MISS NUFFNANG

Friday, September 9, 2011

Prepaid Pun Kena Bayar Cukai???

Aduhh ...semalam berita kat TV umumkan pengguna prepaid kena bayar cukai 6%. Woww...banyak tuuu. Cuba bayangkan camni...Kalau kita beli prepaid nilai RM10, sebenarnye kita hanya ada credit hour RM9.40 jerr...lagi 60sen adalah cukai yang dibayar. Aci ke macam tu???



Sure lepas ni, nak hantar SMS pon orang akan berkira kan ? Dah la selama ni, ada my friend cakap, every time dia reload prepaid, ada jer SMS yang ntah ape ape ntah masuk menyebabkan nilai prepaid dia berkurang dengan sendirinya...Ish ish ish...Kesian... Cukai ni betul betul menganiaya orang ramai kann?? Dah la kadar panggilan setiap minit dah memang tinggi, caj SMS pon tinggi, lagi nak kenakan cukai. Banyak persatuan pengguna bantah pasal cukai ni. Tak tau la apa reaction kerajaan plak. Tak cukup ke lagi pelbagai cukai yang dah dikenakan kepada rakyat ??

I ngan hubby pakai postpaid ( dapat monthly bill ) so tak la terasa sangat. Tapi untuk our internet kat rumah, kami pakai digi prepaid. Selalunya i beli RM10 prepaid tu boleh guna untuk 5 hari. Lepas ni, pakat pakai internet kat pejabat jer la...Kecuali bila ada cuti yang bersambung ngan weekend, baru beli prepaid. 

No comments:

Post a Comment