MISS NUFFNANG

Tuesday, July 31, 2012

Hadiah Dari Kawan Blogger

Terima kasih pada rakan blogger ainnoraini sebab bagi hadiah yang comel nih. Saya suka...saya suka..hehehe

Ni hadiahnya....susah susah jer kak ain poskan pakai pos laju


Bila letak air panas dalam mug tu... ceng ceng.... terus keluar lampu kete preve..

Tulisan ni pun akan keluar dari mug tu..
Terima kasih kak ain...



Tuesday, July 24, 2012

Mystical Bali- Part 8 Tanah Lot

(Lamanya la nak habis citer Bali ni..padahal pergi 4 hari jer...hehehe...ni last from Bali..)




Kami sampai di Tanah Lot lebih kurang jam 4 petang. Masa tu cuaca tengah panas terik... Tanah Lot ni terkenal dgn pemandangan tepi pantai yang sangat cantik. Kalau tiba masa sunset, mesti lagi cantik. Menurut pak Isme, jam 5 petang jer, Tanah Lot dah memang sesak dgn kenderaan yg bawa pelancong. Semua berebut nak tengok sunset. Kami jer yg tak nak tunggu sampai sunset...dah tak larat seharian keluar dari hotel.


Bayaran masuk ke sini dikenakan. Sorry...lupa berapa?

CK yg masih lena tidur...hubby dah buat muka kelat, lenguh mendukung si budak comel ni,  maklum lah dah hampir 16 kg. Jauh jugak menapak dari entrance ke pura tu, rasanya hampir 1 km. Gerai gerai ni di kiri kanan jalan ke tepi pantai.

Dah berjaya memujuk CK bangun tidur, ni dia tengah mamai mamai lagi, so masih lagi terpaksa berdukung..

Dah sampai di tepi pantai...Ombak tengah kuat masa nih..

Ada pura di situ...mereka perlu mengharung air laut utk beribadat di pura tu..

Ombak menghempas batu besar..

Di sini ada khidmat photographer, sekeping IDR 20,000. Kami mintak 2 keping utk IDR 30,000 jer.
Gambar di print di situ jugak berserta ngan border kertas keras



Walaupun tengah panas terik, gigih pelancong pelancong ni datang bergambar (termasuk lah kami hehehe..)

Pemandangan dari tepi pantai ke arah daratan..










Bunga di tepi tudung tu sebenarnya ialah klip rambut yg CK berkenan dan mintak kami
belikan semasa di Pasar Buah. So, I pun bergayalah ..




Penat bergambar, kami singgah duduk di restoran dan minum air kelapa. Memang terik sungguh matahari masa tu. Tapi bila mengingatkan, entah bila nak datang lagi, maka kami gigih menapak ke hulu ke hilir utk bergambar. Selepas hilang penat, kami sambung lagi, berjalan ke arah kawasan tinggi. Dari situ, pemandangan ke arah pura, nampak lebih cantik..

Pemandangan dari kawasan tinggi ke arah pura..




CK sibuk nak merakam dgn video pulak !

Bergambar di entrance ke Tanah Lot..masa ni dah nak keluar dah

Patung berdua ni menyambut ketibaan pelancong  di entrace masuk...


Kami bergerak ke luar dari Tanah Lot jam 5 petang. Pak Isme bawak terus ke Kuta utk dinner. I sekali lagi cadangkan pada hubby nak beli bungkus aje macam hari sebelumnya. Panas terik di Tanah Lot tadi menyebabkan kepala rasa sakit sangat..
Kami beli bungkus masakan padang aje. 

Esoknya...hari ke 4 di Bali..Tibalah masanya utk berangkat balik. So, kami hanya lepak di bilik hotel selepas breakfast. Memula cadang main air di swimming pool, tapi bila memikirkan baju basah yg akan dah tentu memberatkan luggage kami, maka cancel lah plan tu...(dasar AA kan kena bayar excess luggage, kami punya luggage hanya 20 kg jer..)


Sementara tunggu pak Isme, kami lepak di lobby hotel, sambil snap snap gambar..


