MISS NUFFNANG

Monday, September 3, 2012

Jom Ke Legoland Malaysia, JB

Ahaa... jangan jeles eh ! Hari Ahad semalam, I ngan famili dan emak I, kami ke Legoland Msia kat JB tu... Fullamak..bestnya. Tambahan pulak masuk free admission okeyyy!!! Sebenarnya hari Ahad tu utk private events la. Adik bujang I kerja dgn sykt Khazanah Nasional yg punya legoland msia, so kiranya semalam tu family day utk staflah. Sorang staf dapat 5 tiket masuk free je ke legoland. Hah ! Peluang cam ni mana boleh tolak kannn? So dapat lah kami merasa masuk legoland awal awal lagi.

Dapat 5 keping tiket masuk nih! Tau berapa harga tiket ?
RM110 tuk kanak kanak 3-11 tahun, RM140 seorg utk 12 tahun ke atas wehhh!!!

Legoland Msia ni officially akan dibuka pada 15 September 2012. So, sekarang ada promosi kat website dia, beli tiket masuk dgn harga diskaun. Kalau rasa rasa nak bawak anak anak 2 -3 kali masuk ke legoland ni, lebih baik buat annual pass, sebab satu pass tu unlimited entry for one year. Satu lagi, bagi sesiapa yg IC atau surat beranak alamat Johor, boleh dapat lagi diskaun harga tiket. Kiranya tu special tuk orang Johor lah!


Ni di entrance masuk...

Orang ramai ni tengah beratur nak buat annual pass-boleh masuk setahun bila bila masa je.
Kalau tak salah rm 240 cam tu reganya tuk seorang. Masa ni ada diskaun tuk buat annual pass...

Emak, hubby and CK tengah sabar  beratur tuk masuk

Ramainya org...semua nih dapat tiket freeeee....

Ramai jugak orang masa kami pergi sebab ada 5 syarikat yg buat hari tuk staff diaorang. Masa kat luar jer nampak ramai, tapi bila dah masuk ke dalam, tak nampak ramai sebab kawasan di dalam sangat luas ...lebih 20 ekar rasanya.


Ni eventnya....

CK ternampak barney green colour....
Mula mula, kami dapatkan map legoland dulu sebab tak tau nak ke arah mana. Ada 7 tema di seluruh kawasan ni. Lego Kingdom dan Lego Technic lebih sesuai tuk dewasa dan remaja. Lego City dan Imagination sesuai tuk anak anak kecik. Land of Adventure sesuai tuk famili ngan anak anak. Miniland pulak ialah tempat semua replika landmark terkenal di Malaysia dan dunia, yg semuanya dibina dari lego bricks. The Beginning pulak yg terletak kat entrance ialah BigShop yg jual segala Legoland merchandise. Tapi serata legoland ni banyak jer kedai kedai souvenirs. 

Kalau pasal games, kat sini ada lebih dari 40 interactives rides, shows and attractions...rasanya sehari suntuk kat legoland ni baru boleh cover semua kot !!

Masuk jer kat entrance, ada staff suruh kami ke sebelah kanan, sebab banyak games tuk kids sebaya CK, katanya. Maka, kami terus ke sebelah kanan lah. Macam macam permainan utk kids. Seronok pulak. Kami ke legoland express dulu, naik keretapi tinjau tinjau kawasan dulu..
Merata tempat boleh nampak binaan lego ....macam macam bentuk




Keluar dari keretapi, ada uncle belon menunggu, dapatlah belon bentuk bunga tuk CK...
Uncle belon...

CK puas hati dapat belon bentuk bunga...

Dalam legoland express....keretapi melalui sebahagian legoland

Kami melambai dari keretapi ke arah mak I yg tak larat berjalan....mujur banyak bangku dan kerusi disediakan...



Ni macam akademi bomba....penat tangan mengempam tuk gerakkan kereta bomba nih

Pastu pam air pulak nak padamkan api...

CK disisi princes...ni kat luar Lost Kingdom Adventure...

Bersih jer....




I ngan CK naik gak ni.....alaaa...setinggi bangunan 2 tingkat jer. 



Ni lah beetle bounce tu...Sorang jer org dewasa boleh naik sebab kerusi yg lain tu kecik kecik jer tuk kanak kanak.  Dahsat CK tak takut naik tinggi tinggi tuuu

ni kat pharaoh's revenge...kutip bola pastu tembak melalui vacuum tu...

cantik lego ni...

Dino land...
Penat berjalan jalan dan mencuba semua games yg boleh ngan anak anak, kita boleh berehat di banyak bangku bangku atau cafe dan restaurant  yg disediakan. Tapi...harga makanan di cafe memang mahal, rasanya lebih mahal dari di Genting Highlands theme park tuuu...
Kami singgah di cafe ni...makan fish burger....


Ni rega di jungle's cafe.... mahal betul. Agaknya convert dari Sing dollar.
Masa hari kami pergi ni, kebetulan semua makanan diskaun 50%



Comel lego berbaju melayu dan baju kurung...

