MISS NUFFNANG

Tuesday, March 12, 2013

Land of the rising Sun : Japan-Kyoto (1)

Day 5

Hari kelima  di Japan ni, kami jelajah Kyoto pulak. Kyoto ni..adalah bandar orng tua, itu kata ex student hubby yg belajar di Kobe. Dan hari ni ex student hubby tu dah janji untuk datang ke Kyoto dan jumpa kami selepas solat Jumaat di Masjid Kyoto, katanya.

Jadi untuk hari ke 5 ni, kami hadkan jalan -jalan supaya sempat jumpa ex student hubby tu. 

Fushimi Inari Shrine

Senang jer ke sini. Ambik JR train dari Kyoto station dan turun di JR Inari stn. , 5 minit jer, 140 yen seorg. Masuk ke kawasan ni free aje. Tapi kami tak masuk ke dlm shrine ni, hanya berlegar di luar sambil ambik gambar. Laluan ni sebenarnya menaiki bukit sampailah bertemu torii gate yg berwarna oren...


Keluar aje dari JR Inari station, terus nampak nih. Errk....tak perlu menapak jauh

Masa  di sini, ada debu debu kasar berguguran. Memula ingat pembakaran sampah kot, sekali tu..bila jatuh kat tangan, debu tu hilang. Wahhhhh salji rupanya. Salji kecik kecik turun....excited kami. Moga ada rezeki dapat tengok salji turun lagi di Kyoto ni.


Shrine ni didominasi oleh orange colour...



Laluan ni menuju ke torii gate..













On the way turun..baru nampak di sebalik tori gate tu ada tulisan tulisan...rupa rupanya nama
syarikat penyumbang dana untk tori gate ni



Ada beribu ribu tori gate ni...sampai ke kaki gunung Mt. Inari. 




Air suci (kot ????) sebelum memasuki shrine ini..









Atas: JR train yang lama...masih berfungsi dgn baik, dan keadaannya sangat bersih..
Bawah : Aktiviti wajib...iaitu menanya train officer macam mana untuk ke tempat seterusnya..


Plan seterusnya kami nak ke Umahori, harap harap boleh dapat naik Sagano-romantic train. Tapi tak pasti sebab masa ni masih lagi winter...dan romantic train ni ditutup semasa winter sebab trainnya jenis terbuka cam tu. Tak per, kami pergi jugak sebab boleh gak nampak laluan sagano-romantic train ni di tebing bukit (kalau nampak lah!!)

So, kami naik pulak JR train ke arah Arashiyama dan turun di Umahori (400 yen seorg).


Turun jer di Umahori station, kami bertiga macam.... waaaaaaaa.......








Katalah apa saja....jakunsss, gayatssss,....tapi ni first time experience kami..


Salji di Umahori station..





Salji turun agak lebat di Umahori...(lebatlah tu pada kami hehehe..)

Salji turun agak lebat dan kami kelam kabut membetulkan hud CK agar dia tak sejuk. Sambil tu,  angin kuat bertiup...maka cuaca tersangatlah sejuk waktu tu. Then, bila tanya train officer kat situ, memang sagano romantic train tutup during winter. Tak per lah, lain kali nak repeat kyoto during autumn pulak hehehe...


Gambar dari google: cantiknya view ni...Kereta lalu di lereng bukit, sambil air sungai mengalir lesu....

Gambar dari google: Cantikkan  view nih ?


Path of Bammboo (Bamboo groves..)

Then, kami naik train semula untuk ke Saga Arashiyama. Nak ke bamboo groves yg femes di situ...


Keluar dari station, I tengok tourist info.centre tutup, so kami terus berjalan sambil tanya orang.


Kiri: Japanese ni kebetulan nak ke kubur nenek dia, so dia ajak ikut dia untuk tunjukkan bamboo groves.
Kanan: Signboard ...kami nak ke path of bambooo tuuu...


Cantik pepohon buluh ni, tapi terlindung dek pokok lain...



Gambar blur sebab titisan salji ..







Perlu cross laluan keretapi ni untuk ke bamboo path sebelah sana..





Gambar dari google: kami tak jumpa tempat niii...


Gambar dari google...Ni mungkin musim summer atau spring sebab pohon buluh tu sangat cantik..



Gambar dari google: Kami lalu di sini ...












Ada kedai souvenir






Dan salji turun lagi, masa kami di bamboo groves....

Setelah penat di bamboo groove ni, kami berpatah balik ke saga arashiyama stn. Kami tak sempat ke Togetsu-kyo bridge sebab dah janji nak jumpa ex student hubby tu. Kesianlah...sebab dia datang all the way dari Kobe ke Kyoto nak jumpa kami (naik bas ekspress 2 jam katanya). 


Gambar dari google: Togetsukyo bridge

Gambar dari google: togetsukyo bridge lebih cantik di lihat semasa autumn.
So kena repeat kyoto masa autumn nih...


So, kami makan bekalan lunch dalam keadaan sejuk di station tu....Then ambik train ke Kyoto station semula. 


Next: Redah Kyoto town pulak..


7 comments:

  1. Cantik bamboo groove tu! Nk tanya nape gambar ita cover muka yang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malulah kak ani sebab sekarang ni dah ramai pulak students saya yg baca blog saya ni...terpaksa cover sikit sikit.

      Delete
  2. waahhhh bestnya....!!!! Tumpang baca kisah Ita jerlah....Nak pergi tak mampu lagi..Thnks dear berkongsi keseronokan di sini....

    ReplyDelete
  3. Salam kak ita, boleh tak kak ita share hotel tempt kak stay tu? tq!

    ReplyDelete