MISS NUFFNANG

Monday, October 13, 2014

Cuti Cuti Eropah, Episod 7 : Disneyland Paris



Hari ke 7 di Paris ni...tujuan kami bertiga ni hanyalah untuk ke Disneyland Paris. Kasi can kat CK lah pulak.
Kami beli tiket di kaunter masuk...terlupa berapa harganya kalau tak salah 160 Euro utk 2 dewasa dan 1 kanak kanak. Kami tak beli online sebab ingatkan dapat harga group murah la sikit, tapi last minit ramai rupanya tak nak masuk Disneyland ni, diaorang nak gi tempat lain, maka tinggal 5 orang je yang nak ke Disneyland ni...Agak mengecewakan sedikit sebab kalau I tau dari awal macam tu, baik la beli secara online dari Msia lagi, boleh dapat sehingga 40Euro /adult tau !!!
Tiket tu cover 2 parks: Disneyland Park dan Walt Disney Studio Park. Kami masuk ke Walt disney park dulu, pastu baru Disneyland park sebab nak tunggu parade jam 5.30 petang di Disneyland park.
Sedikit info pasal Disneyland Paris ni...ambik dari Google jer..

Disneyland® Park: a kingdom of fairytales

Watch in awe as Disney stories come alive across 5 magical lands. From the enchanting Sleeping Beauty Castle that's the centerpiece of Disneyland® Park, to the fun of the Wild West, right through to boldly venturing to the edge of the galaxy, you'll find a world of adventure and imagination in Disneyland Park.
Each themed land offers a mix of rides, adventures and plenty of Disney sparkle as you mingle with princes and princesses, board a pirate ship, hop in a space craft and more.

Walt Disney Studios® Park: lights, camera... action!

Explore the world of Disney film and animation in Walt Disney Studios® Park. This complex of 5 zones takes you into the heart of Disney where you'll see how the characters are brought to life on screen.
From live shows featuring hair-raising stunts to fun rides for little ones and thrill seekers alike, there's something for everyone to enjoy.

Magical parades, sparkling shows

Watch your favourite characters come to life before your eyes as they glide though Disneyland Park in sparkling splashes of colour, light and music - you'll love the carnival atmosphere of Disney Magic on Parade!
Spectacular shows include the fairytale flight of fancy that's Disney Dreams! an electrifying sound and light show with the Sleeping Beauty Castle at its centre.
Biarlah gambar gambar berbicara sendiri...

Main entrance to Disney Paris...

Tiket 2 dewasa , 1 kanak kanak

Kami ke Walt disney studios dulu...


Dah masuk spring, tapi cuaca masih rasa dingin ala ala Cameron highland gitu...

Nak ambik gambar ngan itik ni, beratur hampir 20 minit tau...

Mini Parade di walt disney studio...Ni watak Jasmine & Aladdin

Khas tu budak kecik...karakter Sophia ..

Kami beratur lebih sejam utk naik benda ni... 


Ni je kot permainan yang beratur kejap je, lebih kurang 20 minit..untuk naik.

Untk bergambar dengan si mickey ni, 40 minit masa menunggu. Iyelah....si mickey ni melayan karenah setiap orng yang nak bergambar dengan dia. Ni haa....siap menari pusing pusing CK dengan Mickey...

Pastu emak-bapak pulak sama posing ngan mickey....sabar ajar lah orang lain yg menunggu.
kami pun tunggu lama wehhh...








Naik tram ni best....tengok trick bagi setiap scene, siap ada bom meletup, banjir, trak bergerak dan macam macam lagi.

Selepas selesai di disney studio, kami ke disney park pulak.
Bersebelahan aje kedua dua park ni, tapi lenguh jugak kaki berjalan..

CK dah sangat excited bila nampak disney castle kat belakang tu...


Ahaksss...

Tengok la punya ramai ummah kat sini. Hari ni hari Jumaat, public holiday diaorng ni Jumaat kah ?

Baju baju karakter kartun klasik disney spt Cinderella, Snowwhite...
Nasib baik CK tak merengek nak baju ni. Sehelai baju berharga 50-60 Euro tu...




Satu lagi permainan yg menguji kesabaran menunggu...Hampir sejam beratur nak naik jumbo ni. Terpaksa ikutkan sebab CK nak naik sangat benda ni...huhuhu..

Muka happy dapat naik the flying jumbo. 


Tengah mencari spot untuk menonton parade...Malangnya  terlalu ramai orang, dapat duduk kat belakang je..

