Cerita cuti cuti Europe ni, I mulakan dari hari pertama ke Europe dulu. Citer part kat London tu, kemudian... ye, nanti fenin pulak kepala sesiapa yang membacanya.
Hati memang teruja nak memulakan percutian/ perjalanan ke Europe ni. Malam tadi tidur pun tak lena sangat... lagipun takut pulak terlewat sampai ke pick up point Kelana Convoy..Kami tiba di London sehari lebih awal dari tarikh nak berjalan ke Europe....
Pagi pagi keluar dari Easy Hotel, Earls Court, London kami tak pasti
nak naik teksi atau tube ke Marble Arch, iaitu pick up point peserta Kelana
Convoy. Maklumlah dengan 2 luggage bapak gajah, 2 beg sandang dan 1 stoller ni
kannnn…
I bagi hubby 10 min masa menunggu untuk dapatkan teksi,
kalau tak dapat jugak, baru kami berjalan ke tube station. Masa tu jam 6.45 pagi.
Dah terang dah cuaca sebab subuh pun jam 4 pagi…
Alhamdulillah, tak sampai 5 min menunggu, ada teksi lalu
depan hotel tu, teruslah kami tahan dan naik. Unik teksi kat London ni, sebab 2
luggage besar duduk kat sebelah driver, manakala 2 beg sandang dan stroller kat
depan kami…rupa rupanya seat penumpang boleh masuk sampai 4-5 penumpang !!!
Tambang teksi dari Easy hotel, Earls court ke Marble Arch
ialah 12 pound….ok la tu sebab terus turun kat tempat meeting point Kelana
Convoy. Kalau naik tube tambangnya 2.20/adult dengan menggunakan osyter card. Masa tu dah ada 2 family menunggu di situ..
Highlight of Europe oleh Kelana Convoy ni ialah jelajah 5 negara Europe selama 9H8M dengan menaiki bas.
Peserta Kelana Convoy untuk trip
Highlight of Europe kali ni terdiri dari 39 orang termasuk 3 kanak kanak sebaya CK
dan 2 orang baby. Krew Kelana Convoy ada 3 orang dan 1 driver bas. Bas yang
disediakan adalah double deck bus so banyak tempat duduk extra dan semua
peserta duduk kat tingkat atas, tingkat bawah khas utk krew dan baarang barang.
Tempat jam 8 pagi bas bergerak dari Marble Arch, London ke
Dover untuk menaiki keretapi menuju ke Calais, France. Hampir sejam setengah
perjalanan untuk sampai ke Dover.
Ni la bas yang kami naik selama 9 hari berkelana ke bumi Eropah... |
Semasa berhenti di Dover, krew Kelana Convoy mengajar memasang khemah bagi yang akan duduk dalam khemah |
Ni la tempat rehat macam R n R di Dover...sementara menanti giliran bas kami menaiki train untuk melalui EuroTunnel |
Eurotunnel... le Shuttle...meraikan 20 tahun kewujudannya.. |
Sampai di Dover tu..terawal pulak. Kami lepak lepak minum kopi dan pi toilet
sementara tunggu giliran bas naik train jam 11.30 pagi. Rasa kagum jap bila
tengok bas dipandu masuk ke dalam train…maklumlah, tak pernah jumpa kat Msia.
Nampak tak kereta tu beratur nak masuk ke dalam train... |
Ni la bas kami ...di dalam train...train sedang bergerak di dalam Eurotunnel di dasar Selat Inggeris... Memang berdengung gak telinga masa tu.. |
50 min perjalanan dah sampai ke Calais, France. Bas terus menuju ke Belgium sebelum ke Amsterdam, The Netherlands. Malam ni dan malam esok, kami akan bermalam di camp site di Amsterdam.
Lavender keunguan.... |
Bunga kuning ni ditanam merata europe ni...tak pasti bunga apa tapi nampak macam bunga canola..yang bijinya dibuat canola oil.. |
Membeli coklat belgium di PJ coklat |
Pemandangan di Belgium dan Amsterdam...banyak nampak windmill modern cam ni.. |
Dalam perjalanan ke Amsterdam, kami
singgah di PJ coklat Belgium. Belgium memang terkenal dengan produt coklatnya.
Lepas beli coklat untuk souvenirs, bas teruskan perjalanan ke Amsterdam iaitu
ke Amsterdam Bos Camping site. Walaupun bermalam di camp site dan boleh
berkhemah, peserta Kelana Convoy ni boleh buat pilihan untuk tidur di kabin
tapi kena bayar extra la, dan kabin tanpa bilik air dan kabin dengan bilik air
adalah berbeza harga. Kami pilih semua kabin tanpa bilik air kecuali di Paris
sebab di Paris, semua kabin ada bilik air. Macam basic cabin di Amsterdam ni, untuk 2
malam, 20 Euro /per pax.
Cabin di Amsterdam |
4 katil bunkbed dalam satu kabin.. |
Kabin kabin comel... |
Setiap kabin ada heater. Dan tandas dan bilik air,
kami gunakan yang disediakan untuk kegunaan camp site. memang sangat selesa di campsite ni...lagi pun satu pengalaman baru untuk kami yang biasanya bercuti dan menginap di hotel saje...
Makan malam, dimasak oleh krew
Kelana Convoy iaitu nasi, kari daging dan juga sayur. Sedap makan dalam cuaca
yang dingin..Di camp site ni, wifi free tapi signal bergantung kepada location
kabin lah.
Esok kami akan menghayati tulips yang cantik di amsterdam....
*Kos hari ni: hanya beli coklat di PJ coklat 20 pound
Esok kami akan menghayati tulips yang cantik di amsterdam....
*Kos hari ni: hanya beli coklat di PJ coklat 20 pound