MISS NUFFNANG

Friday, September 30, 2011

DSLR Or Threadmill Machine ?

Beberapa hari ni topic perbincangan I ngan hubby ialah mana satu priority : nak beli kamera DSLR kah atau nak beli sport equipment , threadmill machine kah ? Nape dua benda ni dalam otak kitaorang ?



 DSLR...


 I kurang seronok tengok gambar dari compact digital camera I sekarang ni sebab image dah kurang sharp. Sebenarnya digital camera tu hubby hadiahkan untuk I masa CK umur 20 hari. Dah hampir 3 tahun la umur camera tu. Tu yang merengek ngada ngada ngan hubby nak beli kamera baru ( ish ish ish...CK pon tak mengada cam tuh ). 



 (Menurut en.wikipedia ......
Most digital single-lens reflex cameras (digital SLR or DSLR) are digital cameras that use a mechanical mirror system and pentaprism to direct light from the lens to an optical viewfinder on the back of the camera.)



 Ha ha ....canggih tak DSLR tuh !




 Threadmill machine...




 I kan dalam misi menurunkan berat badan dari bulan Januari 2011. Sampai hari ni, baru turun dalam 10 kg. Belum sampai lagi I punya ideal weight. Tu yang bersemangat nak berjogging tapi takut plak nak berjogging kat luar..Kot dikejar anjing ke atau penjenayah ke, tak ke haru jadinya. Tu yang merengek ngada ngada ngan hubby nak beli threadmill machine pulak. Kami pun siap gi survey harga dan brand yang ada kat pasaran.






Antara DSLR dan threadmill machine...ermm yang mana satu idaman kalbu.




Petang semalam, sampai jer rumah...hubby tunjukkan benda ni...






Taraaaa......


















Maknanya.....threadmill machine yang I nak tu, tunggu next year la kot baru dapat...Hu waaaaa...cam ner nak kuruskan badan nih !


Hubby beli DSLR Nikon, ambik yang basic jer untuk amatur.


Ye lahhh darling...kalau beli yang canggih tapi tak reti pakai pun nak buat apa kannn. Tapi malam tadi lepas dinner, I yang sibuk sibuk guna kamera tu berbanding ngan hubby.  Siapa yang sebenarnya beriya iya nak kan DSLR nih ???





Thursday, September 29, 2011

Mendamaikan Hati

Semenjak dua menjak ni memang sangat la busy dengan kerja kerja di kolej. Lepas satu dateline, datang lagi dateline yang lain. Dah rasa macam wartawan yang asyik dihambat dateline dah...


Itu belum masuk lagi consultation hours dengan pelajar yang lemah. Semua pelajar tu 7 orang. So dah tambah hampir 7 jam seminggu khas "mengadap" muka diaorang. Walau penat...... tapi bila tengok kesungguhan diaorang datang nak belajar...hilang sket penat tu...


So, untuk mendamaikan hati...I layan tengok gambar gambar nih.




Damainya hati melihat ciptaan yang maha agung


Tenang......



Bestnya melihat pemandangan ni...rasa damai jer.
Memang itu sifat manusia, kita rasa tenang melihat ciptaan Allah


Tuesday, September 27, 2011

Positive or Negative ??

Ha ha ha....mesti dalam kepala uols, ingat ni mesti citer pasal pregnancy kannnn !!!!



Ermmm cuba tengok gambar ni....





Bila terpandang gambar ni, apa boleh kita cakap tentang air dalam gelas tuh ???


Ada yang jawab : Gelas tu berisi air separuh @ Gelas tu separuh penuh.


Ada juga yang akan jawab : Gelas tu separuh kosong.


Setiap satu jawapan, merupakan persepsi kita terhadap kehidupan.




Orang yang jawab Gelas Tu Separuh Penuh merupakan orang yang........



Berfikiran POSITIF sebab sentiasa nampak apa yang ada. So dalam hidup dia, sentiasa positif jer.. berprasangka baik jer... redha aje...



Orang yang jawab Gelas Tu Separuh Kosong merupakan orang yang.......



Berfikiran NEGATIF sebab sentiasa nampak apa yang tak ada atau apa yang kurang jer atau apa yang tak elok jer....



Memang la sebagai manusia biasa, tengok tempat atau keadaan, ada masa bersikap positif , ada masa bersikap negatif...


Ermmm....you all cam mane ???


(ehhh....I bukan motivator tau,  I dengar motivasi ni dari Ikim.fm pagi semalam)

Friday, September 23, 2011

Ke Majlis Kahwin, Melaka Part 4

Ni nak sambung citer ke kenduri kahwin kat Melaka tu.


Sambil layan gambar gambar ek.