Apalah yang anak omputih ni tenungkan kat CK tu....


Cinderella & prince..


Frozen..


Thank you penguin...

Nak balik dah....

Kalau tak bawak stroller...boleh je sewa atau dukung macam ni ek !!

Have fun with your little ones on Madhatter's Tea Cups at Fantasyland in Disneyland Park.
Rasa macam tak berbaloi bayar tiket mahal tapi tak banyak permainan yg boleh dimain sebab bnyk masa habis dengan beratur aje. Tobat dah nak masuk disneyland ni..tunggu sampai CK besar lah ye supaya dia boleh beratur sendiri kat game yang dia nak main, tak perlu mak-bapak temankan hehehe...

Kami sampai semula di campsite jam 8 15 malam. Masih terang lagi sebab maghrib jam 9 malam. so, sempat solat jamak zuhur-asar  di cabin je....



Monday, September 29, 2014

Breast Lump...

Alhamdulillah..segala puji hanya bagi Allah..
Terima kasih kepada semua kawan kawan yang mendoakan kesihatan I....rasa terharu..

I telah selamat menjalani operation tu selama hampir sejam kot dengan complete bius seluruh badan, dan warded 2 hari. Sekarang ni, I masih lagi MC sebab doc bagi 2 minggu MC dan hari jumaat 3 oktober ni mula kerja semula.  Alhamdulillah...berkat doa mak, suami, adik beradik sedara mara dan rakan rakan semua. Juga berkat amalkan surah alfiil yang Nekcik bagi dan juga doa yang JM minta amalkan tuu. Lump tu bukanlah sel kanser. Syukur sangat sangat...maklumlah, nenek sebelah emak I memang ada breast cancer, tu yang terasa sangat takut bila menunggu nak tahu keputusan tu.

I ingin kongsikan catatan dari mula breast lump ni dikesan sehingga selesai operation, semoga memberi manfaat kepada orang lain yang mungkin mengalaminya juga.

Segala galanya bermula masa bulan puasa tu, rasa tak selesa pada breast semacam ada ketulan (lump) dan ia menyakitkan bila I tekan. Oleh kerana setiap kali period, memang akan rasa sakit pada breast, I ambik keputusan untuk tunggu sehingga next period, iaitu bulan Ogos. I beranggapan mungkin akibat perubahan hormone al maklum bila dah masuk 4 series nii..Pada period bulan Ogos tu, lump itu masih ada dan masih terasa sakit . Hati dah mula rasa cuak.

I terus pergi jumpa pakar sakit puan. Doc tu mengesahkan ada ketulan dan dia bagi pain killer untuk hilangkan sakit dan suruh I datang jumpa seminggu lagi. Lepas abis pain killer tu, lump tu masih rasa sakit. Doc terus minta I pergi jumpa pakar bedah (surgeon) sebab penyakit berkaitan breast adalah di bawah surgeon.

Maka bermulalah pencarian dan bacaan di website berkaitan masalah ni untuk I jadikan panduan. I juga mencari hospital yang juru X-ray dan radiologistnya perempuan. I dapati di hospital KPJ Seremban ada
maka terus ke situ pada 29.8.2014. I buat mammogram...oleh kerana juru X-ray perempuan, tak la rasa segan. Oleh kerana hasil X-ray menunjukkan memang ada lump, I diarahkan untuk membuat ultrasound scanning (macam orang scan baby dalam perut tu). Mujur radiologistnya perempuan Dr Hanumah, jadi tak segan la...Doc Hanumah sahkan memang ada ketulan. Diagnose Dr Hanumah, itu ialah cyst category 2.

I tak teruskan dapat rawatan di KPJ seremban, sebab surgeon nya semua lelaki. Sebaliknya I teruskan rawatan dengan surgeon iaitu Dr Razipah di Hospital Pusrawi  KL. I bawa keputusan diagnose dari KPJ seremban dan tunjukkan pada Dr. Razipah pada temujanji kali pertama pada 3.9.2014.
Gambar dari Google... Ini ialah ultrasound scanning menunjukkan lump yang berwarna hitam tu..

