Oleh kerana dah top up myki card semalam di Brighton beach station, maka hari ni tak nak top up lagi. Sebabnya hari ni hanya akan naik tram 2 kali jer iaitu dari MH --> Flinders street station dan patah balik ke MH. Selebihnya, kami akan menggunakan free city circle tram aje. Esok pulak, Hamzah akan ambik kami untuk ke Great Ocean Road.
Ni lah Flinders street station... |
Tram sedang melalui Flinders street... |
3 bangunan berdekatan ...A=Flinders street station. B=Melbourne visitor centre. C= Federation square |
Sebaik turun di Flinders street station, kami ke Philiph Arcade yg terletak berdepan dengan Flinders street station. Tujuannya nak cari kedai Arthur's Daily yg menjual pelbagai barangan termasuk souvenirs dengan harga yang murah. Memang betul harganya murah cuma tak banyak pilihan...kami hanya survey jer sebab nanti nak banding dengan harga dan pilihan kat Q.Victoria market pulak...
Selepas habis sesi survey, kami berjalan mencari Hosier lane...yang terkenal dengan grafiti atau lebih dikenali sebagai streetart. Ada banyak lorong lorong grafiti macam ni, tapi Hosier lane paling famous lah...
Walaupun kami tak pandai seni lukis ni, tapi kagum jugak melihat belakang bangunan jadik cantik pulak dengan contengan grafiti niii...
Grafiti @Hosier Lane.... |
Hosier Lane terletak bertentangan dengan Federation square ni... |
Street art @ Hosier Lane. Cantikkaannnnnn .... |
Ahaksss.....model cilik dengan wajah serius !! |
Tengoklah tourist tu...punyalah merenung grafiti yang tersangatlah seninya tu.. |
Selepas ambik gambar di Hosier lane, kami terus naik free city circle tram untuk ke bangunan parliament pulak.
Kereta kuda melalui Parliament house dan Windsor hotel.. |
Tuan tanah nak gak tempek gambar... |
Selepas bersarapan bekalan nasi lemak, di taman bersebelahan parliament house ni, kami naik free city circle ni nak ke Queen Victoria market pulak..
Queen Victoria market.... |
Keadaan pasar yang bersih. Semua bahan jualan dipamerkan dengan cantik sekali... |
Wet market @ QVmarket |
Keluar dari bahagian pasar basah, baru terjumpa bahagian orang menjual buah buahan dan juga souvenirs segala macam FM, keychains dan lain lain...
Sempat beli grapes untuk CK...sebagai pelawas katanya.. |
Geram betul tengok buah cherry ni....sedap betul rasanya !!! |
Ada pulak cherry tip competition kat sini....Untuk tujuan promosi cherry lah kot ! |
Christmas season.....CK memang leka lah tengok benda benda ni. Mujur semua dalam cermin ajek ! |
Kami bergerak ke Harbour town mall pulak, juga dengan menggunakan free tram city circle tu...Kat sini banyak jugak tempat untuk shopping tapi kalau yang berhajat nak cari pinggan mangkuk correle tu, memang tak de aaa kat sini. Tu kena pergi F.O lain lah...
Kami shopping perfume dan jaket kulit kat sini. I sempat gak rembat satu tote bag... Oklah harganya...Ada jugak kedai jual souvenirs dan harganya murah sikit dari QV market dan pilihan pun lebih banyak..Tapi kami lebih banyak jalan jalan cuci mata je kat sini. Kebetulan ada pulak resto chillipadi kopitiam...sedap betul pekena teh tarik dan bihun tomyam hehehe...Macamlah dah bertahun tak makanan !!!
Window shopping@ harbour town mall... |
Makan dan minum di chilli padi mamak kopitiam @harbour town |
Aktiviti terakhir ialah jalan jalan di tepi laut berhampiran harbour town ..
CK baru bangun tidur.... |
Etihad Stadium nun di belakang tu. Banyak bot mewah parking kat kawasan ni... |
Lepas ambik gambar di kawasan Melbourne city Marina ni, kami naik free tram untk ke Flinders street station semula. I gi semula ke Arthur's daily untuk beli beberapa benda yang berkenan sementara hubby pulak gi carik nasi biryani untuk makan malam nanti...
