Day 6
Terasa sedey pulak dah last day di Kyoto ni. Flight kami jam 11 malam so masih ada seharian untuk explore Kyoto ni.
Lepas check-out hotel jam 9 pagi, kami menuju ke Kyoto station untuk simpan beg dulu. Malangnya semua large size locker dah penuh, tinggal hanya medium size locker jer. Namun rupa rupanya beg kami muat jugak dalam medium size locker tu. Ada medium size yg kecik dan ada medium size yg besar...Nasib nasiblah. Fuh !!! Lega...
Kami terus ke kaunter untuk beli tiket Haruka Express iaitu direct train dari Kyoto ke Kansai Int. Airport. Kalau tak salah harganya 2800 yen macam tu utk sorang, dan free untuk CK. Lega dah beli tiket tu dan memang dah plan nak naik train ke airport tu jam 5.45 atau paling lewat 6.15 petang sebab journey ambik masa 1 1/2 jam dari Kyoto ke Kansai airport.Berdasarkan bacaan blog kenkawan, biasanya flight AA dari Osaka ni diawalkan.(memang betul pun, flight kami awal 1/2 jam dari yg dijadualkan)
Kemudian, kami beli pulak kyoto city bus pass di kaunter yg terletak bersebelahan stesen bas di Kyoto station ni. Harga satu pass tu 500 yen/pax dan boleh guna utk naik bas sepanjang 1 hari di kyoto city.
|
Di sebelah kanan tu, kaunter beli pass bas, sebelah kiri ialah tempat menunggu bas.. |
|
Menunggu bas di station yg betul mengikut destinasi anda. Tengok tu...mereka tu berada dalam barisan tau nak naik bas yg sama dgn kami.. |
|
Kyoto Station yg besar ala ala...macam KL sentral kitalah.. |
Perjalanan dari Kyoto station ke Ginkakuji dalam 40 min macam tu. Kebetulan penuh pulak orang dalam bas tu. Kami terserempak dgn satu couple dari Bangkok yg nak menuju ke tempat yg sama. So berbual buallah kami. Mereka baru sampai dari Tokyo dan akan stay 2 malam di kyoto sebelum gerak ke Osaka pulak.
|
Turun di bus stop dah ternampak signboard ni. Lupa dah apa bus stop tu...kena refer pada kyoto city bus map tau |
|
Nampak tak trishaw tu ?? Boleh naik dgn bayaran kalau tak larat jalan. Jarak dari bus stop yg kami turun ke Ginkakuji temple ~ 500 m |
|
Kami melalui satu kawasan yg cantik ini...agaknya inilah path of philosophy.
Kalau autumn atau spring sure cantik view niiii... |
|
Perlu mendaki bukit sedikit...di kiri kanan ialah kedai menjual pelbagai makanan dan souvenirs. Masih lengang lagi.. |
|
Pintu masuk ke Ginkakuji temple..Salji masih memutih...Bayaran masuk ialah 500 yen seorg. |
Ginkakuji temple...
Jisho-ji Temple is better known as Ginkaku-ji (Temple of the Silver
Pavilion), a temple belonging to the Buddhist Shokoku School of the Rinzai Zen
sect.
Ginkaku-ji Temple (The Silver Pavilion) is an elegant temple set in
beautiful grounds at the foot of Kyoto's eastern mountains. Its grounds are an
outstanding example of Japanese landscape architecture. Whether one is sitting
on the landing beside the unique sand garden with its 2-metre silver cone, or
walking the trail and catching glimpses of the Pavilion from different vantage
points, one is constantly aware of the lovely details which move the heart.
Originally designed as a retirement villa for the Shogun Ashikaga Yoshimasa
(1436-1490) in the Muromachi Period (1338 - 1573), Ginkaku-ji Temple was modeled
on its sister temple Kinkaku-ji Temple (the Golden Pavilion). Yet Ginkaku-ji
Temple was never plated in silver, and the main temple building remains an
unpainted brown--and in its way, exemplifies the Japanese idea that something
plain can be beautiful. -Google
|
Patutlah tidak dibenarkan membawa stroller dan memakai tripod stand sebab ada tempat berpasir.. |
|
Salji memutih di atas pokok pokok |
|
the unique sand garden with its 2-metre silver cone..Tu cone kat belakang |
|
Bangunan di belakang tu lah templenya, tapi visitor tidak dibenarkan masuk, hanya berjalan di kawasan taman sahaja |
|
Add caption |
|
Elemen lumut, air dan batu batu melengkapi japanese garden yang mendamaikan ini.. |
|
Cantikkan view nih....? |
|
Perlu mendaki anak tangga untuk ke atas bukit |
Hampir sejam di dlm Ginkakuji temple ni, kami pun beredar dari situ. Masa tu dah hampir jam 12 tengahari. Seterusnya kami nak ke Gion area, then terus ke Senenzaka slope dan Kiyumizudera temple. Masa tu I berdoa agar dipermudahkan segala urusan sebab kami kan kesuntukan masa...Harap harap mudah dapat bas dan mudah jugak mencari tempat yg nak dituju.
|
View dari entrance ginkakuji temple...masa ni org dah ramai. Kiri kanan tu ialah kedai souvenirs.. |
Terpaksa berhenti di sini dahulu...Nanti sambung lagi citer last day di Kyoto yeee...