace kak ita....ck pun sporting jugak tu....layan kan jugak ari jalan2 day tuu heheeheh.....syok dpt lelap kat kete lepas seharian berjalan heheeheheh...
ReplyDeletesonok kan kak kat aquaria tu....lieya teruja tgk pirana makan .....ngeri pun ade....
seronoknya Ck dapat jalan2....mmng enjoy betul satu fmly...
ReplyDeleteseronok berjalan2 dgn anak, tp bila diaorg letih, kite laa kena dukung nye :)
ReplyDeletekalo cawan, melawat tpt toys tu dh macam wajib :p
Hey! Do you know if they make any plugins to protect against hackers?
ReplyDeleteI'm kinda paranoid about losing everything I've worked hard on.
Any suggestions?
Look at my site; great point