MISS NUFFNANG

Tuesday, January 28, 2014

Australia, Melbourne Day 5. Great Ocean Road

Hari ni merupakan hari ke 5 percutian kami di Melbourne, Australia. Kalau dicampurkan dengan percutian kami di Sydney, keseluruhannya merupakan hari ke 9 di bumi Australia ini. Terasa lama lah pulak meninggalkan Malaysia tanah air tercinta...

Hari terakhir cuti cuti Melbourne ni dipenuhi dengan kunjungan ke the Great Ocean Road. Jauh juga tempat tu...hampir 300 km dari Melbourne kot. Kali ni, kami gunakan khidmat Hamzah sekali lagi. Kali pertama, dah gunakan khidmat Hamzah ke Philiph island, Melbourne. Boleh rujuk sini untuk cerita Philiph Island tu dan boleh nilaikan sendiri service Hamzah ni. Pada kami, Hamzah ni memang service terbaik la...value for money orang kata.



Pagi tu kami breakfast di kantin Malaysian Hall Melbourne iaitu nasik lemak. Sambil makan tu, bertemu dengan ramai jugak pelancong dari Malaysia. Tapi I sedikit musykil...sebabnya kebanyakan mereka, masih tiada itinerary nak ke mana, malahan ada yang baru nak mencari kereta sewa, .... ermmmm...itu bukan style kami la. Mungkin sebab kami travel dengan budak kecik, so segala perancangan mesti ada supaya boleh bergerak pantas...Ah ! Lain orang lain ragamnya kannnnnn...
Selepas sarapan, kami settle check out dulu, dapatlah semula duit deposit AUD 200. Bila Hamzah sampai, terus semua beg sumbat kat dalam bonet kereta je. Flight balik KL awal pagi esoknya iaitu 0125. Kiranya keluar dari MH, terus ke Great Ocean Road (GOR) dan akhirnya Hamzah akan hantar terus ke airport la..

Tempat pertama kami singgah dalam perjalanan ke GOR iaitu sunday market..Saja singgah nak beli buah cherry yang super duper sedap dan manis. Alaaa..kira macam kat hentian R& R kita lah sunday market ni..


Banyak jenis buah dijual di sunday market ni...tapi kebanyakan buah datang dari Queensland

Fresh strawberries.....

Highway M1 menuju ke Great Ocean Road

Tempat kedua, kami singgah di Splitpoint Lighthouse. Singgah ambik gambar dan juga minum teh dan makan scone yang sangat sedapppp di situ..


Dalam perjalanan ke GOR tu, banyak pekan kecil yang ditempuhi. Antaranya Geelong, Lorne, Apollo bay.... Kami singgah sekejap di Lorne untuk bawa CK ke toilet, cuaca agak sejuk masa tu, takut pulak tetiba CK cari toilet kat tengah tengah jalan kannnn..jadi sebagai ibu prihatin ni, terpaksalah memikirkan segala kemungkinan. Itulah sebabnya ramai orang tak nak travel dengan anak kecil...memang agak renyah tapi bagi kami, alah bisa tegal biasa..


Splitpoint Lighthouse....rumah api kat belakang tu..

Cantik betul pemandangan laut dari lighthouse ni...

Splitpoint lighthouse...

Hamzah dan hubby...

Menikmati scone dan minum teh di sini. Rumah api nampak di belakang tu. Selalunya makan scone kat Cameron highland jer..




Pintu gerbang memasuki the Great ocean Road




Pemandangan pantai dari tepi pintu gerbang GOR..Cuaca cantik pada awal perjalanan.

Menjelang tengahari....laut bergelora, angin kencang, awan mendung jer. 

Kami singgah di pekan kecil Apollo bay untuk lunch di restoran Iluka. Jangan risau sebab restoran ni ada sijil halal. Cuaca agak sejuk  menyebabkan perut mudah lapar. Oleh kerana I tak bawa apa apa sweater, maka terpaksalah membeli jumper di sini.Tak tahan kesejukan sebab angin bertiup kuat.  Nasib baik ada  kedai menjual sweater & jumper ni...murah jer AUD 9.90 untuk sehelai jumper.


Restoran Iluka terletak di tepi jalan utama di Apollo bay

Selepas lunch, terus bersolat di kawasan rehat berbumbung di taman ni. Kawasan ni berhadapan dengan resto Iluka..

Sepanjang jalan...pemandangan macam ni tak jemu mata memandang..

Selain melalui jalan raya pinggir laut, kami juga melalui kawasan hutan yang dikenali sebagai Otway ranges..

Hamzah berhenti isi minyak di satu kawasan nama Princetown yang terletak di atas bukit dan terkeluar sedikit dari jalan utama. Tak tau nak panggil pekan ke apa tempat ni, sebab stesen minyak dia hanya ada satu pam jer. Masa tu keadaan sangat sejuk sebab angin bertiup kuat. Nasib baik toilet yang disediakan bersih..cuma agak ngeri sebab berbunyi bunyi sebab ditiup angin kencang!! Ahaksss...apa akan jadi kalau tetiba bumbung dan dinding toilet tu tercabut ??