Hotel kami duduk 4H 3M..

Kaya dengan ciri bali..

Staff hotel ni meletakkan hirisan bunga dalam bekas tu, di merata tempat..

CK tercengang memerhatikan bunga yg diletakkan dalam bekas tu..

Di lobby hotel...


Bunga raya diletakkan di atas meja meja kayu tu sebagai hiasan, CK tengah rearrange bunga bunga tu..





Pak Isme datang ambik kami jam 11 pagi..Kami terus ke pantai Kuta. Ronda ronda dgn kereta jer, malas nak jalan kaki..

Mat dan minah saleh tengah berjemur di pantai Kuta..

Di tepi pantai pun, mereka letakkan bunga dlm bekas tu..


 Jam 12.30, kami ke restoran Wong Solo utk lunch..






Menu dan harga...Kami ambik nasi goreng dan mee goreng jer...

Dan akhirnya, selepas lunch dan solat di restoran Wong Solo, kami pun berangkat ke airport. Sampai di airport, kami bayar pak Isme dan I siap bagi pelbagai coklat dan air kotak CK kepada pak Isme utk anak lelaki beliau. Best khidmat pak Isme ni, senang nak deal dgn dia. So, kalau sesiapa nak guna khidmat pak Isme, nanti boleh I berikan e-mail dia ye..


Di airport, Bandara Ngurah Rai..Luggage kami hanya satu tu ajer, dan 3 hand luggage




Sempat CK ni mengusik patung tu sebelum kami masuk ke tempat berlepas...

Berakhirlah cerita trip kami ke Bali. Kesimpulannya, kami memang seronok di Bali. Enjoy lihat budayanya yang unik, pemandangannya yang cantik, dan kebetulan dapat supir pak Isme yg sabar melayan kerenah kami. Kami jugak seronok stay kat hotel tu. Kalau datang ke Bali lagi, memang nak stay kat hotel tu dan dah tentu nak booking pak Isme jugak..


Saturday, July 21, 2012

Ramadhan kareem...dan Kisah sakit gigi

Selamat menyambut ramadhan utk semua kenkawan yg disayangi.Sorry lama xdpt update blog. semangat berkobar kobar nak habiskan citer bali trip, namun apakan daya. ...

Kerja agak bnyk, di samping ada pemantauan pulak. Line internet huru hara...pastu sakit gigi pulak. hah.. lengkaplah segalanya sampaikan nak blogwalking dan nak update citer tinggal dlm mimpi jer.

Pagi semalam, jumpa dentist pasal sakit gigi ni. Rupanya, tampalan lama 6 tahun lepas, dah tertanggal sehingga mendedahkan bhgn akar gigi, tu yg sakit tu. Dentist cadangkan buat root canalling iaitu utk matikan akar gigi, pastu tampal yg berlubang dan buat crowning utk bentuk balik gigi.

Kosnya doktor ? Lebih seribu ringgit. ....
Alternatif lain doktor ? Cabut gigi....
Sakit tak doktor?  2-3 jam tak sakit, tapi lepas bius hilang akan rasa sakit....
Saya ada kelas petang ni doktor...
Kalau begitu, cabut gigi tu petang lah, sebab nanti u tak selesa nak mengajar..

Maka petang semalam, i pun pergilah cabut gigi. Tak terfikir nak makan dulu, isi perut. Akibatnya...dinner mkn bubur, huhuhu.  Maka sahur pagi tadi pun bubur nasi jugak. terawih malam pertama hanya di rumah, sendirian sahaja. Tak per lah, semua yg berlaku itu ada hikmahnya.Redha aje...


Selamatt berpuasa ye...semoga kita gunakan peluang di bulan ramadhan ini semaksima yg mungkin, sebab, belum tentu kita ada peluang di ramadhan yg akan datang....

Friday, July 13, 2012

Mystical Bali- Part 7 Danau Berkembar dan Pasar Buah, Bedugul

Selepas bergambar sakan di danau Beratan, pak Isme bawak kami ke lokasi atas lagi. Lebih kurang 20 km kot dari danau Beratan tadi. Pak Isme tunjukkan 2 lagi danau ( tasik ) yg jelas kelihatan dari tempat tinggi. Kami berhenti di satu kawasan restoran yg di panggil Puncak Bagus ( I tak pasti ...ni nama restoran atau nama tempat). 


