MISS NUFFNANG

Friday, June 21, 2013

Kuching Again ! Part 3

Hari ke 4 di Kuching.


Kami mulakan itinerary hari ni dengan drive ke pusat rehabilitasi orang utan di Semenggoh. Terletak 37 km dari Kuching. Menurut website dia, feeding time utk orang utan ialah jam 9-10 pagi. Sekali lagi, GPS bnyk membantu menunjuk arah, kalau nak harapkan peta sure sesat sebab jalan kat Kuching ni sangat sedikit signboardnya..

Pusat Rehabilitasi Orang Utan, Semenggoh.

Kami sampai di sini jam 9.30 pagi, bayar tiket masuk rm3 seorg ( sorry,..kalau salah ye), org jaga kaunter tu suruh kami cepat sebab takut terlepas feeding time. Dari kaunter tiket, kita perlu drive dalam 2 km ke dalam, parking kereta dan berjalan sikit ke arah tempat bagi makan tu. Masa tu ada 4 ekor orang utang bergayutan di atas pokok dah. Mereka baru lepas ambik buah buahan yg diletakkan diatas pelantar. Kiranya kami dah termiss lah masa orang utan tu turun ke pelantar. Then kami berjalan ke arah bangunan yg mempamerkan info pasal tempat ni, ternampak seekor orang utan dengan anaknya duduk di atas sebatang pokok.


Keciwa jugaklah...sebab tak banyak org utan yg boleh dilihat. Menurut renjer di sini, ada masanya orang utan ni tak akan datang ke pelantar utk ambik makanan terutama kalau musim pokok berbuah. Itu bermakna orang utan ni boleh survive sendiri lah. Tapi kalau bukan musim buah, banyak org utan akan serbu pelantar apabila dengar isyarat yg dibuat oleh renjer.

Jong Crocodile Farm.

Kami agak keciwa sikit sebab terlepas feeding time orang tu, so hubby cadangkan kami ke Jong crocodile farm yg terletak lebih kurang 11 km dari pusat orang utan tadi. Sekali lagi GPS membantu menunjukkan jalannya...

Di sini bayaran dikenakan rm 19 dewasa dan rm 12 untuk kanak kanak. Kawasan ni memang banyak buaya yg dipelihara dalam kawasan yg dikhaskan ikut umur dan jenis buaya. Selain itu ada jugak sedikit haiwan haiwan lain..Main attraction kat sini tentulah feeding time utk buaya buaya ni iaitu pada jam 11 pagi. Kalau sesiapa yg dah pergi langkawi crocodile farm atau melaka crocodile farm, hah...concept dia sama aje. Cuma kat sini tak derlah show berbahaya macam masukkan kepala ke dlm mulut buaya tuu...

Gambar pemindahan buaya...

Feeding time....buaya tengah melompat utk ngap daging ayam yg diikat kat tali tu..

Kagum CK tengok merak nih ....




Di entrance masuk ke Jong Crocodile farm..

Kami puas hatilah dapat bawa CK ke sini sebab dia memang suka tengok haiwan haiwan ni...


Keluar dari Jong Crocodile farm hampir jam 12.30 tengahari...hubby beri cadangan utk terus ke Annah Rais Longhouse sebab dah ternampak signboard yg tempatnya hanya 19 km dari Jong Crocodile farm. So, dgn berpandukan GPS, kami terus mencari Annah Rais Longhouse.Laluannya ok cuma agak sunyi sikit lah dan tak banyak kenderaan lalu...


Tengok iklan kat web ni macam best jer tempat Annah Rais longhouse nih..

Satu perkara pelik terjadi.....(suspen jer !!). Bila GPS berbunyi "Anda telah sampai ke destinasi". Apa yg kami lihat ialah hutan di kiri kanan jalan dan jalan itu ialah jalan utama yg terus aje (bukan jalan mati). Kami teruskan juga drive..mungkin depan lagi kottt. Sekali lagi GPS berbunyi "Anda telah sampai ke destinasi". So, hubby decide patah balik lah...entah kat mana lah longhouse tu. Misteri betul...on the way berpatah balik ke Kuching, I masih lagi terjengah jengah kat signboard yg arah bertentangan, manalah tau kalau kami terlepas simpang..tapi hampeh sebab langsung tak de signboard pasal Annah Rais longhouse tu..haishhh !!!

Pasar Satok

Kami terus ke Satok pulak, untuk lunch. Malangnya bila sampai kat pasar Satok yg dah serba baru tu, punyalah banyak kenderaan, hari itu ialah hari sabtu..ada pelbagai jualan. Parking kereta penuh sesak. Namun alhamdulillah selepas berpusing beberapa kali, kami dapat jugak parking.