View dari atas bukit Princetown. Bestnya kalau dapat join punting ngan orang tu hehehe...

Stesen minyak hanya ada satu pam minyak

Kami singgah di Gibson's step pulak. Tiupan angin sangat kencang di sini...tak berani nak turun ke tepi pantai. Rasa melayang layang jer..


Gibson steps... Tengok lah orang orang tu gigih berjalan di tepi pantai 

Tengoklah rambut CK...akibat tiupan angin kencang!!!

Jumper biru baru beli kat Apollo bay !!

Akhirnya kami sampai ke tempat yang menjadi tarikan utama pelancong iaitu the Twelve Apostles. Fenomena pembentukan batu yang menakjubkan terhasil dari hakisan oleh air dan angin. Subhanallah...sungguh cantik !!! Asalnya ada 12 batu tu tapi rasanya dah tinggal 10 je kot...dan ada yang saiznya dah semakin mengecil..


Presenting...the Twelve Apostles..

Nampak tak kat mana CK ??? Dia peduli apa mak bapak kat mana...yang penting dia sikit pun tak meragam penat..enjoy je
Masa ni dah jam 5 petang !!

Subhanallah...



Masyaallah...



Awan mendung...tapi tak hujan, cuma gerimis jer..
Agak lama juga di Twelve Apostles...rasa berbaloi datang jauh melihat pemandangan yang sangat cantik ini. Tapi kalau nak datang kali kedua mungkin tak... sebab sangat jauh dari Melbourne city. Rasa kebas punggunglah duduk dalam kereta. Ini pun nasib baik, Hamzah boleh berhenti kat mana mana bila kami minta untuk ambik gambar atau nak bawa CK ke toilet. 


Pantai di Lord Ard Gorge...di pantai ni 2 mangsa terselamat selepas kapal bernama Lord Ard Gorge dari england kot pecah dan karam.

Lord Ard Gorge....satu lagi fenomena alam semuladi di mana tebing dan teluk terbentuk akibat hakisan air dan angin



Akhir sekali kami singgah di Fort Campbell...melihat pekan kecil yang aman damai jer. Kami tak sempat ke satu kawasan bernama London Bridge...tak perlah. Masa tu dah jam 6.30 petang. Kalau boleh nak sampai ke airport dalam jam 10 malam.



Jalan balik ke Melbourne, kami ikut jalan lain pula. Sebab Hamzah kata lebih dekat sikit untuk sampai ke airport. Kali ni kami dapat lihat lebih banyak kambing biri biri dan lembu ternakan di padang rumput yang menghijau. Wahhhh...cantik betul pemandangannya. Terus I mintak Hamzah berhenti untuk ambik gambar.


Padang rumput menghijau saujana mata memandang

Ahaksss....bebiri ni perasan kami tengah ambik gambar dia. Terus dia berposing....comellll !!!

Memula dua tiga ekor lembu ni perasan kami berhenti dan ambik gambar dia....




Lepas dia beberapa ekor berbunyi moo moo....ramai pulak yang datang ke tepi pagar nak berposing jugak.
Hahaha...suka !


Pengalaman ke GOR memang best. Walaupun banyak masa habis dalam perjalanan aje, tapi kami puas hati dapat melihat ciptaan Allah yang sangat mengkagumkan. Akhirnya kami sampai di Tullamarine airport jam 10 malam. Terus cari restoran Nodle yang jual makanan halal. Masa ni Hamzah pun join sama makan kat airport.

Flight Melbourne -KL jam 0125 pagi tu dipenuhi dengan Ausie yang nak bercuti ke Malaysia. Oh ya... pemeriksaan kastam agak strict di airport, walaupun kita dah nak balik dah. 

I rasa belum sempat pun kapal terbang tu take off... kami 3 beranak dah terlelap dah !!!

So, sesiapa yang nak guna private tour oleh Hamzah ni bolehlah contact email dia ye...worth for money !!! Jangan lupa mention blog ni yek...hahaha !!

email Hamzah : xplorevic.pt@gmail.com


Thursday, January 16, 2014

Australia, Melbourne Day 4. City Tour..

Hari ke 4 cuti cuti Melbourne diisi dengan jalan jalan sekitar bandar Melbourne jek. Sedih gak rasa percutian di Australia dah hampir ke penghujungnya... (woiii sedarlah diri..poket dah nak kering dah !!)


Oleh kerana dah top up myki card semalam di Brighton beach station, maka hari ni tak nak top up lagi. Sebabnya hari ni hanya akan naik tram 2 kali jer iaitu dari MH --> Flinders street station dan patah balik ke MH. Selebihnya, kami akan menggunakan free city circle tram aje. Esok pulak, Hamzah akan ambik kami untuk ke Great Ocean Road.



Ni lah Flinders street station...


Tram sedang melalui Flinders street...