Petang tu untuk kali pertama di Melbourne ni, kami sampai di MH jam 7 malam. Ada misi utama sebenarnya balik ke bilik awal ni. Kami nak basuh baju menggunakan laundry machine yg pakai coins tu. Basuh AUD $2 dan kering AUD $ 1. Sebenarnya, ni kali kedua nak guna mesin ni, masa hari pertama sampai kat MH dah basuh semua baju yg pakai kat Sydney. Alhamdulillah....semua baju dapat dibasuh dan siap kering. Terus lipat dan simpan dalam beg besar.
Esok merupakan hari terakhir di Melbourne. Kami akan check-out awal pagi...dan akan ke Great Ocean Road sepanjang hari bersama dengan Hamzah, driver merangkap tourguide merangkap cameraman...hehehe. Flight balik ke KL ialah 0125 pagi. Jadi Hamzah kata memang cukup masa untuk tour GOR.
Kalau berjalan ni mmg lupa diri..sedey bila duit dah tinggal syilling jer tapi masih ada lagi yang nak dibeli..cantik dan bersih pasar mereka kan...nak masuk pun seronok
ReplyDeleteMemang betul nekchik. saya suka pasar basah diaorng tu..
DeleteCanti betul bangunan Flinder St Stn yang femes tu...warna pun menarik...
ReplyDeleteCantik lah gambar akak di parliement of Victoria tu..so sweet...tk percaya umur 40++ tau hikss
Ahaa...ingat di Gold Coast je ada Harbour Town..di sini pun ada..best..best...(dh ada aim lah tu)
Nanti JM pergi situ...ambik gambar bebanyak ye !! Ahaksss...terima kasihlah puji ahkak..hehehe.
DeleteTentu JM dah aim sesuatulah tu...
rindunyer ngan bandar nie. bangunan yang cantik & udara yang segar : )
ReplyDeletemiesha study kat sana ke ??? Akak memang sukalah melbourne...rasa macam nak pergi lagi ke sana. (statement tak boleh blahhh !!! Hahaha..)
DeleteCuaca pun best dan banyak tempat menarik boleh cover dalam sehari...
ReplyDeleteTapi... ceri tu memang tak boleh tahan... hehe
Kebetulan cuaca cantik en.mie...tu yang pulun sebanyak mungkin tempat yang boleh pergi. Ceri tu memang mengiurkan yek !
Deletecantiknye kak....semua gambar cantik2...enjoy lieya tgk...mmg rase mcm lieya pun kat sane sekali hah.....
ReplyDeletetertarik dgn lukisan kat dinding tuh...kalo kat tempat kite ni comot n nampak selekeh jek...tapi kat situ cantik kan kak.... dah jadi tarikan pelancong plak...bagus camtu kan.....
lieya pun tertarik tgk ceri tu...segarnye kak!!!!!! ish syok tu buat kudap2.....kat sini tak tau nape...rasenye mcm lain jek.... fresh2 jugak sedap manis n juicy kan kak....
ck comel!
Tu lah lieya...kalau ke tempat orang, jeles tengok keadaan yang bersih dan cantik. Best kalau tempat kita pun macam tu..
DeleteA ahh...memang segar bugar ceri tu, rasanya pun lebih manis lieya.
wah.. bestlah. tk pernah lgi travel ke aussie. tp skrg tgh plan lah. tgk gambar2 tu lagi lah teracun nk travel oversea. heheh! ohyea. jemput lah singgah blog ye. manalah tahu kot2 sudi jadi penulis jemputan. :)
ReplyDeletehttp://iluvtour.com
cantik2 dan clear gambar2 kt melbourne tu.. inshaAllah tahun depan nak transit kat Melbourne 3 hari before gi ke NZ.
ReplyDeleteberapa harga package ke GOR tu.
Salam sis, still interested ke GOR ke? Boleh email ke yourvacays@gmail.com for quotation. :)
Deleteslm, victoria market hari pe paling murah , jumaat or sabtu?
ReplyDeletesaya pun pernah ke sana tapi tak sempat pun nak singgah beli ceri tu.rugi pulak rasanya.... cantik gambar
ReplyDeletesaya pun pernah ke sana tapi tak sempat pun nak singgah beli ceri tu.rugi pulak rasanya.... cantik gambar
ReplyDelete