Impian ke London Jadi Kenyataan !!
Catatan Hari pertama
di London (2 Mei 2014)
Kami tiba di Heathrow airport, London pada jam 7.00 pagi, 2 Mei 2014. Kami tak
bercadang nak ambil bas atau teksi dari airport ke hotel sebab telah booking
private taxi melalui ex-student hubby, iaitu As. Keluarga As biasa ke London
dan menggunakan khidmat private taxi ini. Tak ingat nama driver tu. Kami
booking guna 2 kali perkhidmatan dia iaitu airport transfer dari Heathrow ke
Easy hotel, pada 2 Mei 2014 dan sekali lagi airport transfer dari Manor
apartment ke Gatwick London Airport sewaktu nak balik Msia.
Harga yang dikenakan adalah stardard, sama seperti private
taxi yang lain di London. Dari Heathrow ke Easy hotel , Earl’s Court, kami
bayar £50. Iye lah dengan 2 beg bapak gajah, 2 beg sandang dan 1 stroller, memang
payah untuk bergerak guna bas atau train. Tambahan pula, harganya beza dalam
beberapa £ pound sahaja.
Dalam 1 jam kami sampai di Easy hotel. Kami drop beg di
situ sebab masih belum boleh check in, masa tu baru jam 9 pagi. Setiap beg dikenakan bayaran (sorry tak ingat
berapa, tapi rasanya dalam £5) utk disimpan di stor, dan kami letak 3 beg.
Senang sikit bawa beg sandang kecil dan stroller untuk bergerak. Kami guna
toilet untuk basuh muka aje.
Dalam keadaan pening pening baru tiba di London tu, kami terus
berjalan kaki ke tube station yang terdekat iaitu Earl’s court. Keluarkan 3
oyster card dan isi nilai top up. CK yang berumur 6 tahun tu kena harga child.
Setiap kad, kami top up £10.
|
Nilah tube map. Ambik jer poket tube map yang disediakan..senang nak rujuk. |
|
First timedalam tube. Nampak sangat muka mengantuk+blur+pening lalat.. |
Kami ambil peta tube station. Destination pertama ialah ke
Marble Arch. Ini untuk memudahkan kami kerana keesokan paginya, meeting
point utk group Kelana Convoy to Europe ialah di Marble Arch.
Bila tengok peta tube station ni..sebenarnya sangat mudah.
Kita perlu pastikan kita di station mana dan nak turun di mana. Kemudian sila
lihat sama ada perlu pertukaran line tube atau tidak. Jika perlu, pastikan kita
turun di station mana untuk tukar line tube itu. Jika masih blur lagi tanya
saja pada pengawal bertugas di laluan tempat kita scan oyster card. Dia akan
terangkan. Mereka sangat membantu..iyalah muka kita tercangak cangak kat situ
dah tentu pelancong luar kannn..
Contohnya, kami dari Earl’s Court station nak ke Marble Arch
station. Kami naik tube District line menghala ke Edgware Road , dan kami turun
di Notting Hill Gate untuk bertukar tube Central line menghala ke Epping, dan
kami turun di Marble Arch station. Dah namanya underground, tentulah tube ni
terletak underground, jauh ke dalam tanah. Jenuh berjalan/ menaiki tangga/ escalator ,kalau
bernasib baik ada station yang sediakan kemudahan lift jika ada lambang kerusi
roda untuk disabled.
|
Ini lah Marble Arch. Keluar dari tube Marble Arch station dah boleh nampak.. |
Setelah sampai di Marble Arch station..dan dah tau tempat
meeting point Kelana Convoy, kami terus berjalan menyusuri Oxford street yang
sangat terkenal sebagai tempat shopping. Yang paling terkenal di kalangan orang
Msia dah tentulah Primark, Clark, H&M…dan macam macam lagi. Semuanya
terletak di sepanjang Oxford street ni. Kami terus berjalan, kami hanya akan
shopping bila kembali ke London dari Europe nanti. Jadi hanya survey harga aje.
|
Nuttella waffle untuk alas perut CK.. |
Terjumpa kedai menjual kebab, terus terasa lapar. Kami beli
2 kebab untuk dimakan kemudian. Berjalan terus sehingga kami sampai di Oxford
Circus station. Kemudian, naik tube, line Victoria menghala ke Brixton, tapi kami turun di Green Park station. Dari situ kami
berjalan kaki Ke HRC London. Agak jauh juga berjalan dalam 15 minit sambil tu kami singgah tepi jalan
makan kebab dan kopi yang dah dibeli tadi.
|
Dalam perjalanan ke HRC London, ternampak LKW university..hebat !! |
|
CK dah berkawad kat sini, boring sebab babanya lamat sangat kat dalam HRC store.. |
Selepas hubby shopping t-shirt HRC, kami terus ke Hyde Park
Corner station, ambik tube untuk ke Westmister station. Baru kali ke 3 naik
tube… dah agak cekap guna tube dan dah tahu turun di mana, nak tukar line atau
tidak. Rasanya Westmister station ni
paling jauh ke dalam tanah kot. Sangat tinggi escalatornya,..ngeri tengok.
