Hari ketiga di Europe ni, kami akan bergerak ke Belgium
pulak. Perjalanan dari Amsterdam ke Belgium ni mengambil masa 3 jam.
Sebaik sampai di Belgium, kami terus ke Atomium. Alaaa…setakat ambik gambar landmark Belgium
ni. Tak de sorang pun nak masuk ke dalam Atomium tuuu sebab berbayar...
|
View menarik sepanjang perjalanan |
|
The Atomium, Belgium |
|
Langit biru sebagai latar belakang the Atomium... |
Selepas tu, kami berpiknik makan nasik goreng yang telah siap dimasak oleh krew Kelana Convoy. Punyalah sedap makan nasi goreng ni… Selepas kenyang, kami berjalan kaki je ke Mini Europe. Mini Europe ni terletak betul betul di belakang Atomium…ia merupakan taman yang menempatkan replica utama setiap Negara Eropah. Ratio mini replica ni dengan saiz bangunan sebenar ialah 1 : 25 Tak sangka ada 29 negara Eropah rupanya iye !! Harga masuk ke sini ialah 12 euro /adult dan 8 euro /child.
|
Entrance to Mini Europe |
|
Menara Pisa, landmark Italy |
|
Mini Europe ni bersebelahan dengan The Atomium, jadi masih boleh nampak Atomium tu... |
Selepas selesai di Mini Europe, kami terus ke Brussels, ibu Negara Belgium. Belgium memang terkenal dengan coklatnya…dan juga waffle nya…nyum nyum memang sedap !!!
|
Tempat piknik sambil makan nasik goreng.... nampak tak periuk besar kat atas meja tu? Nasik goreng la tu... |
|
Gereja di Brussels...senibinanya cantik... |
Sampai Brussels, bas parking agak jauh, jadi perlulah berjalan kaki ke tempat tumpuan utama di Brussels ni iaitu Central Square…
Memang kagum betul tengok Central Square ni….ia merupakan satu dataran yang di sempadani oleh bangunan bangunan dengan senibina ala ala Victoria …. memang cantik.
Di Central Square juga terletaknya HRC Brussels. Dan dari Central aquare, berjalan dalam 0.5 km dah sampai ke satu lagi landmark utama Belgium iaitu Mennekin Pis…patung budak kecik lelaki terkencing. Ramai betul pelancong datang nak ambik gambar dengan patung tu….Banyak jugak kedai menjual coklat coklat handmade di area Mennekin Pis ni…setiap kedai ada bagi diskaun atau free gift memasing
|
Central square...........disempadani dengan bangunan bangunan yang cantik |
Selepas selesai, kami menuju ke campsite yang kedua,
terletak berdekatan dengan sempadan Belgium-Luxembourg. Agak jauh dari
Brussels, iaitu hampir 2 jam kot perjalanan tapi tak pe sebab pagi esoknya
kami akan terus ke Luxembourg pulak.
|
Menuju ke campsite... |
Di camp site yang kedua ni, kabin yang kami duduk sangat
special. Dari luar nampak buruk jer dah la dalam hutan…tapi bila masuk ke dalam
kabin…ketiga tiga kami ternganga mulut waaaaa….. Sebabnya kabin tu macam citer
orang putih duk kabin dalam hutan. Memang cantik dan lengkap dengan segala
kemudahan heater, air panas dan kitchenette bagai…Siap ada satu bilik di atas
loteng…cumel sangat !!! Tapi tak de sapa nak tidur kat atas sebab malas nak naik
tangga so I bawak turun tilam bantal untuk tidur kat bawah je , dekat sikit
dengan heater. Kalau kat loteng tu, tak de heater, sejuk gilerrr…Semalam harganya 10 Euro seorang, memang berbaloi duduk sini cuma, agak jauh dari public transport la..
|
Lengkap segala kemudahan |
|
Ni la kabin kami....... |
|
Kabin kami...nampak dari luar...scary jugak kannnn |
Rasa seronok betul dapat pengalaman tidur dalam kabin ni….