Dari tempat tu, kami nampak 2 tasik yg kelihatan berkembar dan hanya dipisahkan oleh daratan yg kecil aje. 2 tasik tu ialah danau Buyan dan danau Tamblingan. Ramai jugak pelancong yang berhenti di sini utuk bergambar sebelum mereka ke air terjun Gitgit lebih kurang 10 km dari sini. Tapi kami tak lah ke sana.

Danau Buyan..di sebelah kiri


Danau Tamblingan ...di sebelah kanan kami

Restoran dan resort..di Puncak Bagus..



Sambil duduk duduk menghayati keindahan pemandangan di sini, pak Isme cadangkan supaya kami mencuba pisang goreng yg ditabur keju parut. Sebenarnya masa tu dah hampir masa lunch, jadi kami mintak separuh aje pisang goreng cheese dan separuh lagi pisang goreng yg diletakkan sos cokelat. Untuk CK, hubby order aiskrim jer.. 

CK menikmati aiskrim di sini...

Special di sini...pisang goreng di tabur cheese. Satu lagi pisang goreng bersama  sos coklat. Sepinggan IDR 5000 . Tapi sebab kami hanya nak rasa aje sebab nanti nak lunch dah, kami mintak buat separuh separuh jer pisang goreng tu...


Ok sedap jugak pisang goreng tu..kalau agak agak teringin boleh jer dibuat di rumah atau beli jer goreng pisang, pas tu parutkan ajer cheese kat atas dia...hehehe..dasar pemalas nih !




Selepas tu kami turun semula ke kawasan Bedugul utk menikmati lunch di restoran masakan sasak (sorry dah lupa org sasak tu org apa ntah !) halal. Di sini sangat terkenal dengan ayam taliwon nya..




Rumah makan ni terletak berdepan dengan pintu masuk ke pura Ulun Batu, Bedugul yg kami pergi pada awalnya..Ada loga halal lagi you...

Ayam taliwon special di sini...I tak pasti ayam tu dibakar atau di goreng tapi rasanya sedap cuma sambal pencicahnya agak pedas. Kangkung goreng tu sangat pedas, kami terlupa nak cakap tak nak pedas..Semua masakan dihidangkan dalam kertas dan diletakkan di atas bakul comel..

Lepas lunch, kami bersolat di restoran ni...masjid ada juga berdekatan dgn restoran ni..tapi kami bersolat di ruang yg disediakan. Kat sini, CK sempat melepas hajat di toilet yg bersih, so I pun ambik kesempatan mandikan dia. Selepas tu, kami bergerak ke pasar buah pulak. Memang banyak gerai menjual buah, selain pelbagai barang souvenirs.

Pasar Buah, Bedugul..

Budak dah mandi ni...ceria aje. Lepas masuk semula dalam kereta terus tidur hampir 2 jam !



Kelinci...atau pun arnab jugak ada dijual..



Tak ramai pengunjung di sini...penjual pulak ramai orang Islam kot sebab wanitanya bertudung.



Hubby sedang tawar menawar dgn penjual. Banyak jugak kami borong FM dari penjual ni...

Selesai membeli di pasar buah, kami teruskan perjalanan ke Tanah Lot pulak, hampir 3 jam dari Bedugul. CK dan hubby tertidur dalam kereta, tinggallah I melayan keindahan pemandangan di kiri kanan jalan sambil snap snap gambar.

Tanah Lot



CK tidur punyalah nyenyak, didukung pun masih tak jaga lagi. Dahlah cuaca panas terik waktu tu...

Nanti I sambung lagi di Tanah Lot pulak. Pemandangan  yg sangat cantik di tepi pantai...dalam cuaca panas terik, namun demi menjejakkan kaki ke sana, kami gagahi jugak walau pun terpaksa mendukung CK yg tertidur nyenyak tu...hehehe...