Cantik zirafah nih !
Di playtown pulak, ia merupakan kawasan permainan anak anak yg berbumbung...macam kanopi lah. Maka anak anak boleh main kat sini tanpa kena panas. Berdepan ngan play town ialah pizza mania..iaitu resto yg khas tuk pizza dan western foods

Playtown...Ni memang tempat anak anak  lah ! Nampak canopy besar tuuu...

CK betul betul enjoy di playtown....train ni CK naik sampai 3 kali !!!

Kami singgah lunch di pizza mania...berdepan ngan playtown..

Di pizza mania...

Dinasour dari lego bricks..



Selepas penat CK main main kat playrown, kami bergerak ke arah miniland pulak. Di sini segala landmark yg terkenal di Msia dan dunia telah dibina dari lego bricks...Kagum betul tengok hasil kerja seni tuuu..

Kapal kapal tu bergerak tau...



Naga kat depan Tiannamen square ni pun bergerak gerak jugak..


Anak sedara ngan bapak sedara...kagum ngan ferris wheel singapore tuuu..

KLCC ni ambik masa 2 tahun nak bina ngan lego bricks tuuu


Sekali tengok macam bangunan yg real ajer...

Rasa cam berjalan kat KL pulak !


Kedai jual segala barangan lego....Rega dia pulak, ya ammpunnnnn mahal wehh..



Games ni kena bayar lah sebab ada hadiah...alaaa macam kat funfair tu...

Lunch ngan pizza...

Suka betul ngan binaan ni...Camne lah pembuat model ni boleh susun lego bricks smpai jadi dino ni !








Banyak bangku tempat melepaskan penat...
stroller CK selain tuk CK duduk, jugak digunakan tuk mengusung pelbagai barangan !! Hehehe....



Miniature di KLIA...Keretapi tu bergerak tau, tapi k/t tu tak bergerak lah !




Ni kami beli tuk CK...boleh keluar lampu LED bila ditekan kat LEGO tu...
harganya rm69.90. Seb baik masuk free, boleh beli tuk CK benda nih

Kami masuk jam 10 pagi, keluar jam 2 petang. Hanya sempat cover separuh jer legoland ni...kat kawasan dewasa tak sempat nak cover. Luas betul kawasannya. Memang berbaloi rasanya bawak anak anak ke sini...



CK baru lepas dimandikan di hentian Kulaijaya...sebab sure akan terlelap punya sebab dah kepenatan..

Kepada kenkawan yg berminat nak bawak anak anak ke sini, bolehlah start tengok tengok tiket masuk kat website. Mana tau masih ada promosi diskaun lagi. Legoland Msia akan mula dibuka secara rasmi mulai 15 September 2012. Sekarang pun dah banyak tengok iklan legoland di tv...



17 comments:

  1. Replies
    1. Rine...rezeki jangan ditolak ye tak. Walaupun penat, kami redah gak sebab memikirkan tiket free tu.

      Delete
  2. Wah! Dh bukak ke! Ms bulan feb ms k.ani hntr huda ke bt pahat kita org gi johor premium outlet sblm ke jb. Legoland ni jln arah yg sama kan......mcm ada perasan tmpt ni tp ms tu x bukak lg. Kalau x silaplh.......hehehe....cm best jer tmpt dia kn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang enjoy kalau bawak anak anak kak ani. Pejam mata ajelah dgn harga dia..

      Delete
  3. wahhh...bestnya...

    Tapi rega tiket tu mmng mahal ya...beruntung dapat masuk free....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiket memang mahal MP, pejam mata ajelah demi anak anak.

      Delete
  4. waaaaaa!!!! menariknyaaa!!!!! thanks for this!!!! we'll be back in jb soon, tak sabo rasenya nak pi bile tgk gambo2!!!!

    ReplyDelete
  5. wahhh bertuahnye akak dpt masuk free....best2...lieya ni dok tekesima tak abis2 tgk harga tiket die kak....mcm lagi berbaloi masuk kidzania huhuhu....tapi mmg tingin nak gi pun legoland nie....tapi tunggu laa, gi USS dulu baru gi legoland ekekekekekek

    dpt tumpang tgk pic akak pun dah okey dah heheeheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul lieya....tapi lieya kan nak ke disneyland hk. Kat sana mesti lagi best, miamijadayyan mesti suka

      Delete
  6. Kakak yg dekat nie pun tak pergi lagi Rozi sebab masa ini keluarga kakak sedang bersedih. Mungkin 15 Sept ini open ceremony lepas tu legalah sikit. Mana tahu offer lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keluarga akak kan sedang bersedih...saya doakan akak sekeluarga tabah ye.

      Delete
  7. wahhhh...seronokkkkk
    dah sampaiiii dahh...cepatttnyaaa
    cantikkkksss

    ReplyDelete
  8. Salam. Mari menginap di Sufie Homestay Johor yg harga sgt berpatutan dan hnya 20min shj ke Legoland. Layari blog untuk maklumat lbh lanjut http://sufiebiz.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Best nye!! nak ke Legoland juga! tanx sis for sharing. nice entry :)

    ReplyDelete