#belanja hari ini : Mini Europe 12 Euro/per adult, 8 Euro/child
Souvenirs kat Central square 38 Euro
Wafel 5.50 Euro
Breakfast, dinner kat Campsite (included dalam Kelana Convoy)
Lunch (included dalam Kelana Convoy)
Kat luar Negara, lembu pun nampak cantik...
ReplyDeleteSeronoknya dapat merasai pengalaman tidur di kabin yang berbeza-beza...
Hahaha...memang betul tu en.mie...
DeleteKami pun merasa tidur dalam kabin sebab ikut trip ni....
1. Berapa harga tiket utk masuk Atomium tu kak ..kalau mahal mmg tak baloi lah kan..menarik ke kalau nak masuk
ReplyDelete2. Mini Europe dah lebih kurang Windows of the World di Shenzhen kan kak
3.Kiut pulak tgk cabin tu...3 segi
Hai JM
Delete1. akak tak ingat berapa tiketnya...tapi ada jual tiket kombo Atomium dengan Mini Europe park tu. Dalam Atomium tu...ada macam pameran berkenaan penemuan dalam bidang sains la...setiap tempat bulat tu satu ruang pameran...dari satu bulatan ke satu bulatan tu , ada eskalator sambungkan..
2. Mini europe tu, akak rasa macam windows of the world kat shenzhen, cuma dia tertumpu kepada semua landmark europe countries aje...
Delete3. Kiut kan kabin tu....
cayalah mama....
ReplyDeletecepat tulis lagi........syabas
chaiyokkkk ....
Deleteadoi kakk.. terus teruja nak pegi sini.. ntah bila berpeluang nak ke sini.. hihihi
ReplyDeletetakpe anil wanina..pasang angan angan dulu macam akak. lepas 2-3 barulah angan angan akak tercapai
DeleteJangan pasang angan-angan, terus niat nak buat terutama yg baik seperti UMRAH dan HAJI
DeletePanduan Perbelanjaan UMRAH PERSENDIRIAN
ReplyDeleteUmrah Persendirian sangatlah jimat kosnya. Cuba amati perbelanjaan sebenar seramai 6 orang sekeluaga di bawah yang telah menunaikan umrah secara persendirian dari 19 mei 2014 hingga 1 jun2014:
Salam buat semua sahabat....
Terlalu banyak untuk diceritakan... Terlalu manis untuk dikenang... Saya bersyukur padaNya kerana manjadikan saya sekeluarga tetamuNya... Insya Allah... Saya berharap agar saya dapat menjejakkan kaki sekali lagi ke Tanah Suci... Amien YRA...
Seperti yang dijanjikan... Berikut adalah butiran lengkap perbelanjaan saya sekeluarga di Tanah Suci...
Kos Bersih Per pax MYR2796.34
Mudahan sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi manfaat pada semua... Insya Allah.
Sumber
1. http://bicarathtl.forumms.net/t2506p60-semakan55-sunnah-nabi#26854
2. http://iqbalsafwan.com/air-asia-ke-jeddah-peluang-umrah-tambang-murah/
3. http://umrahsertaziarah.blogspot.com/2014/03/bagaimana-umrah-persendirian-boleh.html
Tngk gmbr2 kak ita ni mengimbau kenangan lama la...hihihi.. i love Minieurope..in fact, saya mmg suka miniature.. Hajat hati nak masuk madurodam juga dulu, tp dah terlepas stop ke Hague, nasib baik dapat masuk minieurope.. so, x de la rasa sedih sangat... Atomium tu mmg mahal.. saya pon x masuk... bergambar kat luar je... lg pon bukan ade ape sangat kan..?
ReplyDeleteIt's very simple to find out any topic on net as compared to textbooks, as I found this piece of writing at this site.
ReplyDeleteHere is my web page ropa interior hombre