Lauk  menyelerakan : rebung masak lemak, ulaman dan ayam bbq fuhhh..kelassss

Cenderahati : kuih bahulu (dalam kotak) dan untuk kids dapat gula kapas


My  cousin, pengantin perempuan sedang menunggu pengantin lelaki

Selain dari lauk yang sedap termasuk ngan ayam bbq yang I tak pernah jumpa kat majlis kahwin, especially kalau kat kampung kampung, ada satu lagi benda unik yang ada kat majlis kahwin ni.


Pasukan kompangnya bukan sahaja berkompang sambil mendendangkan lagu lagu, mereka jugak membuat formasi pergerakan ala ala pasukan pancargam la pulak. Tapi nampak menarik la...
Pasukan Kompang sedang buat formation berkompang sambil mengelilingi rebana


Dalam formation lain pulak, sambil berkompang dan berlagu

Cewahhh...seronok betul pasukan kompang ni membuat persembahan


Hubby terpaksa dukung CK supaya boleh nampak pasukan kompang tengah beraksi..



Pengantin perempuan, pengapit, dan pemegang bunga manggar...semua tu my cousin...
 

Selamat Pengantin Baru...sama cantik sama padan



Akhirnya.....habis jugak cerita ke Melaka ni. Perginya 2 hari 1 malam jer, tapi citer nya banyak pulak.




 



Thursday, September 22, 2011

Ke Afamosa dan Majlis Kahwin, Melaka Part 3

Pagi pagi lagi semua anak sedara dah siap mandi sebab nak gi breakfast. Tempat breakfast tu punya la jauh dari kondo, naik kereta pun 10 minit baru sampai ke Lake View Restaurant yang terletak hampir dengan Animal Safari.

Gembira nak breakfast..

Jauh betul menapak dari kereta ke restoran ni...Anak anak semua dah jauh ke depan..

Di pintu masuk ke Lake View Restaurant

Buffet breakfast...tapi tak banyak pilihan makanan..






Bergambar lagi selepas breakfast...

Habis breakfast, kami balik ke kondo nak mengemas barang dan tukar baju untuk ke kenduri kahwin. 


Nak keluar dah...semua dah tukar uniform..kecuali CK..
CK berkenan betul ngan air yang keluar dari mulut seahorse tuu..
Bergambar sementara tunggu hubby ambik kereta

Majlis kahwin tu kat Masjid Tanah Melaka...to be exact...Kg Solok Duku, Masjid Tanah, Melaka. Ni la kampung I...tapi sekarang ni rumah atuk I dah diduduki oleh mak sedara yang lain. Dan rumah kenduri mak sedara I ni terletak dalam 50m dari rumah atuk. Dah banyak dah perubahan ...sawah padi yang luas dah bertukar jadi kebun sayur, kebun buah dan semak samun.


Seronok dapat jumpa semua mak dan bapak sedara, sepupu sepapat yang dah lama tak jumpa.


Yang berbaju merah tu, keluarga pengantin...mak dan bapak sedara serta sepupu kami

Konsep retro tema rumah pengantin ni...merah dan hitam. Layan gambar gambar ek !
Cantik pelamin...tapi perasan tak apa yang tersangkut kat chandelier tu ??
Kasuttt !!! Agaknya petua supaya hujan tak turun kot...Hihihi lawak jer. Bila I cakap ngan one of my cousin, dia pon baru perasan kasut pengantin kat situ. Terus diambik kasut tu. Iya lah sebelum tetamu lebih ramai sampai dan nampak...


Nak jugak bergambar kat pelamin...


Tempat untuk makan beradap

Ahkak nak jugak bergambar ngan pengantin....

Ada satu benda unik yang I baru tengok kat majlis kahwin ni...Nanti i sambung citer lagi ek !

Wednesday, September 21, 2011

Ke A'famosa Resort, Melaka Part 2

Sambung cerita ke Afamosa


Habis lunch kami pun masuk ke kondo yang disewa tuh..


Kondo yg kami stay



Ruang tv dan ruang makan yg luas
CK terus sambung tidur...Ni bilik ke2, ada 2 single bed, tapi kami joinkan beds tu.
Master bedroom pulak ada 2 queen size bed, sesuai la untuk my sis satu famili

Pemandangan dari balkoni di dapur....kami stay kat tingkat 13,
so nampak cantik view padang golf tu

Dua dua lelaki tengah bancuh air panas sendiri. Dapur lengkap ngan peti sejuk dan kettle.
Kalau famili lagi ramai, boleh bawak rice cooker untuk memasak.
View dari balkoni di ruang tv






3 budak tengah gayat sebab duduk kat tempat tinggi...


Sukanya CK sampai melompat lompat kat balkoni ni..
Bersantai di balkoni sambil makan jeli
 Sebelah petangnya, jam 6 kami keluar  ke tempat ikan bakar yang famous kat Melaka iaitu di Umbai. Jarak dari Alor Gajah dalam 40km kot (agaknya la...). So kami sampai kat Umbai jam 7 petang.


Entrance ke Perkampungan Ikan Bakar Terapung.
Ada 3 tempat medan ikan bakar ni, tapi kami pilih yang terapung punye...

Ada pelbagai souvenir dijual di entrance tu...

Sedang memilih makanan laut....

Kami pilih ikan siakap 2 ekor untuk bakar dan masak 3 rasa, sotong goreng tepung, sotong bakar dan kepah masak pedas. Sorry, gambar yang diambik agak blurrrr sikit sebab sebelah tangan suap makanan, sebelah tangan pegang kamera.


Kepah masak pedas
Siakap masak 3 rasa dan nasi lemak...

Cukupla gambar food tu sebab gambar lain tak cantik la. Pas makan, kami terus ke tempat naik bot untuk Melaka cruise. Lebih kurang setengah jam drive dari tempat ikan bakar tadi.



Ramai betul orang especially rombongan bas sekolah dan rombongan bas cik kiah nak naik bot kat sungai melaka pada waktu malam.

Sedang beratur untuk naik bot

My sis dan anak di atas bot. Pemandangan sangat cantik sebab banyak lampu.
Tapi kamera I jenis murah punye, so jadi tersangat la tak cantik gambar yang I ambik

Di dalam bot...

Pemandangan sangat cantik especially lukisan mural di belakang bangunan, yang mengadap ke sungai. Tapi sorry, gambar yang diambik jadi tak cantik la. So tak boleh tayang kat sini.



Turun dari bot dah jam 10.30 malam. Mula -mula kami ingat lepas naik bot menyusuri sg melaka ni, kami nak terus ke rumah cousin yang kahwin tu sebab ada majlis berinai besar. Tapi at last, tak jadi la sebab kalau pergi jugak, sure jam 11.30 baru sampai. Kesian plak kat mak sedara I, dah la esoknya ada majlis persandingan pulak.




So, kami decided balik ke Afamosa untuk rehat dan tidurrrrr.


Nanti sambung lagi part 3 pulak.

Tuesday, September 20, 2011

Ke A'Famosa Resort, Melaka

Cuti 1Malaysia baru ni, I ngan my sister satu famili ke Melaka. Sebenarnye ada wedding our cousin kat sana tapi tak kan nak gi majlis tu aja, alang alang datang dari jauh kann. So, kami plan stay kat A'famosa Resort, Alor Gajah, Melaka. Kalau booking direct ngan resort ni, kondo (2 bilik) yang kami sewa tuh harganye rm500 ++. Tapi my sis dah booking melalui Cuti.com so dapat harga rm300++ untuk kondo yang sama. Pastu, my sis booking sekali bayaran masuk ke Water world kat situ. Harga sebenar rm45 dewasa tapi kami dapat rm20 je untuk sorang dewasa. Jauh lebih murah kalau booking melalui Cuti.com. cuma nya kat sini booking dan bayar terus la cam Airasia punya stail. So, kalau tak jadi datang, duit burn jer.

CK punya la semangat nak bercuti...sibuk ajak jom pegi montel (hikhik hik...CK confius between montel n hotel..).Jam 7 pagi dah bertolak dari rumah.
Berhenti sarapan kat R n R Seremban.

Jam 10 dah sampai ke sana. Terus check-in untuk dapatkan pas masuk ke waterworld dulu, tapi kunci untuk kondo, jam 3 petang baru boleh ambik.

Layan gambar gambar kami berhenti untuk breakfast kat r n r seremban.

BIL, my sis, nephew Amirul tengah makan nasi lemak
yang sambal nye... fuhhh pedas gilerr..




Ni...gambar kat Waterworld, A'famosa Resort, Alor Gajah Melaka.





CK sibuk ngan pelampung nya...dan sepupu sepupunya..

Best nye main air...CK ngan kak Amirah

Main pasir pulak....


Kat sini ade wave...




Family Drift....I, hubby, CK ngan Amirah naik ni. Mak oiii...ngeri nye...rasa cam pelampung tu terlipat jer.
CK diam jer..tak tau la takut ke atau terkejut. Tapi tangan I memang peluk CK kuat kuat.
Hubby lagi la...pejam mata jer sebab takut.
 

Ngeh ngeh ngeh.....4 kepala dalam pelampung tu...baru lepas kecut perut..


Ni selepas keluar dari Waterworld...

Kedai souvenir....cantik plak nengok pelampung ni
 
Pas tu, kami terus cari kedai makan untuk lunch...masa ni dah jam 2 petang.

Ada plak gajah -gajah dan unta kat luar entrance waterworld tu untuk tujuan bergambar.
CK pon sibuk la jerit elephant...elephant...



Baru 5 minit naik kereta nak cari kedai makan, CK dah tertidurrr...
Terpaksa letak atas meja makan masa kami makan, dan tapau makanan untuk CK


Nanti I sambung gambar kat kondo and jalan jalan kat Melaka.