MISS NUFFNANG

Thursday, November 27, 2014

Cuti Cuti Eropah :Day 8 Jalan Jalan Paris

Hari ke 8 dalam percutian ke Eropah ni...atau hari ke 3 di Paris. Hari ni hari terakhir nak ronda ronda di Paris sebelum pagi esok bertolak balik ke London. Ceh !!! bunyi cam menetap kat London aje kannn..?? Perasannn !!!

Cuaca nampak agak mendung dan sesekali gerimis. Pagi itu, kru Kelana Convoy sediakan kami sarapan  nasi goreng masak lemak cili api... heheh..kuah masak lemak cili api dinner semalam dicampur dengan nasik putih dan digoreng, maka jadilah nasi goreng masak lemak cili api !

Ada beberapa tempat yang dirancangkan iaitu

*Avenue the Champ D'Elysee & Arc de Triomphe
*Fragonard Musee the Parfum 
*Hard Rock Cafe
*Lafayyete gallery
*Center Gorges Pompiidu
*Grand mosque Paris Central Mosque
*River Seine cruise
*Eiffel Tower

Layan gambar la ye sebab nak citer camner nak ke setiap tempat tu pun tak tau sebab bas yang bawa kami !!
Cuaca mendung dan hujan renyai renyai

Terpaksa berbaju hujan di Arc de Triomphe
Arc de Triomphe ni terletak di bulatan jalan, maka nak ke situ, terpaksa guna terowong bawah tanah.

Terowong untuk ke Arch de Triomphe


Arch de Triomphe ni terletak di jalan utama iaitu Champ Elysee, di mana di kiri kanan jalan ni dipenuhi dengan butik atau kedai dengan pelbagai brand. Yang paling terkenal tentulah, butik Louis Vuitton. Kami masuk jugak ke butik LV tu...sekadar menengok je la ...
Sepanjang jalan ni dikenali sebagai Champ de Elysee, sangat popular dengan segala jenis butik yang branded

Butik di kiri kanan Champ Elysee ni..dengan pelbagai brand


Bigbus cenggini untuk tour Paris, sama seperti di London dan bandar bandar besar di Europe

Cuaca agak sejuk kat luar, kami singgah minum coffee, makan croisant dan macarone di McD


Butik Louis Vuitton di Champ Alysee

The most exclusive address in Paris...

Selesai selesai ronda ronda sekitar Arch de Triomphe dan Champs Elysees, kami bergerak ke Fragonard Musee the Parfums pulak. Kat Paris ni memang sangat banyak museum, kami masuk yang ni sebab free dan dicadangkan beli perfume kat sini sebab harganya murah..

Di Fragonard Musee the parfum...

Tengoklah, ada puluhan bau minyak wangi yang tercipta hasil dari campuran pelbagai jenis bunga, buah dan herba

Sempat rembat perfumes 50ml dengan harga 30Euro dan 30ml dengan harga 20Euro...

Habis shopping perfumes, kami berjalan di sekitar kawasan ni dan terus ke gedung LaFayette yang terletak dalam 100m dari Fragonard museum tadi.


Banyak bangunan cantik seperti ni di Paris..ni pun museum jugak.

Galeries Lafayette...shopping complex !

Tu bas Kelana Convoy, parking di sebelah Fragonard museum ...






Sementara ada yang menyopping di Lafayette, ada sekumpulan lagi (termasuklah my hubby) pergi menapak ke Hard Rock Cafe Paris. I ngan CK malas nak ikut sebab masa tu hujan renyai renyai...Menurut hubby, dalam setengah jam jugak menapak ke HRC tu dari Fragonard museum tadi !!

Dari Fragonard museum, kami bergerak ke destinasi seterusnya dan melalui Lurve museum pulak. Namun bas tak berhenti di sini kerana hujan dah agak lebat turun masa tu, maka ambil gambar jer la...

Lurve Musee...dengan binaan piramid tu, sangat unik !!!

Lurve museum....tak dapat pergi dekat sebab hujan dah mula lebat..hanya mampu memandang dari dalam bas jer

Ternampak pula bangunan dengan sign LGBT ???? Erkkk...seb baik kat Msia belum ada kannn
Seterusnya kami dibawa ke Center Gorges Pompiidu, antara bangunan terawal yg dibina dengan senibina moden. Di sekitar kawasan ni, banyak kedai souvenirs dengan harga berpatutan dan juga kami nak mencari tempat makan utk makan tengahari dah...

Center Gorges Pompeiidu. Orang ramai berpayung dan berbaju hujan...

Tote bag ni dipenuhi dengan souvenirs dari Paris la...

