MISS NUFFNANG

Monday, December 23, 2013

Australia : Melbourne Day 2. Happy Day @ Philiph Island

Hari kedua di Melbourne, kami ambik private tour dengan Hamzah, anak muda Malaysia yang mencari rezeki di sini. Selain menjalankan restoran dengan rakan kongsi, private tour merupakan satu lagi cabang bisnis Hamzah. Nanti, kat akhir entry ni, I letakkan email Hamzah ye. Sebelum tu...boleh baca dulu pengalaman kami dan pembaca boleh nilaikan sendiri service Hamzah ...

Pagi ni, kami sarapan nasi lemak yang telah ditempah dari chef Aznil, AUD$5 / pax. Sedap betul...habis licin kami makan. Jam 10 pagi, Hamzah datang jemput kami di MH Melbourne. Perjalanan dari MH ke Philiph Island ambik masa lebih kurang 1 jam setengah.

Jam 11.30 pagi kami sampai di destinasi pertama iaitu Maru Wildlife Park. Ia terletak 15 min dari Philiph Island. Bayaran masuk AUD$ 17/adult dan AUD $10/child (pakej yang kami ambik dari Hamzah, dah termasuk semua entrance fees). Di park ni, selain dari kanggaru dan koala, ada  banyak haiwan lain. Seronoknya tengok banyak kanggaru di wildlife park ni...Koala pulak seperti biasalah, tidur je kerjanya. Kalau nak bergambar dgn koala di Koala Close Encounter, kena bayar lain. Hamzah bagi kami satu bekas makanan yang boleh diberi kepada semua haiwan yang ada kat sini.

"With a large number of exhibits, Maru’s animal park aims to give guests the opportunity to have close and personal encounters with its animals. Our animals include three species of kangaroo, two species of wallaby, dingoes, Tasmanian devils, emus, parrots, native Australian birds, a pony, donkey, alpaca, sheep, blue tongue lizard and turtles, just to name a few! Guests can also view koalas at any time from our raised boardwalks and platforms.Guests are also certain to enjoy the opportunity to hand-feed our kangaroos, wallabies, parrots and stock animals." -dari website Maru wildlife park


CK memerhatikan koala yang tengah lena...

Budak baju hijau tu ialah student yang datang dengan lawatan high school..tetiba dia offer
kami makanan utk diberi kepada biri-biri ni..

Comeiiiii....ni ialah alpaka...

Bagi kanggaru makan. CK paling ingat moment ni...setiap kali bercerita pasal kanggaru pada nenek,
dia akan buat aksi macam kanggaru ni buat..hehehe...comeiii

Makan jangan sepah sepah ye !!





Bila kanggaru tu berdiri..sekali ganda lebih tinggi dari CK



CK : "Bukak mulut, kita nak bagi makan ni....haaa...siapa lagi yang belum dapat ?"

Kanggaru albino


Destinasi kedua ialah ke Panny's Chocolate Factory. Tempat ni ada keluar dalam Rasa Halal Australia yg dihoskan oleh Heliza Helmi. Panny ni kalau tak silap orang malaysia. 

Di sini ada cafe menjual makanan halal. Kami makan fish and chips je share 3 beranak sebagai alas perut sebelum makan berat di Cowes nanti.



Yang lawaknya di Pannys ni, kami tak minat nak borong coklat pun, tapi lebih leka main game untuk dapatkan 6 biji bola kayu sebesar bola ping pong. Sebabnya, 6 biji bola tu nanti akan ditukarkan dengan 6 biji coklat sebesar bola pingpong tu jugak secara percuma jek ! Kebetulan orang tak ramai masa tu, maka kami jer yang conquer hehehe...


Main game ni utk dapatkan bola kayu sebesar bola pingpong. Dapat 6 biji bola tu nanti boleh ditukarkan dengan 6 biji coklat juga sebesar bola pingpong, percuma aje !

Oleh sebab masa ni orang tak ramai, mak bapak CK yang leka main game nak dapatkan bola tu


Menadah tangan, nak dapatkan coklat free dari penguin robot tu..






Di entrance masuk ke chocolate factory.

Ni lah coklat free yang kami dapat. Dapat 18 biji semuanya...tinggal ni jer...
sebab CK dah ngap ngap masa dalam kereta..



