MISS NUFFNANG

Tuesday, September 20, 2011

Ke A'Famosa Resort, Melaka

Cuti 1Malaysia baru ni, I ngan my sister satu famili ke Melaka. Sebenarnye ada wedding our cousin kat sana tapi tak kan nak gi majlis tu aja, alang alang datang dari jauh kann. So, kami plan stay kat A'famosa Resort, Alor Gajah, Melaka. Kalau booking direct ngan resort ni, kondo (2 bilik) yang kami sewa tuh harganye rm500 ++. Tapi my sis dah booking melalui Cuti.com so dapat harga rm300++ untuk kondo yang sama. Pastu, my sis booking sekali bayaran masuk ke Water world kat situ. Harga sebenar rm45 dewasa tapi kami dapat rm20 je untuk sorang dewasa. Jauh lebih murah kalau booking melalui Cuti.com. cuma nya kat sini booking dan bayar terus la cam Airasia punya stail. So, kalau tak jadi datang, duit burn jer.

CK punya la semangat nak bercuti...sibuk ajak jom pegi montel (hikhik hik...CK confius between montel n hotel..).Jam 7 pagi dah bertolak dari rumah.
Berhenti sarapan kat R n R Seremban.

Jam 10 dah sampai ke sana. Terus check-in untuk dapatkan pas masuk ke waterworld dulu, tapi kunci untuk kondo, jam 3 petang baru boleh ambik.

Layan gambar gambar kami berhenti untuk breakfast kat r n r seremban.

BIL, my sis, nephew Amirul tengah makan nasi lemak
yang sambal nye... fuhhh pedas gilerr..




Ni...gambar kat Waterworld, A'famosa Resort, Alor Gajah Melaka.





CK sibuk ngan pelampung nya...dan sepupu sepupunya..

Best nye main air...CK ngan kak Amirah

Main pasir pulak....


Kat sini ade wave...




Family Drift....I, hubby, CK ngan Amirah naik ni. Mak oiii...ngeri nye...rasa cam pelampung tu terlipat jer.
CK diam jer..tak tau la takut ke atau terkejut. Tapi tangan I memang peluk CK kuat kuat.
Hubby lagi la...pejam mata jer sebab takut.
 

Ngeh ngeh ngeh.....4 kepala dalam pelampung tu...baru lepas kecut perut..


Ni selepas keluar dari Waterworld...

Kedai souvenir....cantik plak nengok pelampung ni
 
Pas tu, kami terus cari kedai makan untuk lunch...masa ni dah jam 2 petang.

Ada plak gajah -gajah dan unta kat luar entrance waterworld tu untuk tujuan bergambar.
CK pon sibuk la jerit elephant...elephant...



Baru 5 minit naik kereta nak cari kedai makan, CK dah tertidurrr...
Terpaksa letak atas meja makan masa kami makan, dan tapau makanan untuk CK


Nanti I sambung gambar kat kondo and jalan jalan kat Melaka.

5 comments:

  1. gerammmmmnyaaa tengok kasih. rindu dahhh :)) nanti qla dh pergi, kakak datang lah melawat yee. dgn sir and kasih sekali. kan ramai anak didik sir kat sana =DD

    ReplyDelete
  2. nk tnye ckit.. emm mcm mne nk book tiket a famosa water world online??

    ReplyDelete
  3. Anonymous..
    My sis booking kondo 2 bilik dan tiket masuk ke waterworld tu melalui www.cuti.com.my Tu yang dapat harga tiket murah 50%. Kalau nak beli tiket jer melalui on line, I tak pasti la. Anyway U bukak website tu, ada no. phone, U boleh tanya. Tapi kalau booking kat website ni, macam Airasia, kena bayar terus.

    ReplyDelete
  4. hmmm... best sgt tempat tu masa kita pergi.

    ReplyDelete