MISS NUFFNANG

Thursday, December 20, 2012

Medan Trip- Day 1

Pagi berkenaan, pukul 3.30 pagi kami dah bangun. Kami sampai di LCCT jam 4.45 pagi. Kaunter untuk drop bag masih lengang lagi, so cepat aje urusan settle kat situ. Jam 5.15 pagi kami breakfast kat MaryBrown dan solat subuh. Jam 6.40 dah ada di tempat menunggu. Tiket ni hubby beli dalam bulan Mac hari tu, so dapatlah tambang murah rm14 return per pax. Jadi bila termasuk segala cukai dan luggage, maka tiket untuk 3 beranak ni ialah rm 303 jer. Murah giler !!! Tapi...waktunya tentulah bukan waktu yang sesuai....macam kami ni, hamek ko...jam 7.40 pagi !!!

CK ok jer nampaknya walaupun mungkin mengantuk sebab dah bangun awal. Nak buat macam mana sebab flight AA jam 7.40 pagi. Flight pun sejam dah landing di Polonia Airport, Medan. Oleh sebab masa di Medan lambat sejam dari Malaysia, maka kami sampai di sana jam 8 pagi.


Nak elakkan CK mengantuk...maka bagi dia tab tu..






Kejap sangat naik kapal terbang, dah sampai kat Medan

Selesai urusan immegresen, keluar aje dari airport dah ada supir kami menunggu, Pak Amir. Orangnya dah berumur awal 50-an, tapi masih lagi gigih bekerja. Dari airport kami dibawa ke Istana Maimoon, alahai....pepagi lagi dah melawat kawasan, sebenarnya kami masih lagi kepeningan akibat bangun awal pagi, maka otak tak boleh berfikir dgn cerdas lagi...

Istana Maimoon

Sampai di Istana ni jam 9 pagi cam tu, I ternampak satu bas pelancong menurunkan penumpang di situ. Ahh.. lega rasanya, atleast tak lah hanya kami 3 beranak jer terpaksa mendengar kalau ada org nak menerangkan pot pet pot pet pasal istana tu... Istana ni merupakan istana lama sultan yang dijaga dgn baik oleh waris waris beliau.

Kat sini ada disediakan baju songket untuk dipakai dan bergambar dgn bayaran 20,000 rph (~rm6.40). Kami hanya pakaikan untuk CK jer. Seronok pulak dia sebab siap ngan aksesori rantai dan tiara.


View dari tempat parking kereta ke arah istana maimoon..Tengok CK dah berlari laju ke depan !

Luaran dan dalaman istana maimoon..

Presenting.....little princess CK !!!



Overs nampak anak mak berposing ngan crown tu...


Mak dan bapak princess malas nak sarong baju songket tu,
jadi....bergambar jer lah ngan t-shirt dan jeans

Selepas habis di istana ni, kami pun keluar, tetiba, pakcik tua yang memberi penerangan tadi minta sumbangan ikhlas katanya utk istana tu. Hubby pun hulurlah 10,000 rph. Pakcik tu boleh kata "3 ringget ???" Aduhaiiii pakcik nih, kata sumbangan ikhlas. Pastu, pakcik tu membebel bebel marah. Kami hanya senyum ajer lah dan terus berjalan ke kereta.

Selepas Istana Maimoon, supir bawa kami ke kedai batik dan fabrik. Lupa dah nama kedai tu. I beli 2 pasang kain yang ada sulaman dan manik dan hubby beli sehelai kain pelekat. Pekedai tu kata, harga dia dah murah ni, kat Pasar Ikan pun tak dapat. Antara percaya dengan tidak, I beli jugak lah 2 psg kain tu selepas bargain harga.

Then, kami singgah makan merangkap breakfast and lunch di restoran famili masakan padang, terletak bersebelahan Hotel Ibundo. Sedap masakan di sini atau sebab memang kami kelaparan, entahlah.
Singgah breakfast....eh bukan breakfast, more to brunch sebenarnya  nih !


Selepas tu, perjalanan menuju ke Parapat iaitu Danau Toba mengambil masa hampir 4 jam kata supir.

Siantar
Kami singgah di kedai menjual makanan jajan dengan pelbagai nama Teng Teng, Tung Tung, Pong Pong, Pang Pang dan macam macam lagi nama jenis makanannya. Kedai ni terletak di pekan Siantar, on the way kami nak ke Parapat.

Segala jenis makanan ringan tradisional ada dijual dgn pelbagai nama...tongtong, tangtang, tengteng...


Parapat

Di Parapat, kami stay di Hotel Siantar. Hotel ni terletak dipinggir danau Toba...cantik betul pemandangannya. CK siap buka tingkap luas luas dan jerit jerit panggil orang kat dalam bot. I pulak yang suspen kot terjatuhlah pulak anak I ke dalam danau toba ni.. 


Ni view dari bilik hotel....Sungguh cantik view danau toba...

Kami tinggal satu malam di hotel Siantar ni..Tapi yang tak bestnya siap ada
deretan botol botol minuman keras di dalam bilik

Jalan jalan di pekan Parapat selepas dinner ...

Danau toba..

Malamnya kami dinner di pekan Parapat. Masakan padang lagi...nak buat macam mana, itu jer yang tentu halal.


18 comments:

  1. Kak ita, comel sungguh ck pakai songket ngan crown tu. Pandai bergaya plk tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. CK memang suka berangan gaya princess liza

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Saya terkena juga dengan Pakcik bebel masa ke sana April lalu. Bagi RP50K pun masih tak puas hati... fuhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi 50 rph pun kena bebel jugak? Uiiii.. Dahsat pakcik bebel tu

      Delete
  3. Belum sampai Medan lagi...cantik danau toba ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemandangannya cantik sisR...tapi perjlnnnya jauh amat dari satu tempat ke tmpt yg lain

      Delete
  4. hehe...apalah pakcik tu, suruh derma ikhlas, tapi lepas bagi demand pulak :)

    ReplyDelete
  5. comel gile kak CK pakai baju tu...ngam2 suit dgn die heehehehe....siap crown tu...sultanah CK ni hehehehe...

    ReplyDelete
  6. Alahai comelnya ck pakai songket tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. CK memang selalu berangan jadi princess mulutpayau...

      Delete
  7. Comei ck berkebaya songket dgn crown tu......kani x prnh gi medan lg!

    ReplyDelete

  8. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete