MISS NUFFNANG

Thursday, June 27, 2013

Sawadikarp Phuket, Thailand Part 1

Kami ke Phuket, Thailand dari 11 Mei 2013-15 Mei 2013 (5 hari tuuu..). Masa tu ialah low season so tak ramai sangat pelancong dan harga bilik hotel pun agak murah.

Flight AA kami jam 3.50 pm dan sampai di Phuket 4.00 pm waktu sana. Keluar aje dari airport terminal, kami jalan lurus dan belok ke kanan. Dari jauh dah nampak signbourd metered taxi. Memang banyak je agent pemandu teksi yg akan approached tourist. Tapi semuanya letak harga THB 800 dari airport ke Patong. Bila kami ambik teksi bermeter tu, tambang ialah THB 650. Tambang perlu dibayar kepada driver teksi bila kita sampai di destinasi nanti. Jarak dari airport ke Patong hampir 1 jam.


Silver Resortel hotel..view dari hadapan. Jangan terkejut sebab masuk melalui
restoran utk ke lobby hotel. Gambar dari google


Kami stay at Silver Resortel Hotel, hasil dari recommendation oleh Orga kat blog skampung tu. Lokasinya sangat sesuai,  dan bilik hotel pun besar utk kami bertiga. Kebetulan pulak, bilik kami mengadap ke hotel bersebelahan, jadi memang tak dengar hiruk pikuk apa pun. 
Bilik luas dan katil pun besar... Gambar dari google..

Utk 5H 4M tu,I book melalui booking.com dan dapat harga rm 319 termasuk tax. Murah betul...sebab memang tengah low season. Kat hotel tu memang ramai orng Malaysia duduk.


Lokasi silver resortel hotel...hanya selang satu jalan dari
Bangla Rd yg happening tu.  Dan dekat dgn Patong beach..Gambar dari google

Selepas dinner bekalan makanan yg dibawa, kami berjalan jalan di sekitar kawasan Patong. Memang banyak tempat massage ....heee..serta merta rasa bestnya kalau dapat buat massage kat head and shoulder. Kami turut survey tour booths yg banyak ...Sebenarnya lebih kurang aje harga diaorg. Buat penat jer menapak jauh jauh nak cari tour yg lebih murah. Akhirnya, kami pilih utk Phi Phi Island tour keesokan harinya. Agent tu beritau kami yang laut agak bergelora masa tu, dan advice kami utk ambik tour tu lusalah. Tapi I tak kisah sangat sebab kami memang bukan jenis mudah mabuk laut. Pakej tu berharga THB 1100 per pax utk sorang dewasa dan THB 700 utk kanak kanak. Jadi, THB 2900 (~rm290)  utk kami bertiga. Kalau tak nak ambik tour package, boleh jer pergi sendiri ke jeti, tapi kalau dikira semula harganya murah THB100-200 jer. Tak perlah, baik kami ambik pakej sebab diaorng akan datang jemput di hotel..

Pagi esoknya, jam 7.30 pagi kami dah menunggu di lobby hotel. Ada pick up van datang ke hotel hotel di mana tourist yg dah booking menginap. Van tu singgah di hotel kami dahulu, dan kemudian ke satu lagi hotel utk ambik tourist lain dan terus menuju ke jetty. Cuaca agak mendung dan sesekali gerimis turun. Betullah cakap tour agent tu semalam, cuaca tidak berapa elok.



Phi Phi Island....Kami mengharapkan akan nampak pemandangan
yg cantik dan boleh  nampak ikan ikan yg banyak . Gambar dari google..

Nanti sambung lagi ok !! Bye..



5 comments:

  1. WAAHHH..akak best2..tq for info..cepat update! nak baca..mana tau boleh g phuket lps ni

    ReplyDelete
  2. Fuh kak...non stop akak travel sana sini...seronok lieya tgk kak...at least lieya dpt tumpang bace n tumpang seronok....

    Cantik sgt2 suasana kat sane kan kak....hotel yg akak duduk tu sgt2 best....bagus akak siap bgtau jumlah rm ...senang org nak kumpul info....

    ReplyDelete
  3. Cantik dan murah hotel tu Cik Ta... boleh saya skodeng nanti...

    ReplyDelete
  4. Waa...Nekcik tak sampai lagi sini!!

    ReplyDelete
  5. Phuket?..JM baru pernah ke sana sekali je..itupun bersama rombongan opis :-) dah tama..tahun 2000 kalau tak salah

    Wah cantiknya air laut si Phi Phi Island..Kak Ita dpt dpt view mwnarik spt gambar kat google tu..seronok baca tetiba sambug..huhuh...sambungcepat tau..terigin nk repeat Phuket ni..plan nk pegi time low season gak :-)



    ReplyDelete