Oleh kerana diagnose di KPJ seremban bagi tau lump itu ialah cyst sebesar 2.5 cm, maka Dr Razipah guna jarum halus untuk cuba keluarkan cecair dari lump tu. Masa tu memang sakit yang amat sangat, memang bercucuran air mata menahan sakit. 3 jenis jarum digunakan oleh doc untuk keluarkan cecair tu tapi tak berjaya. Doc buat kesimpulan...ini bukan cyst sebab kalau cyst cecair tu boleh dikeluarkan. Tapi ini ialah solid dan cara nak keluarkan ialah dengan pembedahan. Doc juga terangkan ada sedikit sampel tisu telah dikeluarkan dan beliau akan hantar analisis untuk tahu apakah jenis tisu tu. Sebab kalau ia tisu dari sel kanser..ada banyak susulan yang perlu dibuat.

Pada temujanji kali kedua pada 7.9.2014, dr Razipah bagitau, analisis ke atas sampel tisu hari tu tidak dapat confirmkan sama ada kanser atau bukan, tapi memang ada sel yang abnormal...Doc cadangkan I terus buat operation untuk buang ketulan tu...kemudian barulah analisis secara menyeluruh boleh dibuat ke atas ketulan tu. Mulai masa tu, setiap kali lepas solat I amalkan surah al fiil seperti yang diberikan oleh Nekcik, iaitu baca 21 kali dan hembuskan ke tempat yang sakit. Thanks so much Nekcik !!

Jadi pada 17.9.2014, I menjalani operation tu...dengan keadaan bius satu badan, pada jam 9 pagi. Dari mula ditolak atas katil dari ward ke bilik pembedahan, mulut I terkumat kamit membaca doa rabbiyassir walatuassir...sampai lah tertidur akibat ubat bius. Thanks JM suruh akak amalkan doa ni !! Sedar sepenuhnya dari operation pada jam 11 pagi dan ditolak masuk ke wad. I pilih bilik berdua sebab ada lah geng waktu malam, masa tu bilik single penuh. CK datang pada waktu tengahari dengan emak I...sedey tengok dia seolah olah cuba memahami apa yang berlaku. Petang tu hubby temankan di wad sampai jam 9.45 malam sebelum dia balik. Walaupun duduk bilik berdua, tak ada geng pun...so layan tv, penat tengok tv I mengaji. Memang I berazam nak mengaji sebanyak yang mungkin sebab tu memang bawa al quran. Bagi yang tak bawa apa apa, jangan risau sebab ada disediakan sejadah, telekung dan al quran kat setiap drawer. Yang bagusnya, setiap kali azan dari surau hospital ni, memang dengar jelas di setiap wad...mungkin itu bezanya Pusrawi dengan hospital lain.

Satu malam je di wad...itu pun memberi keinsafan. Benarlah...ada sunnah Nabi mengatakan, gunakan masa sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sempit...

Apabila Dr Razipah datang melawat pada hari kedua di wad, dia bagitau lebih kurang besar  lump yang telah dikeluarkan iaitu 3 cm..

Gambar dari Google: breast lump... agaknya besar ni lah lump yang dikeluarkan dari my left breast tu..


Gambar dari Google...penyakit yang dikenali sebagai Fibroadenoma

Keluar dari wad pada 18.9.2014 dengan diberi MC selama 2 minggu. Selepas operation tu, tangan sebelah kiri memang tak boleh nak digerakkan sangat sebab akan terasa sakit pada left breast. Emak pun tak bagi gerakkan tangan kiri tu...takut bentan katanya. Selepas seminggu, iaitu pada 25.9.2014, temujanji dengan Dr Razipah, I bagitau yang terasa sakit pada bahagian operation. Doc tanggalkan tampalan dan terus gunakan jarum untuk sedut keluar cecair yang berkumpul di ruang kosong akibat lump yang telah dikeluarkan. Cecair tu yang menyebabkan rasa sakit tu. Selepas selesai, Doc review keputusan dari biopsi ke atas lump...dan keputusannya ialah Fibroadenoma & Fibrocystic disease. Syukur sangat ia bukannya breast cancer...tapi masa tu I sempat merenung diri...andainya keputusannya ialah breast cancer....????

Pengalaman ini sangat menginsafkan, memberi I banyak ruang untuk menginsafi diri dan dan merenung kembali qada dan qadar yang telah Allah tentukan. Terutamanya ingat  5 perkara sebelum datang 5 perkara...
Gambar Dari google...blog jaakecik, terima kasih

Sekali lagi terima kasih banyak banyak kenkawan yang mendoakan kesihatan I, I juga mendoakan kesemua kenkawan sentiasa dirahmati Allah sebagai balasan doa kalian. Thanks Lieyalatiff dear....akak sihat sekarang, alhamdulillah...