Destinasi ketiga, kami singgah Churchill Island Heritage Farm. Tak tau berapa entrance fees sebab dah dibayar oleh Hamzah.

Laaaa....kami terlepas nak tengok cow milking jam 2.10 pm niii...



Kuda ni nama Sophie....kami main tarik jek rumput, bagi dia makan. Friendly Sophie ni....mesra pengunjung, katanya !!

Satu keluarga dari Malaysia ni jugak gunakan khidmat Hamzah untuk private tour. Tapi sebab I dah book Hamzah dulu, so Hamzah mintak kawan dia, yang di sebelah hubby tu tolong bawa keluarga ni..

Kami enjoy betul di farm ni, bestnya kalau ada kawasan lapang macam ni kannn....


Entah apalah yang dibincangkan Hamzah dan hubby  tuuu...


Tengokkkk.....siap terbaring kat atas rumput !!!

Hamzah siap suruh kami posing berdua sebab anniversary photoshoot, katanya. Hamzah rela menjadi fotografer hehehe....Terima kasih ye Hamzah !! Macam macam posing Hamzah suruh kami buat...

Ahaksss......wedding anniversary photoshoot, kata Hamzah.

Farm house...

Banyaknya sheep...



Pekerja ni tengah bagi ubat kat setiap ekor bebiri niii...
Nampak tak anjing kat luar kandang tu ? Dia sibuk mengawal bebiri tu.....


Ni di taman lavender......suka sangat !!!



Destinasi keempat, kami ke Cowes, pekan kecil di Philiph Island, untuk late lunch. Mula mula kami beli pizza dan nasi beriani di resto Jeronimos. Then berkelah di atas bukit berhampiran Cowes jetty.. Kami makan dan kemudian solat di sini. Hamzah ada bawakan alas plastik besar utuk berkelah dan bersolat di sini..

Resto Jeronimos....ada sijil halal dilekatkan di cermin tuu...

Kami bentang plastik besar dan berkelah dan solat di atas rumput ni....



Lagi aksi anniversary photoshoot.... I likeeee...
Hamzah siap lemparkan roti roti untuk panggil merpati ni datang





Destinasi kelima ke The Nobbies...Ni ialah tempat paling hujung di Philiph Island ni. Di sini tempat kita boleh nampak seal dan dolphins..kalau bernasib baik lah..Masa kami sampai di sini, cuaca sangat sejuk sebab angin tengah bertiup kencang.






Anak panah tu menunjukkan tempat seal melepak....Lebih baik naik boat untuk lihat lebih dekat. Kenalah bayar extra !!



Ni lah rupa seal...


Warna air laut tu berbeza di kawasan berhampiran batu...


View ni dari atas bukit. Di pantai tu lah penguins akan mendarat sebaik matahari terbenam..

Akhir sekali barulah sampai ke tempat Penguins Parade...Ada entrance fees dikenakan untuk masuk ke sini. Untuk kami, Hamzah bayarkan. Penguins ni hanya akan muncul sebaik matahari terbenam. Pengunjung hanya boleh lihat jer dan tidak dibenarkan mengambil gambar sebab takut akan merosakkan mata penguins ni yang sensitif pada flash camera...









Gambar dari google



Beginilah rupa penguins ni berjalan terkedek kedek .
Jauh oooo diaorg ni berjalan... dari pantai sampai ke tempat parking kereta pun ada.
Gambar dari google..

Kami antara orang terakhir yang keluar dari tempat boardwalk tu sebab asyik sangat tengok penguins ni berjalan terkedek kedek. Bila kami berjalan ke tempat parking kereta, ternampak 3-4 ekor penguins di situ.... jauhnya mereka berjalan dari tepi pantai tadi. Adalah dalam 2 ke 3 km tu jaraknya...Patutlah di tempat parking kereta, ada signboard, pengunjung diminta tengok di bawah kenderaan dahulu sebelum menghidupkan enjin.



