MISS NUFFNANG

Friday, April 20, 2012

Cerita di Taska : Salah Siapa ???

Ni kes lepas ambik CK dari taska petang Rabu lepas.


Masa berhenti kat red traffic light, I pandang kat CK dan terperasan ada tanda kat pipi dia. I terus keluarkan kamera dari handbag dan ambik gambar nih...

Lepas diasak dgn pelbagai soalan dari mama, CK menangis cakap sakit..Nampak tak calar kat muka CK tu?

Close-up kat pipi kanan.... kat hujung yg luka tu memang agak dalam...

Close-up kat pipi kiri... luka yg kecik tapi dalam..
So, pagi tadi masa hantar CK, I tanya kat penjaga CK. Nak tahu ni kes budak mendera budak ke atau macam mana ? Dia cakaplah ada seorang budak umur 2 tahun yg mencakar beberapa org budak. Kawan I yg anaknya pun terkena cakar kat muka, sempat tengok kuku budak tu...kebetulan memang panjang laaa..




I tak salahkan budak tu sebab dah memang sikap bebudak kan. Ini tanggungjawab penjaga taska lah. Kalau dah tau ada budak yg hiperaktif , beri perhatian lebih la kat budak tu. Kalau nampak dah lain macam tu, tarik la budak tu ke tempat lain. 




Kalau lain kali terkena kat mata, macam mane ? I tak pernah complain kat tuan punya taska masa CK kena first time dulu sebab I anggap mungkin kuku CK sendiri. Tapi bila dah terkena kali kedua ni, terus I call tuan punya taska. Bukan nak salahkan dia, tidak sama sekali, cuma mintak dia ingatkan pekerja dia akan tanggungjawab yg ada. I tau CK pun budak yg aktif, bukanlah duduk diam punya jenis. 




Cian CK, pipi dia yg gebus tu dah ada tanda luka baru. Tanda luka yg lama pun masih belum hilang parutnya..


Ni gambar kesan luka tu pada hari kedua... Sedey betul rasa hati..







7 comments:

  1. ish sian CK...jatuh dah saham CK kak ade parut heheeheh....

    tu le kak, kdg2 budak2 niade yg lasak n suke buat budak lain....pengasuh kene alert la bende nie...ni kene kat pipi, kalo kene kat mate kan payah....

    ReplyDelete
  2. Memang macam tu lah keadaannya, kadang2 penjaga taska tu macam acuh tak acuh je.

    Kesian kat budak.

    ReplyDelete
  3. siannya CK...

    Memang dia orang kena prihatin bab macam ni.... Nasib baik tak kena kat mata....

    ReplyDelete
  4. Bila dah tinggal ramai-ramai, memang akan ada cerita-cerita macam tu. Kalau ramai dah jadi mangsa cakaran, patutnya pihak taska ambil inisiatif tolong potong kuku si anak tu. Setidak-tidaknya mengurangkan jumlah mangsa cakaran. Lepas tu khabarkan pada parents anak tu, ingatkan suruh 'slow talk' pada anak tu jangan ulangi perbuatan dia. Itu usaha awal yang patut rasanya...

    ReplyDelete
  5. ala siannya CK
    akak pun pernah alami semua ni waktu anak2 kecik dulu.
    Sedih sangat bila ingat balik...mcm2 hal.

    ReplyDelete
  6. Sian CK......taska kenalah maklumkn pd keluarga budak yg buat tu apa yg anak dia dh buat pd budak2 kt situ. Kalau dibiarkn bakal jd gangster itu budak!

    ReplyDelete
  7. Hi to every body, it's my first pay a visit of this blog; this blog includes remarkable and truly good data designed for readers.

    My website ... online payday loan lenders

    ReplyDelete