MISS NUFFNANG

Tuesday, September 13, 2011

Hari Yang Sangat Memenatkan..

Semalam, Isnin, memang hari yang sangat memenatkan bagi I.
Dah lah kelas 4 jam... (1 jam lecture, 2 jam practical dan 1 jam tutorial ). Tu dah sah sah bercakap tak henti henti.



Dan  ditambah plak consultation hours untuk 2 pelajar yang gagal biologi dalam ujian pertengahan semester baru baru ni. Setiap students tu datang pada masa yang berbeza. Students tanya sikit, i punya explanation punya la panjang lebar. Sah sah bercakap tak henti henti.



Dan semalam tu hari pertama I berpuasa. So sebelum balik rumah, I dah beli siap siap nasi goreng kampung dan nasi goreng cina untuk berbuka. Lepas berbuka, kelam kabut sembahyang maghrib sebab nak kena ke kolej semula. Ada program motivasi untuk semua pelajar kolej yang gagal biologi dalam ujian pertengahan semester. Sib baik, hubby sudi hantar ke kolej. Hubby kata: Kesian kat u nak drive ke kolej malam malam ni (jarak kolej ngan rumah ~dalam 40 minit drive).



Sampai kat kolej, I masuk ke dewan kuliah, hubby ngan CK duduk dalam kereta tunggu I. Jam 10 malam, walaupun, program belum habis, I mintak kebenaran Ketua Unit nak balik rumah. Kesian, hubby ngan CK dah sejam setengah menunggu dalam kereta. Mencuka jugak la muka hubby sebab lama tunggu.


On the way balik rumah, CK terus tidur. So, kami pon terus ke kedai mamak pekena roti canai dan teh tarik. I siap tapau 2 roti canai untuk sahur nanti. Jam 11.15 malam baru sampai semula ke rumah.



Aduhhh...penat betul. Tak tau apa yang penatnya : sebab berpuasa ke....sebab kelas banyak ke....sebab kena datang kolej malam ke...? Entah...I pon tak tau, yang I tau memang rasa penat yang amat sangat...

No comments:

Post a Comment