3 bangunan berdekatan ...A=Flinders street station.  B=Melbourne visitor centre. C= Federation square

Sebaik turun di Flinders street station, kami ke Philiph Arcade yg terletak berdepan dengan Flinders street station. Tujuannya nak cari kedai Arthur's Daily yg menjual pelbagai barangan termasuk souvenirs dengan harga yang murah. Memang betul harganya murah cuma tak banyak pilihan...kami hanya survey jer sebab nanti nak banding dengan harga dan pilihan kat Q.Victoria market pulak...


Selepas habis sesi survey, kami berjalan mencari Hosier lane...yang terkenal dengan grafiti atau lebih dikenali sebagai streetart. Ada banyak lorong lorong grafiti macam ni, tapi Hosier lane paling famous lah...


Walaupun kami tak pandai seni lukis ni, tapi kagum jugak melihat belakang bangunan jadik cantik pulak dengan contengan grafiti niii...


Grafiti @Hosier Lane....

Hosier Lane terletak bertentangan dengan Federation square ni...



Street art @ Hosier Lane. Cantikkaannnnnn ....




Ahaksss.....model cilik dengan wajah serius !!




Tengoklah tourist tu...punyalah merenung grafiti yang tersangatlah seninya tu..


Selepas ambik gambar di Hosier lane, kami terus naik free city circle tram untuk ke bangunan parliament pulak.



Kereta kuda melalui Parliament house dan Windsor hotel..

Tuan tanah nak gak tempek gambar...

Selepas bersarapan bekalan nasi lemak, di taman bersebelahan parliament house ni, kami naik free city circle ni nak ke Queen Victoria market pulak..




Queen Victoria market....
Kami tak pasti dimana letaknya tempat jual souvenirs jadi kami masuk je melalui pintu seperti kat gambar di atas...Rupa rupanya itu pintu ke bahagian jualan benda basah...Bersih betul pasar basahnya, kiranya kalau beli sayur ikan sambil tolak stroller baby pun bolehhhhh..


Keadaan pasar yang bersih. Semua bahan jualan dipamerkan dengan cantik sekali...


Wet market @ QVmarket

Keluar dari bahagian pasar basah, baru terjumpa bahagian orang menjual buah buahan dan juga souvenirs segala macam FM, keychains dan lain lain...


Sempat beli grapes untuk CK...sebagai pelawas katanya..



Geram betul tengok buah cherry ni....sedap betul rasanya !!!



Ada pulak cherry tip competition kat sini....Untuk tujuan promosi cherry lah kot !



Christmas season.....CK memang leka lah tengok benda benda ni. Mujur semua dalam cermin ajek !


Kami bergerak ke Harbour town mall pulak, juga dengan menggunakan free tram city circle tu...Kat sini banyak jugak tempat untuk shopping tapi kalau yang berhajat nak cari pinggan mangkuk correle tu, memang tak de aaa kat sini. Tu kena pergi F.O lain lah...

Kami shopping perfume dan jaket kulit kat sini. I sempat gak rembat satu tote bag... Oklah harganya...Ada jugak kedai jual souvenirs dan harganya murah sikit dari QV market dan pilihan pun lebih banyak..Tapi kami lebih banyak jalan jalan cuci mata je kat sini. Kebetulan ada pulak resto chillipadi kopitiam...sedap betul pekena teh tarik dan bihun tomyam hehehe...Macamlah dah bertahun tak makanan !!!




Window shopping@ harbour town mall...

Makan dan minum di chilli padi mamak kopitiam @harbour town
Kami cari port untuk sembahyang dulu lepas tu baru nak jalan jalan ke tepi laut. Walaupun cuaca panas tapi nyaman jer rasa terutama bila angin bertiup. CK pun terus terlena kat atas stroller dia... Yeayyy...senang kami nak keluar masuk kedai sambil tolak stroller dia.


Aktiviti terakhir ialah jalan jalan di tepi laut berhampiran harbour town ..







CK baru bangun tidur....








Etihad Stadium nun di belakang tu. Banyak bot mewah parking kat kawasan ni...


Lepas ambik gambar di kawasan Melbourne city Marina ni, kami naik free tram untk ke Flinders street station semula. I gi semula ke Arthur's daily untuk beli beberapa benda yang berkenan sementara hubby pulak gi carik nasi biryani untuk makan malam nanti...


Petang tu untuk kali pertama di Melbourne ni, kami sampai di MH jam 7 malam. Ada misi utama sebenarnya balik ke bilik awal ni. Kami nak basuh baju menggunakan laundry machine yg pakai coins tu. Basuh AUD $2  dan kering AUD $ 1. Sebenarnya, ni kali kedua nak guna mesin ni, masa hari pertama sampai kat MH dah basuh semua baju yg pakai kat Sydney. Alhamdulillah....semua baju dapat dibasuh dan siap kering. Terus lipat dan simpan dalam beg besar.

Esok merupakan hari terakhir di Melbourne. Kami akan check-out awal pagi...dan akan ke Great Ocean Road sepanjang hari bersama dengan Hamzah, driver merangkap tourguide  merangkap cameraman...hehehe. Flight balik ke KL ialah 0125 pagi. Jadi Hamzah kata memang cukup masa untuk tour GOR.