Letih betul sepanjang hari ni. Jam 12 tengah malam, barulah kami sampai di MH semula...letih yang teramat sangat tetapi kami sangat berpuas hati. Hamzah layan jer..kerenah kami yang sekejap sekejap nak berhenti bergambar di mana mana lokasi yang kami nak...Kami memang berpuas hatilah dengan khidmat Hamzah ni. Dah anggap macam adik sendiri jer dah dia ni...Tour seterusnya kami ambik dengan Hamzah ialah tour ke Great Ocean Road iaitu hari terakhir kami di Melbourne nanti.

Jadi, ni lah email Hamzah :
xplorevic.pt@gmail.com

Kalau sesiapa yang contact Hamzah, mentionlah nama I atau blog I ni, mana tau kot kot dapatlah diskaun....



18 comments:

  1. Wow....byk betul tempat kak ITa pegi dalam 1 hari..kul 12 mlm baru sampai hostel..Wah...mmg terbaek lah Hamzah ni..mmg puas hati lah kan..siap tlg ambik gambar yg ada burung2 terbagn tu...CANTIK..best aa sbb dia hanya bawak family kak Ita je kan..tak campur ngan org lain..PRIVATE Tour nama nya pun..

    Hamzah tu dah kahwin belum..ahak..TETIBA tanya soalan tu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaksss...tu la pasal, akak memang puas hati. Hamzah ni memang buat private tour...
      Part burung berterbangan tu paling akak suka....idea Hamzah lah tu.
      Oopsss....Hamzah belum kahwin lagi, tahun depan nak kahwin katanya...hehehe..

      Delete
    2. alaaaaa..melepas lah JM..kalau masih bujang ada chance..ahahaah

      Delete
  2. Macam berbaloi-baloi trip ni...banyak tempat boleh singgah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak murah, sewa kereta opsyen yang lebih baik. Tapi...kalau nak mudah, private tour opsyen yg lebih baik. Tepuk dada tanya selera....kannnnn en.mie !!!

      Delete
  3. so far mmg puas hati la kak servis hamzah ni...bukan setakat jadi tourist guide malah jadi photographer pun boleh....senang bkerja dgn org jenis tak berkira mcm nie....die pun mcm ikhlas nak bawak kite berjalan...camni la bagus....sonok tgk....

    bagus CK tak takut die pegang kangaroo tu kan kak.....rileks jek boleh suap makan....kalo lieya pun belum tentu berani kaakakakaka.....jakun betul lieya ni kan....

    suke gile pic2 anivesari akak...cantik2...pic yg merpati terbang tu mmg cantik...pandai hamzah umpan merpati tu....terus jadi menarik pic akak berdua tuh....

    lg satu lieya suke tgk sheep kat sane...nampak bersih n kemas jek kan.....mmg dijaga rapi nampaknye tu...mesti tak berbau sgt kandang die kan kak.....uihh puas dpt tgk pic akak nie...seolah2 lieya pun bercuti kat sane sekali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnn lieya...Tu lah, akak rekomen Hamzah ni bagi sesiapa yg nak berjalan ke melbourne.
      CK memang suka ngan binatang...
      Hahaha...akak pun suka gambar merpati terbang tu..

      Delete
  4. cantiknya gambar akak ngn husband tu..pandai hamzah tu snap..wajib framekan akak!!! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...akak pun terpikir nak besarkan dan framekan gambar tuuu zila...

      Delete
  5. Cantik la Phillips Island ni... siap ada penguin bagai. Seronok p dngn family ni..he..he.. Hamzah ni kira 2 in 1 la... Tourist guide cum cameraman...he..he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul farikica...best jalan ngan family. Ada satu lagi...hamzah ni declare dia babysitter gak....sebab kena jaga CK sambil mak bapak CK ni sibuk ambik gambar pemandangan..hahaha..

      Delete
  6. rindu sgtt melbourne... sedeyy

    ReplyDelete
  7. salam puan. boleh tanya berapa total budget puan di melbourne dan sydney?

    ReplyDelete
  8. Salam tour budget dgn hamzah tu berapa kosnya

    ReplyDelete
  9. Salam kak rozita. Tumpang tanya. Saya ingin ke Melboune. Saya ingin tahu kos budget encik hamzah ke Phillip island dan great ocean road. Thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis. Kalau awak still intereted untuk ke Phillip Island and Great Ocean Road, boleh email ke yourvacays@gmail.com yee. InsyaAllah reasonable and affordable.. :)

      Delete