Ada banyak blok...so cari benteng lah sebab kat situlah medan selera nya..
 Kami menapak agak jauh utk ke benteng di pasar Satok ni. Lepas dapat tempat makan yg selesa, i pun order laksa sarawak dan hubby order nasik ayam. Laksa sarawak tu...ok lah rasanya walaupun taklah sedap sangat. Tapi dah lapar punya pasal....licin aje kami makan.
Kami makan tengahari di salah satu gerai di dalam nih 

Setiap blok dikhususkan utk sesuatu barangan saje, sama ada barangan basah, souvenirs, hasil hutan dll..




Muzium kucing (Cats Museum)

Dari Satok, kami ke muzium yang ni terletak di Dewan Bandaran Kuching Utara. Bayaran masuk percuma je cuma perlu bayar kalau bawa kamera. Satu kamera dikenakan bayaran rm 3 ( sorry kalau salah...hehehe tak ingatlah).

Di pintu masuk muzium..

Hehehe...comei jek kucing 2 ekor ni....perasan!!

CK tengah berjalan ikut tapak kaki kucing tuuuu...
 CK ni memang sangat suka dengan kucing. So, masa kami pergi kuching tu, dari mula turun kapal terbang lagi, tak habis habis dia tanya "Mana kucing sarawak tu mama ?????". Rasanya soalan dia tu mendapat jawapan yg sangat memuaskan hati dia bila dibawa ke muzium kucing ni....

So layan jer lah gambar CK dgn kucing . CK bergambar dgn semua patung kucing yg ada kat situ tauuuu...Kami layankan aje !!!


Sayang cattttt...Muah muah !!













Di muzium kucing ni, bertemu dgn rakan baik masa kat USM dulu. So kami minum minum di pizza hut terletak berhampiran dewan bandaran kuching utara ni ( dekat dekat pun...kena naik kereta jugak utk ke sana).

Seharian yg sangat meletihkan, tapi mujur CK tak meragam. Dia enjoy aje mungkin sebab suka sangat dapat pergi ke cat museum tu...


Malamnya, kami menaiki bot tambang utk ke seberang sungai lagi. Tujuannya tentulah utk dinner.

Nasik goreng terubuk masin.....sedapppp!

Pisang goreng dgn parutan cheeseeee.....sedapppp!!!

Di lobby Margherita hotel



Esoknya hari Ahad, flight balik kami diawalkan 1 jam. Sepatutnya 11.40 pagi diawalkan ke 10.40 pagi. Bagus jugak, sempatlah kami sampai ke KL dan kemudian gerak ke Serendah untuk menunaikan kewajipan sebagai pengundi..


Habislah cerita kami ke Kuching Sarawak. 

psttt:  lepas ni nak karang citer ke Phuket pulak...ermmm..bilalah nak siap tu !

10 comments:

  1. Suka laksa Sarawak...sodap okeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka laksa srwk..tapi gerai yg sy pergi kat pasar satok tu tak berapa sedaplah laksa srwknya..en.mie

      Delete
  2. Besar betol buaya tu... takot tngk...! Anak2 saya memang sangat enjoy muzium kucing...wpom bkn kucing betol tp mika suka.. Paling saya suka kat kuching ni mestilah laksa sarawak... kat KL ni x ada laksa sarawak yg authentic mcm di sana... penah sekalik tu, punyalah rindu nak makan laksa sarawak, sanggup ke genting kelang yg jam tu nak carik kedai mahmud ali basha, rupa2nya dah tutup...:(

    ReplyDelete
  3. bnyak jugak rupa2nya patung kucing tu ya....
    Pndai Ck posing....

    ReplyDelete
  4. Salam Ita..nekcik kat kuching seksrang ni...tak plan pun...so last min refer blog ita...tq for sharing..kami dok kat palma...tsk leh tdoq..karaoke kuat..ntah dari mana tu...best gak round round waterfront...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nekcik...best jugak kuching tu nekcik. Tapi sy x shopping apa apa pun kat waterfront tu kecuali kek lapis mira jer yg terletak kat sebrang sg, dekat dgn medan selera tu.Nekcik patut try kek lapis mira...lembut dan gebu

      Delete
    2. Salam nekcik...best jugak kuching tu nekcik. Tapi sy x shopping apa apa pun kat waterfront tu kecuali kek lapis mira jer yg terletak kat sebrang sg, dekat dgn medan selera tu.Nekcik patut try kek lapis mira...lembut dan gebu

      Delete
  5. Akk nk updte g sarawak aritu x habis lg..sarawk mng best

    ReplyDelete
  6. banyak jugak tempat menarik dekat sini, kitorang pun pernah hadapi kes dengan gps tu, tah mana-mana tempat, tapi dah sampai destination, hm...sabo je lah...

    ReplyDelete