Tengah asyik jalan jalan sekitar bangunan Pompeiidu ni, tetiba ada sekumpulan orang berdemontrasi mengenai boikot makan haiwan, makan je sayuran katanye...Kami pun terlopong kat tepi jalan dan melambai tangan kat diaorang ni..


Ramai pulak diaorang ni...rasanya lebih dari 500 orang sebab barisan ni hampir 1/2 jam lalu depan kami..

Lepas shopping souvenirs dan tengok orang berarak, kami lepak kat restoran kebab. Ni portion untuk seorang makan, harganya 10Euro. Kami makan share 3 beranak...kenyang !!!

Selepas selesai di kawasan Pompeiidu, kami bergerak ke Masjid Paris untuk soalat jamak Zuhur dan Asar. Masa tu dah jam 6.45 petang. Maghrib masuk jam 9 malam.


Dah jam 6.45 petang...
Bas kami berhenti di sebelah deretan kedai runcit....sebelum kami semua yang nak bersolat terpaksa menapak ke masjid dalam 1 km camtu.. Tengok la ni..kat kedai runcit pun, barangan yang dipamerkan sangat menarik perhatian..

Hasil laut..

Buah dan sayuran. Kat tangan tu...300g buah cherry !!!

Geraaam tengok buah buah ni...Cantik kannn cara buah buah ni diletakkan...

Selesai solat, kami bergerak ke Eiffel tower pulak. Tapi kami naik River Seine cruise dulu menyusuri sungai Seine sambil melihat pemandangan ...



Tengok la mentaliti diaorang ni....Bila nampak cruise lalu berhampiran jambatan tempat diaorang lepak, terus diaorang bukan seluar tunjukkan anu diaorang...Isy isy isy...Tak senonoh betul perangai !!


Yeayyyy....kami dah sampai kat Eifel Tower !!!

Lampu menyala pada jam 9 malam...

View dari bawah Eiffel Tower

View Eiffel Tower dari atas cruise








Pada jam 10 malam, lampu kelip kelip kat Eiffel tower akan menyala selama 5 minit camtu. Bas kami dah mula bergerak tinggalkan Eiffel tower, baru lampu berkelip tu on sekejap

View Eiffel tower dari tempat parking bas. Nampak tak mamat black kat belakang tu ? Mereka jual key-chain Eiffel Tower murah tau...boleh dapat 1 keyvhain dengan harga 50 sen kalau pandai bargain. Kalau kat tempat lain 1 keychain tu 1 Euro

Seakan tak percaya dah sampai kat kota Paris ni...Iyelaa...bukan sikit duit yang perlu dikeluarkan untuk kami bertiga ni. Tapi kalau dah namanya kaki melancong, tak de maknanya serik keluar duit untuk melancong. Cuma part yang boleh jimat cermat, kami cuba berjimatlah agar boleh tampung kos lain.

Akhirnya, kami tiba di campsite jam 10.30 malam. Barulah dinner makan nasi, dengan lauk sardin panas dan telur matakerbau...fuhhhh !!! Sedap betul makan dalam cuaca dingin ...

Esok pagi, kami akan berangkat meninggalkan kota Paris. Lebih kurang 14 peserta rombongan ni akan dihantar ke airport Charles de Gaulle, sebab mereka terus balik ke Kuala Lumpur/ Singapura/ Arab Saudi ikut la dari mana mereka datang. Manakala bagi  16 org  yg lain, kami akan meneruskan perjalanan ke London semula. Kali ni dengan menaiki feri pulak. 

9 hari 8 malam kami berkelana di 5 buah negara di Eropah. Seakan tak percaya, CK boleh behave dan tak buat perangai dalam bas...hahaha...


#bagi yang telah hilang jejak cerita cuti cuti eropah ni, bolehlah rujuk Cuti Cuti Eropah dari Day 1 sampailah Day 8 melalui label Europe Trip ni
#nak buat camner, network card komputer kat opis pulak rosak, tu yang sebulan tak dapat hapdate story cuti cuti eropah.
#maaf ye kenkawan. ni mood rajin datang, jam 2.30 pagi bangun dan lengkapkan entry ni hehehe..


Monday, October 13, 2014

Cuti Cuti Eropah, Episod 7 : Disneyland Paris



Hari ke 7 di Paris ni...tujuan kami bertiga ni hanyalah untuk ke Disneyland Paris. Kasi can kat CK lah pulak.
Kami beli tiket di kaunter masuk...terlupa berapa harganya kalau tak salah 160 Euro utk 2 dewasa dan 1 kanak kanak. Kami tak beli online sebab ingatkan dapat harga group murah la sikit, tapi last minit ramai rupanya tak nak masuk Disneyland ni, diaorang nak gi tempat lain, maka tinggal 5 orang je yang nak ke Disneyland ni...Agak mengecewakan sedikit sebab kalau I tau dari awal macam tu, baik la beli secara online dari Msia lagi, boleh dapat sehingga 40Euro /adult tau !!!
Tiket tu cover 2 parks: Disneyland Park dan Walt Disney Studio Park. Kami masuk ke Walt disney park dulu, pastu baru Disneyland park sebab nak tunggu parade jam 5.30 petang di Disneyland park.
Sedikit info pasal Disneyland Paris ni...ambik dari Google jer..