Mujur ada kemudahan lift.
|
Ni lah rupa struktur kat stesen tube ni. maklumlah jauh ke dalam tanah... |
Keluar dari Westminster station..terus nampak Big Ben dan
bergerak ke kiri sedikit terus nampak London Eye di tepi Thames River. Waaa…
rasa macam tak percaya dah sampai di sini.
|
Big Ben depan mata.. |
|
Aduh gaya photographer I..sedang mengambil gambar London eye di depan mata |
|
London Eye....cuaca mendung dan hujan gerimis... |
Kami berjalan ke bangunan London Aquarium dan rumah hantu London
Dungeon, untuk menukar printout ticket dengan tiket London Eye+ 4D cinema
+Thames river cruise. Kalau ikut masa booking kami untuk cruise ialah 4.30
petang. Kami masuk tengok 4D cinema dulu, lebih kurang 10 minit camtu.
|
Pandangan dari London Eye ke arah Big Ben |
Kami cuba berfikir cara terbaik sama ada nak beratur panjang
naik London Eye lepas tu baru cruise atau cruise dulu baru London Eye. Masa tu
jam 3.20 petang. Kami cuba pergi ke
kaunter Thames river cruise dan cuba bertanya kalau kami dapat percepatkan masa
naik cruise. Alhamdulillah..penjaga kaunter kat situ benarkan kami naik cruise
3.45 petang. Cruise ambik masa hampir 1 jam katanya.
|
Di tepi Thames river... |
Jadi kami solat dulu di tepi bangku yang ada di tepi sungai
Thames. Kemudian terus naik cruise jam 3.45 petang
|
Di atas Thames River cruise...hujan renyai renyai.. |
4.40 petang kami sampai semula di jeti , dan terus beratur
untuk naik London Eye pulak. Orang punya lah ramai. Hampir 20 minit beratur
kami dapat naik London Eye. Satu box di London Eye tu boleh muat 20 macam
tu..jadi tak lah lama beratur panjang.
Jam 5 petang, kami dah berada di dalam box London eye…sekali
lagi, rasa macam tak percaya pun ada.
|
Ni kira 1 box boleh ?? Suka hati jek !! |
|
Pandangan dari dalam London Eye...orang beratur panjang nak naik London Eye |
|
Baba...kita dah naik London Eye, percaya tak ? Hehe... |
Selesai di London Eye, kami berjalan ke tube station semula
untuk balik ke hotel. Alhamdulillah, dari Westmister station ke Earl’s Court
station tidak melibatkan pertukaran line. Jadi duduk diam diam dalam tube, dan
turun di station ke empat ..dah sampai di Earl’s court.
Semasa berjalan ke Easy hotel, kami ternampak kedai
Pakistan…ermm..syukur rezeki makan nasi. Kalau tak, memang makan roti dan mee
segera je malam tu.
Kami sampai di Easy hotel hampir jam 7 malam. Terus check in.
Bilik kami ialah bilik tanpa tingkap..risau juga kalau
terlajak tidur pagi esoknya tak terbangun. Set alarm di handphone sebanyak 5 masa yang berbeza…punya lah takut
tak terbangun.
Alhamdulillah..hari pertama di London sangat memenatkan tapi
sempat cover beberapa tarikan utama London.
Esok paginya, kami berangkat bersama Kelana Convoy untuk Europe
trip selama 9hari 8 malam. Untuk baca cerita pasal Europe trip tu..boleh bacadisini atau klik aje pada label Europe Trip ye.
Next netry, I sambung hari kedua di London iaitu pada 11 Mei
2014, hari di mana kami tiba semula di London selepas balik dari Europe trip.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Info untuk mereka yang bertanya melalui email...
Tiket
Perjalanan kami bermula pada 1 Mei 2014. Kami naik Emirates
KL-London dengan transits di Dubai. Tiket ni dibeli secara online 3 hari
sebelum Matta Fair Mac 2014, dan sangat mengejutkan sebab harga tiket jauh lebih
murah. Biasa la kalau budget traveler ni kann…kena sentiasa survey harga tiket.
Dan pada hari berkenaan, kami dapat rm 7585 return untuk 2 adults & 1 kid.
Tapi ni ada 1 transit la, kalau tak nak transit transit bagai, ambik je direct
flight dengan MAS KL-London , habis citer. Kami prefer ada transit sebab tak
sanggup duduk 12-13 jam dalam flight. Tambahan pulak, harga tiket lebih murah
berbanding dengan direct flight.
Penginapan di London
Kami berada di London
selama 6 hari 5 malam. Malam pertama iaitu pada 2 Mei 2014, kami dah booking
Easy hotel, Earls Court, London dari booking.com dengan harga 63 pound. Agak
mahal sebab terlewat booking. Pada 3 Mei 2014 kami checked out, untuk memulakan
trip ke eropah mengikut Kelana Convoy.
Cerita Europe trip dengan Kelana Convoy boleh dibaca di sini..
Kemudian apabila kami patah balik ke London pada 11 Mei
2014, kami duduk di Manor Appartment selama 5 hari 4 malam. Booking telah
dibuat melalui booking.com. Untuk 4 malam tu, harganya ialah 230 pound.
Appartment ni siap dengan kitchenette, so memang plan untuk memasak sepanjang
di London.
Aktiviti di London, pembelian secara online sebelum pergi
- Ex student hubby, As, bagi pinjam 3 oyster card untuk transport kat London. Kami
hanya perlu top up jer macam touch n go.
- Beli tiket London Eye+ 4D cinema +Thames river
cruise..untuk 2 adult+1child,harganya 43 pound. Digunakan pada 2 Mei 2014
- Beli tiket hop-in hop on bus untuk London
Citysightseeing dari Golden Tours for 3 hours, 2 adults+1 child, harganya 38
pound. Digunakan pada 12 Mei 2014
- Beli tiket train to Manchester (Man.Picalilly) ,
2 adult+1 child / one way, harganya 47.50 pound. Perjalanan pada 13 Mei 2014
- Beli tiket Mega Bus dari Manchester ke London
Victoria Station , 2 adult +1 child/ one way, harganya 18.50 pound. Perjalanan
pada 13 Mei 2014