Disneyland® Park: a kingdom of fairytales

Watch in awe as Disney stories come alive across 5 magical lands. From the enchanting Sleeping Beauty Castle that's the centerpiece of Disneyland® Park, to the fun of the Wild West, right through to boldly venturing to the edge of the galaxy, you'll find a world of adventure and imagination in Disneyland Park.
Each themed land offers a mix of rides, adventures and plenty of Disney sparkle as you mingle with princes and princesses, board a pirate ship, hop in a space craft and more.

Walt Disney Studios® Park: lights, camera... action!

Explore the world of Disney film and animation in Walt Disney Studios® Park. This complex of 5 zones takes you into the heart of Disney where you'll see how the characters are brought to life on screen.
From live shows featuring hair-raising stunts to fun rides for little ones and thrill seekers alike, there's something for everyone to enjoy.

Magical parades, sparkling shows

Watch your favourite characters come to life before your eyes as they glide though Disneyland Park in sparkling splashes of colour, light and music - you'll love the carnival atmosphere of Disney Magic on Parade!
Spectacular shows include the fairytale flight of fancy that's Disney Dreams! an electrifying sound and light show with the Sleeping Beauty Castle at its centre.
Biarlah gambar gambar berbicara sendiri...

Main entrance to Disney Paris...

Tiket 2 dewasa , 1 kanak kanak

Kami ke Walt disney studios dulu...


Dah masuk spring, tapi cuaca masih rasa dingin ala ala Cameron highland gitu...

Nak ambik gambar ngan itik ni, beratur hampir 20 minit tau...

Mini Parade di walt disney studio...Ni watak Jasmine & Aladdin

Khas tu budak kecik...karakter Sophia ..

Kami beratur lebih sejam utk naik benda ni... 


Ni je kot permainan yang beratur kejap je, lebih kurang 20 minit..untuk naik.

Untk bergambar dengan si mickey ni, 40 minit masa menunggu. Iyelah....si mickey ni melayan karenah setiap orng yang nak bergambar dengan dia. Ni haa....siap menari pusing pusing CK dengan Mickey...

Pastu emak-bapak pulak sama posing ngan mickey....sabar ajar lah orang lain yg menunggu.
kami pun tunggu lama wehhh...








Naik tram ni best....tengok trick bagi setiap scene, siap ada bom meletup, banjir, trak bergerak dan macam macam lagi.

Selepas selesai di disney studio, kami ke disney park pulak.
Bersebelahan aje kedua dua park ni, tapi lenguh jugak kaki berjalan..

CK dah sangat excited bila nampak disney castle kat belakang tu...


Ahaksss...

Tengok la punya ramai ummah kat sini. Hari ni hari Jumaat, public holiday diaorng ni Jumaat kah ?

Baju baju karakter kartun klasik disney spt Cinderella, Snowwhite...
Nasib baik CK tak merengek nak baju ni. Sehelai baju berharga 50-60 Euro tu...




Satu lagi permainan yg menguji kesabaran menunggu...Hampir sejam beratur nak naik jumbo ni. Terpaksa ikutkan sebab CK nak naik sangat benda ni...huhuhu..

Muka happy dapat naik the flying jumbo. 


Tengah mencari spot untuk menonton parade...Malangnya  terlalu ramai orang, dapat duduk kat belakang je..

Apalah yang anak omputih ni tenungkan kat CK tu....


Cinderella & prince..


Frozen..


Thank you penguin...

Nak balik dah....

Kalau tak bawak stroller...boleh je sewa atau dukung macam ni ek !!

Have fun with your little ones on Madhatter's Tea Cups at Fantasyland in Disneyland Park.
Rasa macam tak berbaloi bayar tiket mahal tapi tak banyak permainan yg boleh dimain sebab bnyk masa habis dengan beratur aje. Tobat dah nak masuk disneyland ni..tunggu sampai CK besar lah ye supaya dia boleh beratur sendiri kat game yang dia nak main, tak perlu mak-bapak temankan hehehe...

Kami sampai semula di campsite jam 8 15 malam. Masih terang lagi sebab maghrib jam 9 malam. so, sempat solat jamak zuhur-asar  di cabin je....